Thursday, May 20, 2010

Aku Mahu~

Sepi, sunyi, sayup...
Hanya angin yang mampu bicara...
Kerana hanya hati yang mampu bersuara...
Sedang bibir, terkunci dari sebarang lafaz kata...

Pergi, jauh, kembali...
Tiga kata berbeza...
Melahirkan rasa yang pastinya tak sama...

Dulu, sekarang, nanti...
Bukan semua yang mahu peduli...
Lalu aku memilih untuk sendiri...
Biar batinku meronta...
Mahu Engkau di sisi...
Sedang hakikatnya Kau sentiasa menemani...
Tak kira bila, di mana dan untuk apa...

Kosong, resah, kesal, mahu simpati...
Aku terus merintih dan merayu lagi...
Dalam esak yang tak siapa mahu memahami...
Hanya Engkau yang mengerti...
Tolong...
Jangan tinggalkan daku lagi...

Ku mencari...
Ku berlari...
Ku melangkah tanpa henti...
Mencari dan terus mencari...
Kasih-Mu yang abadi...

Hanya Kamu yang bisa mengerti...
Hanya Kamu yang bisa dengari...
Hanya Kamu yang tahu akan isi hati...
Kerana kamu, kamu dan kamu...
Tak seperti Dia...
Yang setulusnya memahami...

Sepi sendiri...
Ku tak mahu menjauh lagi...
Cukuplah sekali...
Aku melangkah dan berlalu pergi...

Aku mahu berlari...
Menggapai cinta-Mu...
Aku mahu mencari...
Tulus kasih abadi-Mu...
Kerana aku percaya...
Tidak sia-sia aku diuji...

20 Mei 2010
2.06 pm
Theme song: Patah Hati (Saujana)




~berdoa dan terus mengharapkan redha Illahi...~

No comments: