Sunday, January 31, 2010

Sharing : Daurah Bait al-Muslim~

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran saya panjatkan buat Yang Maha Esa, kerana dengan limpah kurnia dan rahmat-Nya, maka saya akhirnya berkesempatan untuk turut serta dalam Daurah Bait al-Muslim yang diadakan di Pejabat JIM Ipoh. Antara akhawat UTP yang turut serta ialah Miss Along, Miss Filzah, Miss May, Miss Sakinah dan Miss Farhin (I memang sengaja stress kan word Miss dekat nama-nama my sisters ni... You all trylah to figure out why ye.. =P). Daurah yang agak menarik ini telah disampaikan oleh Pakcik Jalil yang juga merupakan seorang kaunselor di UTP dan berlangsung bermula jam 9 pagi dan tamat dalam pukul 1.15 tengah hari.

Pengenalan.

Kawan-kawan, nak tahu tak apakah itu Bait al-Muslim? Jeng, jeng, jeng~

Ecece, macam nak sampaikan kisah-kisah nabi dekat para aulad la pulak kan? =P Ok, ok. Back to normal state. Tadi macam separuh normal pula kan. Hehe~ 

Bait al-Muslim ini adalah tempat where a true Muslim is created. And in order to create this kind of Muslim, we have to undergo a few process. Bukan macam proses yang kita belajar dalam syllibus Chemical Engineering ye.. Harap maklum =P 

"Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya); dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang ia telah sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok (hari akhirat). Dan (sekali lagi diingatkan): Bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat Meliputi PengetahuanNya akan segala yang kamu kerjakan"
[59:18] 

Berdasarkan dalil naqli di atas, kita dapat simpulkan bahawa setiap muslim yang beriman bukanlah untuk tujuan keduniaan semata-mata tetapi juga untuk persediaan menempuh satu lagi kehidupan yang akan datang, yang mana kita semua akan kekal di dalamnya yakni alam akhirat. Maka dengan itu, segala yang kita lakukan di dunia ini hendaklah kita sandarkan kembali kepada Yang Maha Pencipta kita agar kita mendapat keredaan dan rahmat-Nya. Setiap yang kita lakukan adalah demi hari akhirat kita. 

Apakah tujuan kita hidup di dunia ini?

Sebagaimana firman Allah dalam Surah Adz-Dzariyat ayat 56, kita ini diciptakan oleh Allah dengan tujuan untuk beribadat kepada-Nya yakni sebagai seorang abid. 

"Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu."

Selain daripada itu, kita juga diciptakan untuk menjadi khalifah di muka bumi ini, selari dengan kurniaan akal fikiran yang Allah kurniakan kepada kita. Makhluk Allah yang lain Allah tak bagi akal tau~ Maka, kita sebagai manusia yang juga berperanan sebagai khalifah haruslah berusaha untuk menjadi yang terbaik, mentadbir muka bumi Allah ini dengan baik selaras dengan syariat-Nya. Dan jangan lupa, kita juga diciptakan di muka bumi ini untuk saling berpesan kepada kebenaran dan kesabaran sebagaimana yang telah difirmankan Allah dalam surah Al-Asr yang acapkali kita baca setiap kali berakhirnya sesuatu majlis atau mesyuarat. Jangan baca saja, kena hayati juga maksudnya. Baru mantap gitu.. =P

Baitul Muslim ini hanyalah bahagian kecil dalam kerangka hidup kita sebagai seorang Islam. Dan Baitul Muslim ini bukan sahaja applicable untuk mereka yang sudah berkahwin, tetapi juga untuk mereka yang masih single seperti kami yang pergi ke daurah ini. Ecece~ Nak jugak bagitahu kan? =D

Bagi yang masih single, in order untuk membentuk Baitul Muslim, first and foremost, kita hendaklah berusaha membentuk diri kita menjadi seorang muslim yang baik. Ini kerana hidup kita di dunia ini adalah sebagai persediaan untuk menuju kehidupan yang kekal selepas mati. Maka, untuk menjadi Muslim yang baik, kita hendaklah berusaha melakukan yang terbaik dalam setiap tindakan kita tidak kira kita adalah seorang pelajar, seorang anak, seorang ibu, seorang ayah dan mungkin juga sebagai seorang bakal isteri dan bakal suami. =P

Dan rentetan dari tindakan kita yang sentiasa mahu melakukan yang terbaik ini, kewujudan kita akan sentiasa dirasai di mana-mana, dan sering menyenangkan insan sekeliling kita. Tarbiyah bukan sahaja dilakukan once after we get married, tetapi telah dimulakan sejak sekarang lagi. Dan oleh sebab hidup di dunia ini adalah satu lapangan untuk kita mempersiapkan diri menuju ke alam akhirat, maka kita tak akan putus-putus diuji, tidak kiralah dengan ujian kesenangan mahupun kesusahan. Dan secara peribadinya, saya berpendapat kebanyakan daripada kita hanya lebih mendekatkan diri kepada Yang Esa tatkala dilanda kesusahan dan amat kecil bilangan kita yang lebih dekat kepada Allah tatkala dilimpahi kesenangan. 

"Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan."
[21:35]

Dan berdasarkan segala catatan saya di atas, Baitul Muslim ini bukanlah semata-mata tempat untuk bertemu jodoh dan membina keluarga sahaja, tetapi merupakan platform untuk kita sentiasa berusaha memperbaik diri.

 
Cuba kita perhatikan dua gambar di atas, apakah perkaitan yang dapat kita lihat dan kesimpulan yang boleh kita buat? (Sila fikir dahulu sebelum anda proceed ke next paraghraph. Hehe~ =P)

Jika kita perhatikan, ikan yang masih hidup dalam gambar pertama di atas, biarpun hidup dalam suasana air masin, rasanya tetap tidak masin. Pernahkah anda merasa ikan yang tidak dimasinkan itu masin secara original kesan daripada persekitarannya yang masin? Pasti tidak bukan, melainkan anda mempunyai masalh deria rasa ketika itu. Hehe~ Abaikan, abaikan. =P

Maka di sini kita dapat konklusikan bahawa kebersamaan itu adalah sangat penting dalam usaha untuk membina Baitul Muslim yang ideal. Saya tidak seratus peratus menyatakan pasangan yang tidak sefikrah itu tidak bahagia, tetapi seandainya hanya sebelah pihak sahaja yang berkecimpung dalam dunia dakwah, adalah dikhuatiri semangat dan keinginan untuk menyampaikan kepada orang ramai itu akan berkurang dan akhirnya terus menghilang. Adalah sangat disyukuri seandainya kita berjaya membawa pasangan kita yang tidak meletakkan diri mereka dalam satu-satu jemaah untuk sama-sama berjuang bersama kita, tetapi seandainya kita yang terdominasi oleh mereka, bagaimana? 

Oleh itu, adalah sangat dinasihati agar kita turut memilih pasangan yang turut mempunyai fikrah yang sama demi memastikan kesinambungan perjalanan dakwah kita tetap berterusan biarpun telah berumah tangga dan dikurniakan zuriat. Ini kerana, dengan hidup secara berjemaah, pergerakan kita dalam perjalanan dakwah menjadi lebih mudah dan dapat memastikan roh dan jiwa kita sentiasa hidup kerana adanya pergerakan yang bersama dalam hidup secara berjemaah ini. 

Dengan adanya kehidupan secara berjemaah demi menyampaikan risalah Tuhan ini, kita juga dapat memastikan kita 'hidup' selagi kita masih hidup, bukan hidup tetapi 'mati'. Macam berbelit-belit pula kan? =P

Kita boleh lihat bagaimana analogi ikan-ikan dalam gambar pertama yang tetap dengan rasa asalnya iaitu tidak masin biarpun hidup di persekitaran air masin. Dan kita boleh lihat bagaimana ikan yang telah mati dengan mudahnya menjadi masin setelah dimasinkan biarpun dia tidak lagi hidup di persekitaran air masin. Begitulah juga hati kita, tetap dengan fikrah asal, biarpun persekitaran kita penuh dengan anasir-anasir yang kurang baik, kita tetap tidak terpengaruh kerana hati kita sentiasa hidup dengan ajaran Allah di samping adanya sahabat-sahabat yang sering mengingatkan kita. Dan begitu juga sebaliknya, apabila hati telah mati, dengan mudahnya anasir-anasir yang kurang elok tadi meresap masuk ke dalam diri kita dan akhirnya kita hidup tetapi 'mati'.


Realiti Hari Ini.

Dengan adanya kemajuan teknologi hari ini, di mana kita dengan mudahnya boleh berhubung sesama manusia, terdapat juga di kalangan kita akhirnya tertipu dengan kecanggihan ini. Berkenalan melalui SMS, saling bertukar-tukar ucapan dan hadiah untuk mengenali pasangan dengan lebih mendalam, adalah di antara perbuatan-perbuatan yang membawa kepada zina hati yang semakin berleluasa dewasa ini. Dan menurut Pakcik Jalil, ada seorang blogger telah mengklasifikasikan hal ini seperti "babi dipakaikan pakaian" kerana menghalalkan sesuatu yang memang sejak azalinya telah diharamkan dan telah dihalalkan sendiri oleh segelintir manusia demi mencapai matlamat yang diidamkan. Bukankah hubungan tanpa ikatan perkahwinan yang sah itu haram, dan biarpun hubungan itu dibina dengan tujuan untuk berkahwin, tetapi selagi belum berkahwin, hukumnya tetap haram.

Kita sebagai manusia janganlah terlalu bimbang dengan sesuatu yang berlaku di masa akan datang, kerana itu adalah sesuatu yang tidak pasti. InsyaAllah, dengan segala usaha, ikhtiar dan doa, Allah pasti telah menyediakan yang terbaik untuk kita biarpun mungkin perjalanan untuk mendapat yang terbaik itu penuh dengan liku-liku yang penuh dengan duri. 

Begin with the end in mind, itu adalah sebaik-baik persiapan untuk menuju ke arah Baitul Muslim. Dengan memikirkan penghujung atau penyudah yang baik, kita seharusnya memulakan sesuatu itu dengan jalan yang baik agar memperoleh hasil yang terbaik. Lengkapilah diri dengan ilmu agama secukupnya, kerana andai pasangan yang berkahwin itu kurang mempunyai kefahaman agama, berkemungkinan besar zuriat yang lahir dari perkahwinan tersebut akan terkena  tempiasnya. Dan sebagaimana yang kita ketahui secara umumnya, negara itu terhasil dari masyarakat, masyarakat itu datangnya dari keluarga, dan acuan keluarga itu secara umumnya terbentuk dari dua individu yang telah berkahwin. Oleh itu, untuk membentuk acuan keluarga yang mengamalkan prinsip-prinsip Islam secara keseluruhannya, maka adalah perlu untuk setiap individu yang mempunyai perancangan untuk mendirikan rumah tangga mempersiapkan diri mereka dengan segala ilmu dan pengetahuan.

Impian dan Cabaran Baitul Muslim.

Kepimpinan adalah salah satu intipati yang penting dalam pembinaan Baitul Muslim. Setiap ahli dalam keluarga adalah pemimpin mengikut peranan masing-masing tidak kira sama ada seseorang itu adalah suami, isteri mahupun anak. Biah solehah ataupun dalam bahasa Melayunya suasana solehah juga adalah salah satu impian Baitul Muslim ini. Mana mungkin kita bisa membentuk insan yang soleh dan solehah seandainya suasana sekeliling langsung tidak menyumbang ke arah pembantukan itu. Dan dari biah solehah ini akan wujudlah baiti jannati dan ini sangat memerlukan perancangan yang teliti dan perbincangan sesama pasangan sejak dari awal lagi. 

Dengan adanya Baitul Muslim, adalah sangat diharapkan agar pelaksanaan tarbiyah itu dapat dimulakan dari rumah lagi. Selain daripada itu, dengan adanya Baitul Muslim, diharapkan dapat wujudnya usrah keluarga, usrah untuk melahirkan mujahid, usrah sebagai qudwah hasanah dan usrah sebagai roh baru untuk menghidupkan ummah.

Apabila adanya impian, maka pasti ada juga cabaran, bukan? Itu sudah pasti, kerana itulah kehidupan~!  =) Realiti yang jarang benar sama seperti ideal adalah salah satu cabaran dalam pembinaan Baitul Muslim ini. Kita tidak dapat menafikan bahawa keletihan adakalanya menyelubungi para du'at lenteran kesibukan dalam menguruskan rumah tangga dan wujudnya masalah dalam keluarga kecil mahupun keluarga besar. Ini terjadi lantaran kegagalan pasangan dalam menyeimbangkan tuntutan dakwah dan tuntutan dlam hidup berkeluarga. Setelah berkeluarga, lazimnya keperluan ekonomi juga turut meningkat dan ini menyebabkan pasangan yang alpa sibuk mengejar dunia dan dakwah akhirnya tertinggal di belakang. Ini adalah realiti yang agak menyedihkan dan oleh itu kita seharusnya mempersiapkan diri bagi mengelakkan terjadinya perkara sebegini. Dakwah itu adalah roh kehidupan dan ianya umpama makanan bagi roh kita yang menghidupkan jasad ini. 

Penutup.

Semoga kita sama-sama dapat mempersiapkan diri dalam usaha untuk membina Baitul Muslim yang akan membentuk masyarakat dan negara kita pada akhirnya. Dan demi merealisasikan hasrat ini, kita hendaklah tidak pernah jemu berusaha mencari ilmu yang bukan sahaja bermanfaat kepada diri dan berusaha menyampaikan kepada orang lain. Sesungguhnya pembinaan institusi rumah tangga ini adalah satu perjanjan berat, dan seandainya kita berjaya mengemudinya secara adil dan saksama, insyaAllah kita akhirnya akan tiba ke penguhujung destinasi yang terindah, yang terbaik sebagaimana yang telah dijanjikan oleh Allah s.w.t..

 
Credit to iluvislam.com

Entry kali ini mungkin agak panjang. Semoga mendapat manfaat. Renung-renungkan, dan selamat beramal~!



 ~berdoa dan terus mengharapkan redha Illahi...~

Saturday, January 30, 2010

Realiti Hari Ini dan Usrah~

Membaca entry Tiap 17 Minit lahir anak di sebuah blog membuat saya menjadi sedih dan sebak seketika. Di tengah-tengah keghairahan manusia sejagat secara umunya mengejar pembangunan yang bersifatkan material, ternyata tanpa sedar, kita sebenarnya semakin ketinggalan dari sudut sahsiah, dari aspek akhlak. Dan entry itu pastinya menyebabkan saya semakin runsing, akan bagaimanakah keadaan masyarakat kita secara umumnya paling kurang 10 tahun akan datang?

Menurut sumber tersebut, Selangor mencatatkan bilangan bayi yang tidak sah taraf sebanyak 12, 836 orang sehingga Julai 2008. Itu baru setakat tahun 2008, dan saya percaya seiring dengan peningkatan tahun, bilangan bayi yang tidak sah taraf ini juga turut meningkat. Maka, tidak hairanlah juga jika kita lihat semakin bertambah bilangan bayi-bayi yang tidak berdosa ini ditemui mati dalam keadaan yang tidak sepatutnya, di luar jangkaan peri kemanusiaan, di luar batas-batas norma kita sebagai manusia biasa.

Fenomena sebegini bukan lagi nampak terasing di negara kita pada masa kini. Malahan, masyarakat seperti tanpa sedar seolah-olah telah menganggap fenomena kelahiran bayi tanpa taraf yang sah ini sebagai satu fenomena biasa, yang seolah-olah boleh dipandang ringan sebelah mata. Mungkin juga disebabkan sudah terlalu biasa disajikan dengan berita-berita kelahiran bayi sebegini, masyarakat secara perlahan-lahan telah mula menerima berita kelahiran bayi seperti ini tanpa mahu memikirkan dan menggerakkan satu usaha bersama untuk mengurangkan dan sekaligus mencegah perkara sebegini daripada terus berlaku dan akhirnya meresap dalam budaya masyarakat negara kita yang majoritinya merupakan penganut agama Islam.

Syariat Islam telah menyediakan satu medium yang suci, yang halal bagi menghalang perkara sebegini daripada berlaku yakni perkahwinan. Namun, dek kurangnya kesedaran dan kefahaman masyarakat yang beragama Islam itu sendiri, di samping mudahnya budaya asing yang kuning meresap masuk ke dalam budaya dan jiwa masyarakat hari ini khususnya golongan belia dan remaja, maka tidak hairanlah jika untuk statistik yang akan datang, akan berlaku lebih banyak pertambahan bilangan bayi-bayi yang tidak sah taraf ini. Dan pastinya, secara tanpa sedar, agama Islam yang syumul terkena lumpurnya, dan sekaligus memberi pandangan yang kurang elok di mata mereka yang bukan beragama Islam.

Dan persoalannya, apakah cara ataupun method yang sesuai bagi mengelakkan diri kita dari terjerumus ke lembah yang hina ini?

Saya percaya, setiap orang pasti mempunyai pandangan dan jawapan tersendiri terhadap isu ini. Dan bagi saya, cara yang paling mudah bagi mengelakkan diri dari terjerumus ke dalam lembah sebegini pastinya memantapakan ilmu dan pengetahuan agama masing-masing. Dari ilmu dan pengetahuan itu, insyaAllah akan lahirnya penghayatan dan akhirnya membawa kepada satu tindakan. 

Soalannya, apakah cara yang paling mudah untuk mendapatkan ilmu dan pengetahuan agama, selain dari bacaan tidak kisahlah dari buku, artikel ataupun majalah-majalah kerohanian? 

Dan jawapan saya pula, pastinya usrah, atau dalam kata lainnya keluarga. =)

Saya tidak mengatakan bahawa ilmu dan pengetahuan itu seratus peratus diperolehi daripada usrah. Tetapi, usrah itu merupakan salah satu method yang paling berkesan untuk meningkatkan ilmu di samping mengembangkan silaturahim sesama manusia. Dan mereka yang melibatkan diri dalam usrah ini lazimnya mempunyai satu matlamat bersama yang utama, iaitu bersama-sama mendalami agama demi mencari redha Illahi. Indah bukan? Apabila kita saling memahami dan menjalinkan persahabatan dengan niat untuk mendekati Pencipta kita.

Sejarah dakwah Rasulullah s.a.w. menunjukkan kepada kita bahawa untuk peringkat 3 tahun yang pertama di mana Islam disebarkan secara rahsia, Rasulullah s.a.w. dan para sahabat mendalami dan mempelajari agama Islam melalui usrah yang diadakan di rumah Arqam bin Abi Al-Arqam. Dari usrah tersebut, mereka saling mempelajari agama di samping membina kekuatan untuk mengembangkan ajaran Islam yang syumul. Dan di sini, kita dapat lihat bahawa betapa usrah itu adalah asas kepada perjuangan mereka sebelum Islam berjaya berkembang dengan pesatnya dan akhirnya kekal sehingga saat ini.

Usrah bukan hanya tempat untuk mencari ilmu. Usrah bukan hanya sebagai satu tempat di mana kita hanya boleh berbicara soal agama, tetapi usrah itu adalah tempat di mana karakter kita dibina, kita membina hubungan persahabatan yang bukan saja diharapkan kekal di dunia tetapi juga kekal hingga akhirat. Bak kata segelintir sahabat saya, geng di dunia, geng di syurga InsyaAllah =). Usrah juga boleh dijadikan sebagai satu medium atau satu lapangan di mana jalinan ukhuwah itu dibina, dan jalinan itu tidak akan berkurang disebabkan kekurangan, dan tidak bertambah disebabkan kelebihan. Tetapi, semuanya kerana Allah. Sungguh indah, bukan? =P

Dengan hadirnya sahabat yang sentiasa hadir biar pun tidak melalui jasad, tetapi menerusi semangat ini, insyaAllah kita akan mempunyai lebih kekuatan selain daripada kekuatan yang tidak pernah putus kita perolehi daripada Allah s.w.t.. Tatkala kita tersasar, mereka membantu menunjukkan jalan, tatkala kita terlupa, mereka hadir dengan izin Allah untuk mengingatkan, ketika kita gusar, mereka datang untuk menghiburkan dan tatkala kita memang lemah dan hampir rebah di persimpangan hidup yang penuh simpang, mereka sentiasa sudi menghulurkan tangan dan memimpin kita menuju kebenaran =)

Buat mereka yang masih tercari-cari akan di mana ketenangan, buat mereka yang sedang dalam fasa mencari kekuatan untuk mendekatkan diri dengan Tuhan, carilah sahabat yang sebegini atau bercampurlah dengan mereka yang menggerakkan usrah, insyaAllah itulah antara jalan setepatnya untuk mengenali Tuhan. Ibnu Abbas sendiri pernah menjawab ketika beliau ditanya akan 7 indikator kebahagiaan dunia, dan salah satu jawapannya ialah Albiatu Sholihah yang bermaksud lingkungan kondusif untuk iman, dan antara contoh lingkungan kondusif untuk iman ini ialah melibatkan diri dengan usrah ataupun halaqah, insyaAllah ianya akan mampu untuk memberi nilai tambah terhadap iman kita. 

~Makan bersama untuk mengeratkan ukhuwah~

~berdoa dan terus mengharapkan redha Illahi...~

Sunday, January 24, 2010

Sharing : Seminar Dinamika Dakwah Mahasiswa (Part 1)~

Syukur ke hadrat Illahi, kerana dengan limpah kasih dan rahmat-Nya, maka semalam saya diberi kesempatan untuk menghadiri seminar yang bertajuk Seminar Dinamika Dakwah Mahasiswa. Seminar yang membariskan dua penceramah yang hebat iaitu Brother Lim Jooi Soon dan Saudara Mohd Amin Yaakob itu berlangsung dari jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang.

Kepentingan Perbandingan Agama.

Sebagaimana yang saya diberitahu semasa kursus tersebut, negara kita belum lagi menganjurkan sebarang dialog perbandingan agama secara terbuka. Tetapi hakikatnya, sudah ada dialog perbandingan agama dibuat secara tertutup dan keseluruhan dialog ini dibuat secara interfaith bukan intrafaith. Pasti ramai tertanya-tanya, apakah interfaith, dan apakah intrafaith bukan? =P

Interfaith merupakan dialog perbandingan agama yang dibuat dengan motif untuk mencari titik persamaan antara agama manakala intrafaith lebih bertujuan untuk mencari siapa menang siapa kalah. Itu secara general.

Sebagaimana yang kita tahu, hidayah adalah sebaik-baik pemberian Allah kepada kita.Hidayah merupakan panduan, petunjuk dan pimpinan Allah s.w.t. kepada manusia ke jalan yang benar. Dan kita juga sering mendengar ungkapan, hidayah itu perlu dicari, bukan datang sendiri. Walaubagaimanapun, sudah menjadi hak mutlak Allah untuk memberikan hidayah kepada sesiapa sahaja yang Dia kehendaki dan amat rugilah bagi mereka yang sudah memiliki hidayah tetapi tidak menjaga hidayah tersebut dengan rapi.  

"Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya nescaya Ia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam; dan sesiapa yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya Ia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-sempitnya, seolah-olah ia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya). Demikianlah Allah menimpakan azab kepada orang-orang yang tidak beriman."
[6:125] 


Kita seringkali mendengar akan situasi di mana tidak ramai yang berani membaca atau mengambil tahu soal perbandingan agama ini atas alasan bimbang akan akidah mereka akan goyang. Tetapi, jika difikirkan semula, jika kita sudah berpegang teguh dengan kebenaran yang telah kita imani dan kita pegang kukuh sejak sekian lama, alasan tersebut ternyata tidak masuk akal. Hakikat mudah yang pasti sukar untuk diterima, mereka yang mudah tergoyah pegangannya, tanpa perlu belajar atau mendalami tentang perbandingan agama pun, akidah mereka tetap boleh goyah. Dan berdasarkan firman Allah dalam Surah Ali-Imran ayat 64, perbandingan agama untuk mencari titik persamaan itu adalah digalakkan kerana dengan perbandingan agama, kita lebih terdorong untuk mendalami agama dan seterusnya lebih menghargai kebenaran yang telah kita imani sejak sekian lama. Tak kenal, maka tak cinta. Am I right? =) Percaya atau tidak, kurangnya kefahaman dan kesedaran tentang perbandingan agama ini turut menjadi punca akan kenapa dakwah yang dilakukan agak kurang berkesan. Kurangnya ilmu tentang perbandingan agama boleh menjadi sebab hujah kita menjadi lemah, lantas tidak meyakinkan golongan yang didakwahkan.


"Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Ahli Kitab, marilah kepada satu Kalimah yang bersamaan antara kami dengan kamu, iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan denganNya sesuatu jua pun; dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian yang lain untuk dijadikan orang-orang yang dipuja dan didewa-dewakan selain dari Allah". Kemudian jika mereka (Ahli Kitab itu) barpaling (enggan menerimanya) maka katakanlah kepada mereka: "Saksikanlah kamu bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang Islam."
[3:64] 

Kita ambil analogi mudah. Nak tahu apa? Jeng, jeng, jeng... =P

Sejak dari kita kecil, kita diajar 1 + 1 = 2. Betul tak? Dan tiba-tiba, apabila kita bertanya dan berbincang dengan orang lain, ada yang mengatakan jawapan bagi 1 + 1 ialah 11, dan mungkin juga 3, mungkin juga 4. Adakah kita dengan mudah boleh terpengaruh dengan jawapan tersebut? Pasti tidak bukan? Maka... Perbandingan agama itu, tidak akan mudah menggoyahkan iman dan akidah kita, kerana kita telah meyakini dengan sepenuh hati bahawa Allah itu adalah satu-satunya Tuhan yang layak kita sembah, yang sepatutnya kita imani. Malahan, Rasulullah s.a.w. sendiri adalah contoh terbaik buat kita dalam ilmu perbandingan agama ini.

"Sesungguhnya perbandingan (kejadian) Nabi Isa di sisi Allah adalah sama seperti (kejadian) Nabi Adam. Allah telah menciptakan Adam dari tanah lalu berfirman kepadanya: "Jadilah engkau!" maka menjadilah ia. Perkara yang benar ialah yang datang dari Tuhanmu. Maka jangan sekali-kali engkau menjadi dari orang-orang yang ragu-ragu. Kemudian sesiapa yang membantahmu (wahai Muhammad) mengenainya, sesudah engkau beroleh pengetahuan yang benar, maka katakanlah kepada mereka: Marilah kita menyeru anak-anak kami serta anak-anak kamu, dan perempuan-perempuan kami serta perempuan-perempuan kamu, dan diri kami serta diri kamu, kemudian kita memohon kepada Allah dengan bersungguh-sungguh, serta kita meminta supaya laknat Allah ditimpakan kepada orang-orang yang berdusta."
[3 : 59-61] 



~berdoa dan terus mengharapkan redha Illahi...~

Thursday, January 21, 2010

Sharing : Belajar Tak Sengaja~

"Kakak, selama ini Kakak susah benar mahu mengambil evening flight melainkan Kakak depart from Semenanjung. Tak ke susah kalau arrive kat KLIA tapi hari sudah gelap?" ibu bercakap dengan nada sedikit membebel, menyesali tindakan saya yang membeli evening flight untuk ke Semenanjung baru-baru ini.

"Entahlah mama. Dulu rancangannya lain, tak sangka pula tak menjadi rancangannya. Itulah, kita ini hanya mampu merancang, tetapi Allah juga penentu takdir yang terbaik buat diri kita," jawab saya, agak perlahan dengan niat mahu menyejukkan hati ibu.

Saya percaya, semua ibu di dunia ini pasti terlalu kasihkan anaknya. Biarpun anaknya itu mungkin sudah berusia 20 tahun dan ke atas, namun, rasa bimbang untuk melepaskan seorang anak ke tempat yang jauh, lagi-lagi anak perempuan pasti ada tercalit dalam naluri rasa seorang insan yang bergelar ibu. Biarlah anaknya itu sudah tahu dan masak dengan persekitaran yang jauh itu, namun, asalkan saja bukan di depan mata, pasti perasaan risau yang terbit dek terlalu kasihkan anak tetap wujud dan hadir dalam sanubari insan yang bergelar ibu.



"Nanti janganlah terus proceed journey ke Ipoh. Baliklah esok pagi ke..Atau hari lain, asalkan hari masih siang...," ibu masih lagi mahu menyambung kata-kata.

"Ye...Kakak tahu... Lagipun, kakak tak sangka jugak ending macam ni...," jawab saya dengan nada sedikit sayu. Memohon simpati agar ibu memahami akan hati saya yang sedang dalam fasa untuk membina semula kekuatan yang telah banyak hilang.

"Kakak sendiri belajar agama kan? Dan Kakak tahu, sebaik-baik sandaran hanyalah kepada Allah. Malahan, Kakak sendiri tahu Rasulullah s.a.w pernah bersabda, di mana Allah telah berfirman yang bermaksud 'Barangsiapa berharap (rajaa) kepada selain Aku tidak mengenal-Ku (ya’arifniy). Barangsiapa tidak mengenal-Ku tidak mengabdi-kepada-Ku (ya’abudniy). Barangsiapa tidak mengabdi-kepada-Ku, maka berarti menjadi-wajiblah (i’stawjaba) kemurkaan-Ku. Barangsiapa takut (khauf) kepada selain Aku, halal baginya pembalasan-Ku'. Ibu cuma risaukan keselamatan Kakak.." jawab ibu panjang lebar lagi.

"Itulah silap Kakak, ibu. Terlalu mudah untuk mempercayai...," jawab saya dengan nada yang perlahan. Menyesali tindakan saya yang menyebabkan ibu berasa bimbang.

"Tak apalah, Kakak. Hidup ini memang begitu. Setiap yang dilalui pasti ada pengajaran agar kita terus-menerus belajar. Bukankah dengan melalui sendiri pengalaman atau merasai sendiri segala kepahitan mahupun kemanisan itu akan menyebabkan kita lebih peka dan lebih cenderung untuk mengambil ikhtibar? Ibu tahu, Kakak sudah cukup dewasa untuk menganalisis dan memahami sendiri keadaan sebegini. Soal hati, memang takkan pernah jauh dari soal percaya. Tetapi, Kakak perlu ingat, jangan sesekali mudah percaya. Kerana dari kepercayaan itu akan wujud pengkhianatan. Mungkin tidak semua berakhir begitu, dan tidak mustahil juga kepercayaan itu membawa kepada pengakhiran yang indah. Asalkan, segala-galanya berjalan seiring dengan hukum syarak yang telah ditetapkan. Ibu hanya mahu mengingatkan, each betrayal begins with trust...," bicara ibu lagi sambil merenung anak mata saya.

Kata-kata itu menyebabkan hati saya semakin sebak. Tetapi, saya percaya, segala yang berlaku itu tidak pernah terjadi tanpa ada sebarang hikmah yang tersembunyi. Mungkin, ujian, atau mungkin juga cabaran atau dugaan, dan tak siapa tahu, Allah sebenarnya menjadikan sesuatu itu sebagai kifarah dosa kita yang lalu. Segalanya rahsia Dia, bukan?

Saya tak mampu membalas kata-kata ibu. Hanya diam dan otak saya ligat berfikir. Memikirkan kebenaran akan kata-kata yang lahir kerana tulus dan sucinya kasih seorang insan. Seorang insan yang bergelar ibu.

Tidak lama kemudian, terdengar suara panggilan terakhir untuk mereka yang akan berlepas ke Kuala Lumpur. Usai bersalaman dan berpelukan dengan ibu ayah serta adik-adik, saya pun melangkah dengan penuh rasa berat hati meninggalkan tanah air tercinta.

"Semoga Allah melindungi Kakak. Maafkan ibu tadi, nak. Ibu terlalu risaukan Kakak sampai terlupa bahawa mungkin inilah percaturan yang terbaik untuk Kakak," pesan ibu.

"Tak apa, ibu. Lagipun, Kakak belajar sesuatu.." jawab saya sambil mengenyitkan mata ke arah ibu.

Memandangkan ibu bersungguh-sungguh tidak membenarkan saya meneruskan perjalanan ke Ipoh, saya mengambil keputusan untuk bermalam di Setiawangsa. Setibanya di Setiawangsa, dan sementara saya menunggu kakak saudara saya menjemput, kelihatan seorang makcik yang agak kepenatan dan agak jelas kedengaran suaranya merungut dek kerana drivernya tidak kunjung tiba.

"Assalamua'laikum makcik. Penat kan kerja sehari-hari?" tegur saya lembut sambil tersenyum, sekadar mahu berbasa-basi.

"Itulah...Dahlah driver datang lambat.." jawabnya lagi sambil membalas senyuman saya.

"Ini beg besar-besar, dari mana?" soalnya pula.

"Dari Sarawak."jawab saya.

"Balik bercuti?" soalnya lagi.

"Eh, tak. Asal sana.." jawab saya.

"Ni nak balik mana? Boleh makcik tumpangkan.." pelawanya sambil tersenyum manis. Entah kenapa, melihat wajah makcik ini, hati saya tiba-tiba menjadi sangat tenang biarpun pada mulanya saya sebenarnya agak kurang senang mendengar rungutannya pada awal pertemuan tadi.

"Sri Ayu. Eh, tak apalah, ada orang datang jemput," jawab saya lagi sambil menguntumkan senyuman buat kali kedua.

Tidak lama kemudian, driver makcik tersebut pun tiba, dan saya secara spontan terus menghulurkan tangan untuk bersalam. Sebelum melangkah masuk ke dalam kereta, sekali lagi sambil tersenyum, makcik itu sempat berkata,

"Sayang... Makcik terlupa nak bertukar nombor telefon. Harapnya Allah ketemukan kita lagi. Jaga diri ye nak.."

Dan saya hanya membalas dengan lambaian beserta senyuman. Dan saya hanya mampu mengucapkan syukur di dalam hati, kerana di sebalik kebimbangan ibu, Allah ketemukan saya dengan seorang insan, yang saya percaya juga merupakan seorang ibu. Seorang insan yang mengajar saya, betapa senyuman itu, biarpun seketika, dapat menerbitkan satu detik yang sungguh bermakna. Terima kasih Allah~


Credit to iluvislam.com



~berdoa dan terus mengharapkan redha Illahi...~

Sunday, January 17, 2010

Roda~

Life is like a spinning wheel. Itulah di antara idiom yang agak selalu digunakan semasa saya berada di zaman persekolahan dulu. Idiom yang agak kerap saya masukkan dalam segala cereka dan fakta yang saya karang, dan sejujurnya pada masa itu tujuannya tak lain dan tak bukan hanyalah untuk "menyedapkan" jalinan tatabahasa dan bunga-bunga ayat demi untuk mendapatkan markah yang sempurna.


Credit to ekosmax.wordpress.com

Benar, hidup ini umpama roda. Adakalanya, kita berada di atas, dan adakalanya kita berada di bawah. Dan seringkali, kita sebagai manusia ini mengaitkan "di atas" itu apabila kita bahagia, apabila kita berjaya. Dan istilah "di bawah" pula kita sinonimkan dengan peristiwa tatkala kita kurang bahagia, diselubungi derita dan apabila kita berdepan dengan kegagalan. Itulah fenomena, atau boleh saya katakan sebagai senario masyarakat hari ini yang acapkali membuat definisi begitu. Dan saya sendiri tidak menolak akan kebenaran ini, biarpun adakalanya di sisi Allah, kita sebenarnya berada di atas tatkala hidup kita diselubungi dengan pelbagai bencana, puluhan derita yang pastinya menyebakan hidup kita secara zahirnya menjadi haru-biru.

Islam menuntut umatnya redha atas segala takdir yang menimpa diri mereka. Tidak kira takdir baik mahupun buruk, kita sebagai umat Muhammad s.a.w sewajarnya redha dengan segala ketentuan yang sememangnya sudah tertulis untuk kita. Ini disebutkan dalam salah satu hadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud,

"Tidak beriman seorang hamba sehingga ia beriman dengan empat perkara : iaitu menyaksikan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawasanya aku Rasulullah yang aku utuskan dengan benar, dan beriman dengan mati, dan beriman dengan kebangkitan sesudah mati, dan beriman dengan qadar - takdir"
[Riwayat Tarmidzi]

Saya percaya, dan saya juga pernah melalui peristiwa di mana saya diminta untuk bersabar. Saya diminta untuk bertenang. Saya diminta untuk mendiamkan diri, meluahkan segala rasa yang terpendam di hati  hanya dengan Pencipta. Saya percaya adalah sangat sukar rasanya tatkala kita diminta untuk berbuat begitu, lagi-lagi di tengah kekusutan hati dan jiwa yang pastinya menyerabutkan fikiran kita tatkala berdepan dengan situasi yang kita biasa sebutkan sebagai masalah.

Kebiasaan berada di puncak atau kata lainnya ketika kita disirami dengan rentetan kejayaan yang tidak pernah henti adakalanya menyebabkan kita merasakan hidup kita menjadi sangat tidak bermakna tatkala kegagalan mahupun kejayaan yang kita kecapi agak kurang memberangsangkan berbanding sebelumnya tiba-tiba menjelma. Hidup ini dirasakan gelap, tidak punya makna atau mungkin sudah tidak lagi mempunyai erti buat kita. Beruntunglah bagi mereka yang melihat keadaan ini dengan mata hati dan iman, di mana mereka melihat ini sebagai bicara Sang Pencipta kepada hamba-Nya, agar mendekati Dia setelah terlalu lama menjauh dek kesibukan mengejar kejayaan yang didamba. Dan sangat rugi bagi mereka yang akhirnya memilih jalan yang membawa mereka pergi jauh dari Pencipta, di mana jalan yang mereka pilih akhirnya membawa kesengsaraan buat diri bukan sahaja di dunia tetapi juga di akhirat.

Saya akui, kegagalan itu memang pahit. Cukup pahit. Dan boleh saya katakan sangat pahit. Tetapi, jika kita renung kembali ke dalam diri, jika kita renung segala kejadian yang ada di sekeliling kita, bukankah Allah tidak pernah menjadikan sesuatu itu dengan sia-sia? Bukankah Allah itu bersifat Al-Alim, yakni yang Maha Mengetahui. Sudah pasti segala ketentuan dari-Nya, tak kira yang baik mahupun tidak, punyai maksud dan rencana tersendiri sebagaimana firman-Nya dalam Surah Al-Baqarah ayat 30 yang bermaksud, 

"Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya."

Hakikat yang sememangnya perlu untuk kita sedar dan faham, ketenangan hati tatkala ditimpa musibah itu sebenarnya kayu ukur sejauh mana hati kita beriman kepada qada' dan qadar-Nya. Memang tidak dinafikan, adalah sesuatu yang amat perit apabila segala usaha kita berakhir dengan kegagalan. Adalah amat pedih, apabila sesuatu yang kita usahakan dengan sepenuh jiwa kurang berhasil, lebih rendah dari sesuatu yang kita jangkakan. Adalah sesuatu yang amat sukar untuk kita terima, apabila kejayaan yang selalu kita raih tiba-tiba ditarik kembali oleh Al-Wahhab, yang Maha Memberi. Tetapi, andai kita renung dan hayati kembali firman-Nya dalam surah Al-Hadid yang bermaksud, 

"Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi, dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.(Kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu, dan tidak pula bergembira (secara sombong dan bangga) dengan apa yang diberikan kepada kamu. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri." 
[57: 22-23] 


ternyata Allah sebenarnya sedang berbicara dengan kita. Allah sebenarnya sedang mendekati kita melalui musibah yang telah Dia turunkan kepada kita. Allah sebenarnya merindui munajat kita kepada-Nya. 

Muhasabah

Jika dinilai sedalam-dalamnya dengan mata hati, majoriti kita sebenarnya lebih mendekati Yang Maha Esa tatkala kita sedang dirudung pilu, dilanda pelbagai musibah. Saya tidak menafikan terdapat golongan yang memiliki qalbun syakirun, yang mana mereka tetap mendekati Allah tak kira ketika senang mahupun susah. Namun, sebagai manusia biasa, yang hanya menikmati hidup ini melalui pinjaman nikmat nafas daripada-Nya, saya percaya, tidak mudah untuk mendidik hati agar sentiasa bersyukur, sentiasa redha di atas segala kejadian yang Dia timpakan ke atas diri kita. 


Credit to iluvislam.com

Adakalanya, kita tidak mampu menyangkal bahawa sesetengah musibah itu adalah kifarah dari segala dosa-dosa yang pernah kita lakukan. Kegagalan itu kadang-kala terjadi ke atas kita lantaran kelekaan dan kealpaan kita sendiri, yang mana melibatkan sama ada perhubungan kita sesama manusia, mahupun dengan Dia. Namun, sebagi hamba-Nya, kita seharusnya yakin dan percaya, kurniaan Allah ke atas kita itu tidak pernah sia-sia. Dan, kita sebenarnya tidak terlambat untuk kembali kerana ampunan-Nya kepada kita sebenarnya terlalu besar berbanding dengan segala dosa-dosa yang telah kita lakukan. 

"Dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhan kamu (dari perbuatan syirik), kemudian hendaklah kamu rujuk kembali taat kepadaNya; supaya Ia memberi kamu nikmat kesenangan hidup yang baik (di dunia) hingga ke suatu masa yang tertentu, dan (di akhirat pula) Ia akan memberi kepada tiap-tiap seorang yang mempunyai kelebihan (dalam sebarang amal yang soleh) akan pahala kelebihannya itu; dan jika kamu berpaling (membelakangkan tiga perkara itu), maka sesungguhnya aku bimbang kamu akan beroleh azab hari kiamat yang besar (huru-haranya)."
[11: 3]



~berdoa dan terus mengharapkan redha Illahi...~

Thursday, January 14, 2010

Sharing : Iron Baju~

"Mama, lecehla nak iron seluar ni. Dahla kena pastikan betul and selari line yang dah dibuat time first time iron tu. Mama lah iron seluar. Kakak iron the rest," rungut saya pada suatu petang, merasa tertekan sewaktu menerika seluar sekolah adik lelaki saya.


"Teruskanlah. Boleh practice nanti, kot-kot kena iron seluar suami..." jawab mama, seolah-oleh memujuk.


"Tak payah practice, nanti cari yang sanggup iron seluar sendiri. Leceh dan rimaslah buat kerja yang super cerewet begini," jawab saya lagi.


"Sekarang cakap senang. Nanti bila dah sampai ke realiti itu, baru tahu langit tinggi ke rendah," jawab mama, seolah-olah memberi peringatan.


"Uppps.." saya menelan air liur. Menyedari kesilapan diri.


"Kakak kena tahu, baju dan seluar yang suami pakai ke tempat kerja, atau mungkin kemana-mana nanti, adalah lambang dan maruah Kakak sebagai isteri," bicara mama bermula setelah dia mula mengambil tempat duduk di meja makan sambil menimati snek ringan.


"Apa pulak kaitan dengan Kakak? Suami pakai, maruah suamilah. Isteri pakai, isteri lah yang kena jaga," jawab saya, masih kurang mengerti.


"Kakak kena faham, kebanyakan masyarakat hari ini memandang segala yang terjadi kepada suami itu adalah kerana sikap si isteri. Cuba Kakak tengok, kalau suami pakai baju yang berkedut dan tidak sesuai, pasti ada suara-suara sumbang yang bercakap dan mengata si isteri. Pelik jugak isteri si mamat ni, tau suami nak pergi kerja, tak pulak nak iron baju suami tu bagi kemas sedikit. Kalau si suami nampak kurus daripada sebelumnya, pasti ada yang mengata memberitahu, isteri si mamat ni tak masak ke untuk laki dia? Tengok, semuanya tertuding kepada si isteri. Berkahwin itu tak seindah yang dan tak semudah yang kita impikan. Ianya datang sekali dengan tanggungjawab," ujar mama sambil matanya tepat merenung saya. Saya hanya tunduk, membisu seribu bahasa.


Credit to etc.usf.edu

"Entahla mama," hanya itu jawapan yang mampu saya berikan.


"Mama bukan nak cakap apa, bukan juga hendak menghalang. Tapi, lelaki yang baik bagi mama, kalau betul dia ikhlas, dia akan jumpa mama dan papa terlebih dahulu. Bukannya main jumpa-jumpa Kakak di belakang, tanpa pengetahuan kami," ujar mama lagi. Kali ini saya agak terkesan dengan kata-kata mama. Saya memahami maksud tersirat mama. Dan saya bersyukur, kisah itu telah berakhir.


"Habis tu dulu, kenapa mama macam suka? Padahal, Kakak tunggu juga mama nak halang, sebab Kakak pun rasa dia bukan bagus juga. Nampak saja begitu, tetapi... Nasib baiklah, akak-akak usrah tu tolong and sedarkan Kakak," kata saya lagi.


"Mama nak tengok sejauh mana dia bersungguh. Tapi, hati mama dapat rasa yang dia tu ada macam tak kena sikit. Tetapi, kamu biarkanlah. Belajar dari kesilapan hidup. Ampunan Allah itukan luas dan besar. Cuma tinggal kita, mahu atau tidak mendekati Pencipta," kata mama. Sambil tersenyum.


"Ha'ah. Memang. Kehkehkeh. Tapi, syukurlah, sekejap saja kisahnya. Peritnya, bila selama ni kakak ingat dia alim dan boleh membantu bab-bab agama," jawab saya. Perlahan. Sedih sebenarnya apabila menyedari hakikat diri yang terlalu mengejar cinta manusia, akhirnya rebah di persimpangan. Syukurlah, masih ada kasih sayang Tuhan yang akhirnya membawa diri ke fitrah asal.


"Selepas ni, berdoa sajalah. InsyaAllah akan bertemu juga. Jangan cari yang mencintai kita kerana kita. Tetapi carilah yang mencintai kita kerana Allah. Kerana kita ini manusia, boleh berubah sekelip mata. Tetapi, kalau bakal tu nanti mencintai kerana Allah, InsyaAllah, walaupun kita mungkin berubah, dia sedar dia mempunyai tanggungjawab untuk melenturkan kembali," ujar mama perlahan, penuh makna.


Dan saya hanya diam, meneruskan kerja-kerja menerika segala baju-baju yang sedang menunggu giliran masing-masing. Namun, jauh di sudut hati, saya sebak mendengar kata-kata mama. Andai saya mungkin tersilap dan tersasar, serta mungkin akan mencintai seseorang itu kerana dia adalah dia, ada kemungkinankah saya akan bertemu dengan seseorang yang mampu mencintai kerana Allah? Hati semakin sebak apabila saya teringat akan kata-kata Ustaz Hasrizal dalam sebuah bukunya, what you give, you get back!


~berdoa dan terus mengharapkan redha Illahi...~

Wednesday, January 13, 2010

Aduhai Sahabat~

Dalam meniti hari-hari, adakalanya kita tidak dapat menafikan akan kehendak kita yang mahukan seseorang untuk mendengar segala luahan hati kita. Kita mahukan seorang teman sekurang-kurangnya, untuk berbicara dengan kita. Kita memerlukan seorang yang kita percaya, yang kita kasihi untuk menyelami perasaan kita. Dan ketika dalam situasi sebegini, peranan seorang insan yang bergelar sahabat itu sangat diperlukan.



Menuntut dan Dituntut

Namun, adakalanya tanpa kita sedar, mereka yang kita dambakan mempunyai tuntutan ataupun tanggungjawab lain yang lebih utama untuk diselesaikan, dibereskan dengan segera. Dan kita pula menuntut mereka untuk memahami kita, sedangkan mengikut keutamaannya, kita yang patut memahami mereka. Dan dari situasi sebeginilah, akan wujud satu keadaan yang mana akhirnya mencambahkan sesuatu yang diistilahkan sebagai konflik.

Saya sendiri tidak menafikan, adakalanya saya terperangkap dalam keadaan begini. Keadaan di mana saya memerlukan dan seolah-oleh mendesak agar seseorang boleh mendengar dan menyelami hati saya. Keadaan di mana saya diperlukan dan seolah-olah didesak untuk memahami mereka sedangkan saya mempunyai kewajipan dan tanggungjawab lain yang lebih utama. Dan keadaan sebegini akhirnya mewujudkan konflik dalam satu ikatan atau jalinan yang kita namakan sebagai persahabatan.

Walaubagaimanapun, adakalanya saya percaya kita perlu sedaya upaya mengelakkan keadaan sebegini daripada berlaku. Berusaha sebaik mungkin demi menjaga sebuah ikatan yang kita namakan sebagai persahabatan. Berikhtiar sepenuh hati untuk memahami dan difahami agar tautan kasih yang terjalin tadi tidak retak mahupun terlerai. Rasulullah s.a.w sendiri pernah bersabda yang bermaksud:

"Sesungguhnya orang yang paling aku cintai dari kamu adalah yang paling baik akhlaknya, yang sentiasa merangkul ketika berjalan (menjaga persaudaraan) dan menyenangi dan disenangi. Orang yang paling aku benci di antara kamu adalah yang suka mengadu-domba, yang memisahkan antara orang yang saling mengasihi dan mencari-cari aib orang yang bersih."




Daripada hadis tersebut, dapat saya konklusikan bahawa betapa Rasulullah mencintai umatnya yang berusaha sehabis baik demi menjaga sebuah ikatan yang dinamakan persahabatan. Pada saya, sahabat itu pastinya saudara, dan tak semua saudara itu sahabat namun kita sebagai umat Muhammad s.a.w haruslah sedaya upaya untuk tidak memutuskan ikatan persaudaraan yang terbina atas nama dan dasar Islam.

Apabila situasi di mana tuntutan kita untuk saling memahami dan difahami ini datang, kita seharusnya berusaha sebaik mungkin untuk menjadi doktor ataupun pakar kepada diri sendiri untuk merawat hati dan jiwa kita. Kita harus percaya bahawa sahabat kita biarpun ketika itu mungkin tidak bersama kita dek tuntutan lain yang lebih aula, namun doa dan semangat mereka sebenarnya tetap mekar dan sentiasa mengiringi kita. Bukankah mereka yang bersaudara itu pengikat hatinya adalah doa yang tidak pernah putus dan sentiasa berpanjangan selain daripada semangat untuk terus berjuang menegakkan kalimah Allah di muka bumi-Nya ini?

Muhasabah

Seiring dengan masa-masa yang terus berlalu, selari dengan usia yang akan terus bertambah dari hari ke hari dan bersempena dengan kematian yang akan semakin dekat dan terus mendekati, sama-samalah kita merenung dan bermuhasabah ke atas diri sendiri. Perjalanan untuk menuju syurga itu memang tidak mudah, penuh dengan kepahitan kerana syurga itu terlalu manis.

Memang kita sedia maklum, kita bukannya dapat menjejakkan kaki ke syurga kerana amal kita, tetapi kerana rahmat dari-Nya. Dan rahmat dari Yang Esa itu hadir kerana kasih sayang-Nya. Dan kita pastinya sedia maklum bahawa Allah menyayangi hamba-Nya yang pengasih dan penyayang. Dan mereka yang pengasih dan penyayang itu pastinya mereka yang sentiasa berusaha untuk menjaga persaudaraan tidak kira dengan sesiapa saja, baik yang dipandang mulia oleh masyarakat mahupun yang dipandang serong oleh masyarakat. Kasih sayang itu abstrak, subjektif, tak terlihat oleh mata namun takkan mampu dinafikan oleh hati yang merasa.

Adakalanya, kita mungkin akan rasa sedikit terasing dengan tindakan sahabat yang mungkin tidak dapat memenuhi tuntutan kita untuk sama-sama berkongsi rasa dan cerita, namun janganlah kita biarkan rasa terasing itu "memakan" rasa dan ikatan persahabatan yang telah terbina. Berusahalah untuk menjadi doktor dan pakar jiwa untuk diri sendiri. Basahi lidah dengan zikrullah, InsyaAllah segalanya akan menjadi mudah. Biarpun sahabat mungkin tak mampu berada di sisi kita tatkala hati meronta-ronta mahukan mereka, percayalah Allah itu takkan pernah menjadikan sesuatu itu dengan sia-sia. Pasti ada hikmah di sebaliknya. Sesungguhnya, hanya dengan mengingati Allah jiwa itu akan menjadi tenang.



Jangan jadikan rasa terasing itu sebagai alasan untuk kita mengasingkan diri daripada para sahabat, kerana tuntutan dakwah itu jauh lebih besar dari tuntutan hati kita yang mahu difahami. Andai kita terus-terusan melayan rasa terasing dalam diri, renungilah mereka yang mungkin sudah mengabdikan jiwa dan diri mereka hampir separuh abad di  atas jalan yang dinamakan dakwah ini. Andai suatu masa dahulu mereka tetap mahu melayan rasa terasing dan akhirnya memilih untuk terus mengasingkan diri, wujudkan kita, generasi hari ini yang seharusnya menyambung kesinambungan perjalanan dakwah ini? Tepuk dada, tanya iman~

[pictures: google image, jamuan karisma]

~berdoa dan terus mengharapkan redha Illahi...~

Tuesday, January 12, 2010

Kebahagiaan Dunia~

Pada suatu hari, Ibnu Abbas r.a telah ditanya tentang kebahagiaan dunia. Dan beliau telah menjawab terdapat tujuh kebahagiaan dunia iaitu :

1) Qalbun Syakirun 
Qalbun syakirun bermaksud hati yang selalu bersyukur. Hamba yang bersyukur itu biasanya redha menerima apa adanya atau dalam kata lainnya qanaah. Golongan ini biasanya dapat memahami sifat-sifat Allah dengan bijaksana. Mereka sentiasa kagum, redha malahan terpesona dengan segala pemberian yang Allah berikan. Apabila mereka ditimpa musibah atau kesulitan, mereka akan melihat dan memerhatikan orang yang lebih sulit daripada mereka, tetapi apabila mereka dikurniakan kemudahan oleh Allah s.w.t, mereka akan memperbanyak amalan mereka dan sekaligus dapat meningkatkan keimanan dan ketaqwaan mereka kepada Pencipta.



2) Al azwaju shalihah
Bermaksud pasangan hidup yang soleh. Hanya pasangan-pasangan yang soleh mampu menciptakan suasana rumah dan keluarga yang soleh. Wujudnya konsep Baiti Jannati ini apabila wujudnya persekitaran keluarga yang harmoni, sentiasa melaksanakan perintah agama serta istiqamah dalam melaksanakan amal makruf, nahi mungkar. Dan perjalanan mencari pasangan hidup yang soleh mahupun solehah itu bukanlah suatu perkara yang mudah. Kerana sesiapa yang mahukan pasangan yang soleh, mereka haruslah menjadikan diri mereka solehah terlebih dahulu dan begitulah sebaliknya. Ini dapat dilihat dalam firman Allah dalam Surah Annur ayat 26 yang bermaksud,

 

"(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia."

3) Al auladun abrar
Merupakan anak yang soleh. Anak yang soleh merupakan idaman setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga. Hanya anak soleh yang dapat mendoakan kedua ibu bapa yang telah pergi menghadap Illahi. Walau bagaimanapun, untuk mendapat anak yang soleh, lazimnya kedua ibu bapa haruslah menjadikan diri mereka soleh dan solehah terlebih dahulu. Ini kerana ibu bapa merupakan acuan yang bakal membentuk kuih yakni si anak tadi untuk menjadi soleh ataupun sebaliknya.

 

4) Albiatu Sholihah
Albiatu sholihah bermaksud lingkungan ataupun persekitaran yang kondusif untuk iman. Dalam usaha kita untuk meningkatkan di samping mengekalkan tahap keimanan yang baik, kita seharusnya bergaul dan sering bercampur dengan insan-insan yang dapat memberikan nilai tambah terhadap iman kita. Saya tidak mengatakan bahawa kita harus mengelakkan diri atau tidak mahu bercampur terus dengan golongan yang bukan seperti ini. Cuma, kita harus lebih banyak menghabiskan masa kita untuk berdampingan dengan mereka-mereka yang mampu mengajak kita ke arah kebaikan dan mengingatkan kita tatkala kita melakukan kesilapan sebagaimana telah dianjurkan dalam salah satu daripada hadis baginda Rasulullah s.a.w.

5) Al malul halal
Bermaksud harta yang halal. Islam tidak menganjurkan umatnya memiliki harta yang banyak tetapi mewajibkan umatnya memiliki harta yang halal. Kerana harta yang berkat itu adalah harta yang halal. Tiada gunanya kita hidup bergelumang dengan harta yang banyak tetapi merupakan harta yang haram. Halal di sini bukan sahaja secara hukumnya halal, tetapi kaedah mendapatkannya juga perlu halal. Biarpun secara hukumnya sesuatu harta itu adalah halal, tetapi andai cara mendapatkannya haram, maka harta tersebut tetap merupakan harta yang haram. Rasulullah s.a.w. pernah bertemu dengan seseorang, dan baginda berkata "Kamu berdoa sudah cukup bagus." Dan baginda menyambung lagi, "Namun sayang, makanan, minuman, pakaian dan tempat tinggalmu didapati secara haram, bagaimanakah doamu akan dimakbulkan?"

6) Tafakuh fi dien
Tafakuh fi dien ialah semangat memahami agama. Semangat ini lazimnya akan lahir dari semangat memahami ilmu agama. Seseorang yang hatinya sudah hadir semangat ini akan semakin mencintai Allah apabila semakin dalam dia mendalami atau mempelajari sesuatu ilmu agama. Daripada ilmu yang diperolehi ini, yang mana seterusnya akan diamalkan dan diaplikasikan dalam kehidupan seharian insyaAllah akan dapat menghidupkan hati. Hati yang hidup adalah hati yang selalu dipenuhi cahaya nikmat Islam dan iman.




7) Umur yang berkat
Seseorang yang umurnya berkat akan semakin merindui Penciptanya seiring dengan peningkatan usianya. Insan yang umurnya berkat ini bukan sahaja memperbanyakkan amalan mereka ketika usia sudah senja malahan juga memenuhi masa muda mereka dengan melengkapkan diri untuk menghadapi akhirat. Ini kerana umur itu seiring dengan masa. Sebagaimana masa tidak dapat diputarkan kembali, usia yang sudah tua tidak boleh menjadi muda kembali walau dengan apa cara juga sekalipun. Sebab itulah Allah berfirman dalam Surah Al-'Asr yang bermaksud,

"Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. "




Semoga kita sama-sama dapat mengecapi segala kebahagiaan yang kita inginkan bukan sahaja di dunia tetapi juga di akhirat. InsyaAllah~

[pictures: google images, iluvislam.com]

~berdoa dan terus mengharapkan redha Illahi...~

Saturday, January 9, 2010

Cerpen : Surat Untuk Asyura~

Ke hadapan Asyura,

Assalamua'laikum wbt,

Sudah lama kita tidak ketemu. Mungkin tuntutan akademik dan kekangan masa yang buat kita jadi begitu. Aku faham, mencari masa itu bukan mudah. Tapi, aku yakin, kau dan aku masing-masing tahu, andai kita sudah tahu bagaimana untuk mencari masa tersebut, segala urusan kita akan jadi mudah. Mudah yang amat. Oh ya, aku teringat akan warkah dari kau bulan lepas. Kau terkejut, namun pada masa yang sama bersyukur, aku akhirnya ketemu akan sinar yang ku cari selama ini. Aku akhirnya ketemu mereka yang telah dapat membuka mataku, memimpin langkahku untuk menuju Tuhanku. Aku sedar, selama ini kau telah bersusah payah menyedarkan aku. Namun, aku pula yang tersalah anggap. Aku ingat, bumi Tasmania telah mengubah engkau kerana engkau terlalu rapat dengan golongan-golongan yang aku anggap terrorist. Yang lelakinya hampir 24 jam memakai serban, kopiah mahupun songkok, dan perempuan pula hampir semua pakai tudung labuh. Mereka itulah temanmu ketika itu. Sedangkan, bagi aku, cukuplah kalau sudah pakai tudung ketika itu. Lebih-lebih buat apa kan? Kau juga tahu kan, aku dulu terlalu percayakan CNN. Malahan, aku anggap Al-Jazeera yang pula menyeleweng. Maafkan aku, Asyura.

Ha, seperti yang kau minta dalam warkah engkau yang lepas, kau mahu aku ceritakan bagaimana aku akhirnya ketemu sahabat dunia akhirat aku di sini. Hehe~ Nak tahu jugak ke, my dear? Ececece~

Seperti kau tahu, aku tak lama menikmati masa cuti yang panjang selepas SPM. Oh, aku terlupa. Kau juga sama. Kita sama-sama mendapat tawaran di bawah tajaan MARA, untuk melanjutkan pelajaran ke universiti dengan menggunakan results percubaan SPM. Tapi, takdir kita berbeza. Kau ditawarkan untuk melanjutkan pelaran ke Tasmania, Australia. Aku pula tertinggal di Malaysia. Seminggu aku berduka lara kerana rezeki kita tak sama. Bertuah engkau, dapat menjejakkan kaki ke bumi orang di usia yang muda lagi. Tapi kau pujuk aku. Jangan sedih Umairah. Biar kita jauh, semangat kita tetap bersatu. Kau sentiasa di hatiku, dan aku percaya kau juga begitu. Aku ingat ayat kau sampai bila-bila. Sampai sekarang, biar kau telah tiada.




Enam bulan berlalu, kau dan aku tak berhubung tanpa sebarang berita. Yang bertanya khabar, hanya ibu kita. Ibu kau tanya mak aku, Umairah di Perak bagaimana? Mak aku tanya emak kau, Asyura di Tasmania macam mana? Dan konklusinya, kau tahu keadaan aku dari ibumu, dan aku juga begitu. Macam couple yang sudah putus cinta pulak kan? Hehehe~

Takdir menemukan kita kembali di Facebook. Aku kaget tatkala melihat nama dan wajah engkau menghantar friend request kepadaku. Aku accept tanpa berfikir panjang. Aku terus view gambar kau satu persatu. Dalam hati aku, Asyura sudah jauh berubah. Sangat berubah. Sudah pakai pakaian yang besar-besar, tudung labuh pula. Aku melihat sambil tersenyum.Terkenang diri sendiri pula dan fikiranku teringat akan kisah semasa aku dilamar dengan usrah oleh sahabatku kini, Aisyah.

Aisyah : Umairah, tengah hari esok, free tak? Aisyah nak ajak Umairah join usrah Aisyah.


Aku : Aisyah, takkanla you tak tau I macam mane? I selalu cerita kat you kan yang I siap matikan kipas lagi setiap kali naqibah I ketuk-ketuk pintu nak datang buat usrah ni. I malas lah benda-benda macam ni. You pun taukan, tengah hari itu je lah masa nak rehat. Petang tu ada kelas Islamic Studies lagi. I malas. You ajakla orang lain.


Aisyah : Alaaaa Umairah... Usrah ni best. Best sangat... 


Aku : I malas. Jangan paksa I ok? 


Aisyah : Baiklah bos. =)

Kau tahu, Aisyah tetap sabar. Aku ingat, bila aku reject ajakan dia untuk join usrah, kami takkan berkawan lagi. Rupanya kekal. Sampailah suatu hari, aku rasa hati aku sangat kosong. Kosong yang tahap dewa punya kosong. Maka, aku dengan penuh selamba datang ke bilik Aisyah. Kau tahu, rupa-rupanya Aisyah tengah handle usrah dia time tu. Dan aku pulak, buat bodoh je lah masuk. Memandangkan sudah masuk, aku pun terus join je la...

Di situlah bermula saat di mana aku jatuh hati dengan usrah. Saat di mana aku telah menjumpai cinta hatiku yang sebenar. Saat di mana aku ketemu sakinah yang aku cari selama ini. Kalaulah kau masih ada Asyura, akan ku bawa kau bertemu Aisyah. Orangnya baik, manis, sopan santun. Sama seperti engkau. Berbeza dari aku. Hehe~

Asyura,

Aisyah selalu ingatkan aku tatkala aku terlupa. Kadang-kadang aku sering dibawanya pulang ke rumahnya. Kau tahu, ayahnya lecturer di situ. Jujur aku beritahu, kalau kau tengok dia sekadar sekali pandang, tiada langsung lagaknya yang menggambarkan dia anak lecturer. Sangat humble orangnya, Asyura.

Hubungan kami terus baik. Dan tanpa disangka-sangka, kami terus berkawan sehingga kami telah pun berada di tahun ketiga. Tapi, panas tak kekal hingga ke petang. Selepas mesyuarat naqibah-naqibah, aku diletakkan di bawah seorang naqibah yang lain pula. Senior kami. Aku tak rapat sangat dengan dia. Aku jadi hilang minat dengan usrah. Sebab bagiku, usrah hanya dengan Aisyah. Aku kerap juga ponteng. Tetapi, Aisyah tetap mendampingiku. Aisyah kata, biar siapapun naqibah kita, semuanya tetap sama. Kita sama-sama mendalami agama semata-mata mencari redha-Nya. Aku terima dan mula belajar untuk mendekatkan diriku dengan naqibah baruku itu. Kak Husna namanya. Orangnya lebih lembut dari Aisyah. Dan seperti kau tahu, aku amat sukar sedikit untuk bergaul dengan orang yang terlalu lembut. Tapi, aku tetap mencuba dan mencuba.

Hubungan kita pula semakin rapat. Sejak aku sudah install Skype di laptopku, hampir setiap malam kita bertelefon. Biar kau di Tasmania, aku hanya di Malaysia. Kita berkongsi cerita, berkongsi cinta. Kau dengan cerita kasihmu di bumi kanggaru, aku pula bercerita kepadamu tentang keindahan dunia halaqah yang baru ku temui. Aku masih teringat kata terakhirmu, biar kita mungkin takkan bertemu lagi, semangat kau tetap akan sentiasa abadi di dalam hatiku. Kau juga beritahu, kau paling sayangkan aku antara semua sahabatmu. Kita pernah lalui jalan yang sama. Tapi takdir telah menemukan kau dengan sinar cahaya lebih awal daripadaku. Kau bilang, mungkin Allah takdirkan begitu sebab mungkin kau yang kan pergi dulu. Dan paling penting, kau sempat memberitahu, kurang dari dua jam lagi kau akan pulang ke Malaysia dan mahu ke Perak untuk menemuiku. Kalaulah kau tahu, akulah tersangatlah excited ketika itu. You are very sweet everytime you try to suprise me, my dear =)

Aku tak dapat tidur lena sepanjang malam kerana terlalu excited untuk bertemu kamu. Aku ceritakan hal ini kepada Aisyah dan juga Kak Husna. Mereka juga gembira malah menyediakan kesediaan mereka untuk berkenalan lebih rapat dengan kau.

Keesokan harinya, selepas Subuh, aku dikejutkan dengan panggilan dari ibu. Ibu memberitahu, ibu kau telah menelefonnya dan memberitahu kau terlibat dalam suatu kemalangan jalan raya. Yang lebih menyedihkan, kau meninggal di sisi seorang lelaki yang pastinya bukan mahram untukmu. Aku terduduk. Rasa dikhianati. Kau yang selalu berpesan, agar aku selalu menjaga diri, menjaga hati. Tetapi, apakah semua ini? Dan aku juga diberitahu, ibumu tersangat sedih mengetahui keadaan itu kerana dia sendiri tidak tahu bahawa kau sebenarnya pulang ke Malaysia ketika itu.




Biar kau pergi takkan kembali biar apapun yang aku lakukan, aku tetap selalu menangis mengingatimu. Aku menangis kerana kau pergi bukan dalam keadaan yang ku jangka. Aku sungguh tak sangka, Asyura. Begitu pengakhiranmu. Kau baik untukku, malahan terlalu baik bagiku. Mujur, Aisyah dan Kak Husna tak henti-henti memberi semangat kepadaku. Mereka yang banyak menyabarkan aku, membawa kenangan kau dan aku, menceritakan saat-saat manis kau dan aku. Aku sedih mengenangkan sahabat yang terlalu aku sayangi pergi dalam keadaan begitu. Dalam hati kecilku, aku benci lelaki itu~!

Aisyah dan Kak Husna selalu mengingatkan aku dengan firman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 216.

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

 Benar, mungkin aku benci akan situasi itu sedangkan pada hakikatnya Allah mahu tunjukkan sesuatu. Aku mula merindui kau, Asyura. Ketahuilah, aku rasa dikhianati bukan kerana benci. Jauh sekali kerana dendam. Tapi, kerana terlalu sayang. Kau yang mengenalkan aku dengan keindahan dunia halaqah ini, kau yang tak henti-henti menyabarkan aku tatkala aku betul-betul rimas dengan Aisyah suatu ketika dulu. Tapi, aku tak sangka yang kau.... Aku tak sanggup untuk meneruskan kata-kata. Aku percaya, Allah takkan menguji aku dengan sesuatu yang sia-sia.

Kini, genap dua tahun engkau pergi. Aku tak pernah berhenti dari terus mengingati engkau di dalam sanubari. Bagiku, kau adalah memori. Memori terindah yang paling abadi. Aku sebenarnya pernah mengarang seutus surat yang aku kira akan aku kirim kepadamu menerusi alamat rumahmu sebaik sahaja mengetahui rancanganmu untuk pulang ke Malaysia. Sekadar ingin mengejutkan kamu. Dan ingin membalas suratmu yang kau kirim sebulan sebelum itu. Dan inilah suratnya, Asyura. Surat yang telah ku ubah suai seiring dengan pemergianmu.

Aku sebenarnya sedang rindu tatkala mengingatkan cerita manismu semasa berhalaqah di bumi Tasmania. Merindui akan kisahmu tentang indahnya menyemai rasa izzah di rantau orang. Merasakan kebersamaan yang erat biarpun kalian di sana hanyalah sedikit cuma bilangannya. Adakalanya, aku cemburu dengan kisah-kisahmu, Asyura. Aku jadi sangat teringin, terlalu ingin untuk menginjakkan kakiku ke bumi Tasmania semta-mata kerana engkau.

Biar kini kau tiada, di hatiku kau sentiasa ada. Dalam setiap nafasku, kau tak pernah lari walau sedetik cuma. Berkenaan lelaki yang ditemui bersamamu ketika kemalangan itu, aku tak pasti sama ada aku boleh memaafkannya atau tidak. Aku percaya, tak sepenuhnya salah dia. Tetapi, aku tetap tak boleh lari dari terus menyalahkan dia. Dan untuk pengetahuanmu, bukan mudah untuk meyakinkan ibumu agar memaafkan dia. Tapi, aku percaya, hati ibumu selembut sutera. Tidak seperti aku.

Asyura,

Terima kasih yang tak terhingga di atas segala kisah kasih dan cinta yang kita kongsi bersama. Aku tahu, aku rasa dikhianati kerana aku terlalu percaya. Terlalu percaya bahawa engkau takkan mungkin bisa hanyut dan  boleh karam sebentar di lautan samudera. Bukankah, each betrayal begins with trust? Biar apapun, aku percaya Allah sentiasa mengampunkan engkau di atas segala kebaikan yang pernah engkau taburkan, terutamanya dalam mengubah aku.




Aku sayangkan engkau, terlalu sayang. Terima kasih kerana kasih yang engkau berikan, aku akhirnya mengasihi sahabat-sahabatku. Kerana kasih yang engkau titipkan, aku akhirnya mendambakan cinta Tuhan. Kerana hembusan kasih yang sering engkau kirimkan melalui angin yang berlalu dari Tasmania ke Malaysia, aku akhirnya belajar untuk mengasihi dan menyayangi insan di sekelilingku kerana Dia. Kerana kasih yang sering engkau kirimkan melalui bait kata-kata yang engkau tintakan di mata pena, aku akhirnya mengerti dan memahami bahawa hakikat hidup kita di dunia ini adalah semata-mata kerana iman dan taqwa. Dan kerana kasihmu yang terlalu mendalam buatku, aku percaya jalan pemergianmu menemui Dia adalah peringatan darimu buatku. Terima kasih Asyura, semoga kau bahagia di sana...

Yang terus merindui dan mengasihimu tanpa jemu,
Umairah

[pictures : iluvislam.com]



~berdoa dan terus mengharapkan redha Illahi...~