Saya masih teringat kali pertama mengetahui bahawa beliaulah yang bakal mengajar saya untuk subjek Professional Communication Skills, saya tak mampu menyembunyikan rasa gementar, bimbang dan cuak. Sungguh, kata-kata dari senior yang pernah belajar bersama beliau membuatkan saya takut, takut seandainya subjek ini mampu menyebabkan keputusan saya yang lainnya turut jatuh menjunam. Tambahan pula, hampir dua bulan lamanya, saya perlu "unlearned all the skills that I have learned for almost 7 years" bukanlah satu perkara yang mudah. Namun, bicara dan firman Allah itu pastinya tidak pernah berdusta, hanya kita manusia saja yang tidak mahu meletakkan sepenuh hati kita untuk mempercayainya.
Namun, benarlah kata pujangga, kita sebenarnya berupaya untuk mencipta bahagia. Ternyata, biarpun sedikit tertekan demi mencapai tahap yang beliau inginkan, kami semua akhirnya mampu untuk menerima dan belajar, bahawa segala yang dipelajari bukanlah untuk markah semata-mata. Tetapi juga untuk pembaikan kualiti diri, yang barangkali mampu untuk menjadi aset berharga buat diri masing-masing pada suatu ketika nanti.
Apa yang ingin saya kongsikan di sini, biarpun kami pada mulanya agak 'menderita' demi memenuhi segala kriteria pencapaian yang beliau mahukan, namun akhirnya, kami mampu untuk menjadikan proses pembelajaran ini sebagai sesuatu yang membahagiakan, mengundang ceria. Terima kasih Allah, atas segala kurniaan.
Buat Dr Sumathi, thanks for giving me a chance. Buat Safwan Diah, Nasrullah Jaafar, Faiz Fudzaili, Fauzi Khamis, Rufaidah Mokhtar, Irsyaduddin Zakwan, Faris Roslan, Farhan Faiz, Hanifi Che Ibrahim, Zaifadzmeen Zakiah, Aizat Aluwi, Azwan Bakhtiar, Zaheera Noorizam, Liyana Kamaruddin, Faidhah Hassan, Mustaqim Razak, Baharuddin Mat Hussain, Syafiq, Aminuddin Ishak, Kamil Mustafa, Azfar Jaafar, Diyana Suffian, dan Adi Aizat Razali, terima kasih atas segala kenangan. Semoga perjalanan kalian selepas ini, sentiasa di bawah redha Illahi =)
~Dalam kenangan: PCS Group 5~
Credit to Mr Faiz Fudzaili
Buat rakan-rakan, terima kasih atas kenangan. Salam imtihan =)
Semoga kita sama-sama bertemu di puncak kejayaan~
All the best for final exam January 2010.
Selamat ber"internship" =D
~berdoa dan terus mengharapkan redha Illahi...~
No comments:
Post a Comment