Wednesday, December 29, 2010

Don't Wait~ (^_^)

"Be yourself, and make sure you have something good to be achieve!"

Above are few words made by Mr. Ting, our Terminal Manager once he was announced as recipient of Leadership by Example Recognition award by myself during our dinner last night.

"You don't have to wait until you have become YB, Prime Minister or any other else to contribute something," he added. And somehow, I did agree with his statement.

And one thing that caught my attention last night is how ones favourite song can influence their behaviour and attitudes. Guess what?

He loves a song entitled  "I Have a Dream" by Westlife!

I have a dream, a song to sing
To help me cope with anything
If you see the wonder of a fairy tale
You can take the future even if you fail

I have a dream a fantasy
To help me through reality
And my destination makes it worth the while
Pushing through the darkness
Still another miles

I believe in angels
Something good in everything I see
I believe in angels
When I know the time is right for me
I'll cross the stream
I have a dream

I have a dream a song to sing
To help me cope with anything
If you see the wonder of a fairy tale
You can take the future even if you fail

I believe in angels
Something good in everything I see
I believe in angels
When I know the time is right for me

I'll cross the stream 
 I have a dream
I'll cross the stream
I have a dream



p/s: Let us put our dream into reality. Allah will keep you going! :)




~berdoa dan terus mengharapkan redha Illahi...~

Saturday, December 25, 2010

Just The Way You Are~ :)

"When I see your face,
There's not a thing that I would change,
Cause you're amazing,
Just the way you are!"
[Bruno Mars, Just The Way You Are]

Saya sungguh tertarik dengan petikan dari lagu dendangan Bruno Mars sebagaimana yang tertulis di atas sejak dari kali pertama saya mendengar lagu tersebut. Biarpun jika diamati secara keseluruhan, saya turut mengakui bahawa terdapat unsur-unsur yang tidak begitu manis terdapat dalam lagu tersebut.

Namun begitu, saya tetap ingin menujukan part sebagaimana yang tertulis di atas untuk semua sisters dan para sahabat yang baru ataupun telah lama mengenali diri ini. Ternyata pertemuan yang agak singkat semasa majlis walimah one of my beloved sisters, Maymunah 'Abdul Hashim dan pasangannya pada minggu lepas sedikit sebanyak telah kembali menaikkan roh ukhuwah dalam diri ini.

Berbicara tentang "cause you're amazing, just the way you are" barangkali bunyinya agak streotaip memandangkan kita sebagai seorang insan biasa, adakalanya sukar menerima kelemahan atau kekurangan pada individu lain biarpun hampir semua sedar bahawa tiada seorang pun yang sempurna. Malah, mungkin terdapat di kalangan kita seringkali memandang kepada yang "kurang" itu berbanding yang "'lebih" terdapat pada orang lain sedangkan hakikatnya, memang menjadi lumrah hidup, kelebihan itu adalah untuk disyukuri dan kelemahan itu untuk dilengkapi. Jika tidak, masakan perkahwinan itu menjadi sunnah dalam agama kita kerana hakikat perkahwinan itu tujuannya adalah untuk saling melengkapi. =)

Journey 14-20 December

Alhamdulillah, sehari selepas saya melakukan pembentangan untuk program internship, saya dan ahli keluarga telah melaksanakan misi kembara ke 5 buah negeri. Dan pada masa yang sama juga, saya mengambil kesempatan ini untuk menghadirkan diri ke majlis salah seorang sisters di Teluk Intan. Biarpun agak singkat, pertemuan itu sedikit sebanyak melepaskan rasa rindu saya terhadap mereka.



Kesempatan ini juga saya isi dengan membuat penilaian sedikit sebanyak secara ringkas dan singkat ke atas negeri-negeri yang saya pergi. Ternyata, benarlah kata pepatah, untuk mengetahui dan menilai sesuatu, you have to experience it. Dan alhamdulillah, saya semakin menjumpai apa yang telah saya cari selama ini. =) Jazaakumullahu Khairan Kathira buat semua sahabat yang sudi menjemput, menghantar dan mencarikan hotel yang sesuai untuk saya dan keluarga. Semoga budi baik kalian sentiasa dalam hitungan-Nya.

Internships


Sedar tak sedar, industrial training saya hanya berbaki tiga minggu lagi. Terlalu cepat masa berlalu dan pastinya setiap saat yang berlalu takkan datang kembali. Semoga baki masa yang ada sentiasa dipenuhi dengan keberkatan dan kebaikan. May all journey ahead will full with His blessings. Amin ya rabbal alamin~

p/s: Bakal merindui adik-adik SMKA :'(

Untuk sekian kalinya, saya ingin tujukan untuk semua,

"You're so amazing, just the way you are!"

~berdoa dan terus mengharapkan redha Illahi...~

Tuesday, November 30, 2010

Sharing: Bicara Hati~

Assalamua'laikum wbt~

Ini sekadar satu entry yang ringkas dan simple-simple saja :)

Hao jiu bu jian my blog!

Saya sedang menunggu untuk naik ke atas kapal lagi, tetapi atas sebab-sebab tertentu, maka pihak kami perlu menunggu hasil pemeriksaan Chief Aviation Officer terlebih dahulu..

Bukan senang rupanya nak approve products before sampai kepada users rupanya..

Bayangkan, kita selalu pergi stesen minyak, dan isi minyak kenderaan kita..

Kemudian, ditakdirkan suatu hari, stesen yang kita pergi kehabisan stok..

Dan kita marah-marah...

Mungkin ada juga ayat-ayat yang tak sepatutnya terkeluar dari mulut kita..

Pengalaman di terminal ini mengajar saya betapa kompleksnya proses "discharging" dan "receiving" of products..

Nak tahu products itu apa?

Minyak yang kita beli di stesen-stesen minyak itulah..

ULG 97, ULG 95, ADO, DPK (Jet A1)..

Dan juga gas yang kita gunakan untuk memasak iaitu LPG...

ULG 97 & ULG 95 adalah minyak yang kita gunakan untuk kereta..

ADO ialah Automotive Diesel Oil, yang lori dan bas guna tu...

Jet A1, untuk kapal terbang..

LPG, untuk memasaklah.. :)

OK, tutup cerita. Sebenarnya, saya mahu berkongsi lirik lagu yang saya baru dengar for the first time pagi tadi. Make Me Strong by Sami Yusuf. Tahu lagu ini bila baca komen sisters kat facebook. =P

I know I’m waiting
Waiting for something
Something to happen to me
But this waiting comes with

Trials and challenges
Nothing in life is free
I wish that somehow
You’d tell me out aloud

That on that day I’ll be ok
But we’ll never know cause
That’s not the way it works
Help me find my way

My Lord show me right from wrong
Give me light make me strong
I know the road is long
Make me strong

Sometimes it just gets too much
I feel that I’ve lost touch
I know the road is long
Make me strong

I know I’m waiting
Yearning for something
Something known only to me
This waiting comes with

Trials and challenges
Life is one mystery
I wish that somehow
You’d tell me out aloud

That on that day you’ll forgive me
But we’ll never know cause
That’s not the way it works
I beg for your mercy

My Lord show me right from wrong
Give me light make me strong
I know the road is long
Make me strong

Sometimes it just gets too much
I feel that I’ve lost touch
I know the road is long
Make me strong

Bila hayati lirik lagu ini, kadang-kadang rasa macam sangat signifikan dengan hidup kita, kan?

Kita pasti tahu, perjalanan hidup kita sebenarnya masih panjang, atau mungkin ada yang pendek, tetapi kita kan tak tahu hayat kita setakat mana... Betul tak?

Justeru, bagi yang yakin sepenuh hati dengan janji Allah, insan terpilih ini akan senantiasa melaksanakan yang terbaik untuk setiap perkara baik yang mereka kerjakan...

Dahulu, masa zaman saya kecil-kecil, mungkin nakal-nakal lagi, setiap kali dapat SMS dari naqibah nak ajak usrah, terkadang saya sanggup ambil masa 10 minit dari hidup saya untuk fikir alasan untuk tidak mahu pergi usrah. Sedangkan, kalau fikir semula, 10 minit tu, boleh bagi impak yang besar untuk memaknakan masa-masa yang ada dengan segala kebaikan dan kebajikan...

Pernah sekali, atas sebab-sebab tertentu, saya ditukarkan dengan naqibah yang lain. Ya Allah, perasaan saya ketika itu macam entah apa-apa.. Segala yang buruk muncul dan bermain di kepala. Sedangkan, adalah lebih baik kalau kita berusaha mempositifkan diri sendiri kan?

Tetapi, sekarang ni... Bila dah go through usrah ni, I've found out, it is so AMAZING! Subhanallah! :)

Bila berjauhan, kita tetap rasa dekat, kerana tautan hati itu ada.. Even sekarang saya usrah dengan geng-geng sisters di Sarawak, saya tetap rasa sisters di Perak itu ada, kerana karakter mereka semuanya hampir sama. Mula-mula, saya bagai kurang percaya, tetapi benarlah, jika kita sefikrah, persefahaman itu akan cepat wujud, hingga saya rasa, mereka di Perak ada di sini sebenarnya. Sungguh indah, bukan?

Pernah sekali, saya menitiskan air mata kerana rindukan suasana di Perak.Tetapi, bila we meet together di rumah umi, or bila we all naik satu kereta nak pergi somewhere, automatically, saya rasa rindu itu terubat. Saya rasa seolah-olah insan-insan yang saya rindukan di Perak wujud dan bersama-sama dengan saya. Dan saya percaya rasa ini ada kerana kami setiasa bersama dalam rantaian doa. :)

Semoga hati-hati ini sentiasa tertaut walau di mana jua kami berada, sebagaimana yang sering dititipkan dalam Doa Rabithah,

Sesungguhnya Engkau tahu,
Bahawa hati ini telah bersatu,
Bertemu dalam naungan cinta-Mu...

Percayalah, kerana adanya rasa ukhuwah fillah ini dalam hati kita, rasa bersama itu akan sentiasa ada, kerana hati-hati ini telah bersatu, dan bertemu dalam naungan cinta-Nya~
Credit to iluvislam.com
~berdoa dan terus mengharapkan redha Illahi...~

Saturday, November 20, 2010

Khabar Hari Ini~

Alhamdulillah, tanpa disedari sudah lewat minggu ke-24 saya menjalani latihan industri. Semoga baki lapan minggu ini bakal terisi dengan pelbagai lagi aktiviti yang bermanfaat untuk dijadikan panduan dan pedoman di masa akan datang.

Adakalanya, dalam kondisi kesihatan sebegini, saya sering terfikir akan beberapa perkara. Mungkin bagi segelintir pihak, ianya tidak relevan atau tidak sesuai. Tetapi, apabila difikirkan kembali, mungkin ada kebenarannya juga.

Kadangkala, kita sebagai insan terlalu selesa dengan nikmat tilam yang empuk dan selesa sebagai tempat pembaringan di malam hari. Namun hakikatnya, sementara menanti pertemuan seterusnya di Padang Mahsyar, liang lahat yang berlantaikan tanah semata-mata itulah tempat tidur kita.

Tidak dinafikan, naluri kita sebagai insan adakalanya menginginkan kereta-kereta mewah dan berjenama sebagai kenderaan. Tetapi hakikatnya, di saat jasad kita dibawa ke kuburan, keranda itulah kenderaan yang bakal kita naiki dengan usungan daripada insan-insan yang masih lagi bernyawa.

Sesekali, mungkin pernah terbit rasa riak di hati tatkala menggayakan pakaian baru yang berjenama ketika melintas di hadapan rakan-rakan. Tetapi realitinya, pakaian terakhir yang kita pakai sementara menanti saat tiupan sangkakala yang kedua hanyalah sekadar kain kapan putih tanpa corak dan warna.

Adakalanya, terbit rasa bangga apabila rumah kediaman yang kita diami tersergam indah bagaikan sebuah istana. Sedangkan hakikatnya, rumah terakhir kita nanti hanyalah sekadar kuburan yang di atasnya hanya bertiang dua.

Tatkala diri mungkin dinobatkan dan diberikan beberapa anugerah dan pingat, kita seringkali lupa bahawa apabila tiba saatnya nyawa terpisah dari jasad, hanya almarhum sahaja gelaran yang berkekalan diberikan buat kita sehingga tiba saat perhitungan segala amalan.

Pasti akan ada yang mengiyakan, bahawa mereka pernah merasa bangga dengan kecantikan dan kekacakan wajah masing-masing. Sedangkan, di saat jasad tertanam di dalam liang lahat, kecantikan dan kekacakan itu sudah tiada lagi gunanya, kerana semuanya sudah bertukar menjadi tengkorak yang langsung tidak mencerminkan kecantikan dan kekacakan itu lagi.

Marilah sama-sama kita melihat dan mengkoreksi diri, kerana hakikatnya dalam kehidupan ini, tiada satu pun perkara yang abadi. Dan di saat kita pergi menghadap Illahi, hanyalah 3 perkara yang kekal  bermanfaat buat diri kita yakni:

1. Ilmu yang bermanfaat.
2. Sedekah jariah.
3. Anak-anak yang soleh & solehah.

Allah telah berjanji, segala kebaikan itu takkan pernah sia-sia.

Allah telah berjanji, segala kebajikan itu pasti dalam hitungan-Nya.

Allah telah berjanji, segala amal itu pasti akan ada ganjaran-Nya.

Apa yang penting, ikhlaskan niat. Ikhlaskan hati. Biar apapun yang terjadi.

Kerana Rasulullah pernah bersabda,

"Innamal a'malu binniat"

Hanya segala amal adalah dengan niat...

Dan Allah pula telah berjanji dalam surah An-Naml ayat 89 & 90, segalanya akan dibalas, pada suatu hari yang mana hanya Dia yang tahu masa dan saatnya...

"Barang siapa yang membawa kebaikan, maka ia memperoleh (balasan) yang lebih baik daripadanya, sedang mereka itu adalah orang-orang yang aman tenteram dari kejutan yang dahsyat pada hari itu. Dan barang siapa yang membawa kejahatan, maka disungkurkanlah muka mereka ke dalam neraka. Tiadalah kamu dibalasi, melainkan (setimpal) dengan apa yang dahulu kamu kerjakan."

Justeru, marilah sama-sama kita bertanya pada diri,

Apa khabar iman saya pada hari ini?

~berdoa dan terus mengharapkan redha Illahi...~

Thursday, November 18, 2010

Short Notes: Usia~

Due to eyes infection, I need to meet the medical practitioner today. Hopefully, I'll get well soon, InsyaAllah~

Alhamdulillah, semalam berlalu dengan begitu indah. Bermula dengan kedatangan my usrahmates, saya dikejutkan dengan rombongan tiga buah kereta dari akhawat UNIMAS. Subhanallah, indahnya ukhuwah~ :)

Tatkala itu, saya teringat akan beberapa persoalan yang dilemparkan oleh Umi semasa program qiam jamaie akhawat beberapa minggu yang lalu.

Jika direnungkan sedalam-dalamnya,

Berapakah usia kita?

Sudah berapa lamakah kita di medan dakwah?

Ataukah kita hanya di pinggir medan saja?

Apakah yang mahu kita wariskan kepada generasi kita akan datang?

Adakah harta?

Adakah nama?

Adakah pangkat?

Sedarkah kita, bahawa masyarakat kita semakin tenat?

Dan apakah masa depan anak cucu kita?

Marilah kita sama-sama bermuhasabah~

Saya sangat tertarik dengan petikan kata-kata Abu Hamid Al-Ghazali yang berbunyi,

"If you busy with yourself now, you will busy with yourself then. If you busy with God now, He will be with you then..."

Jangan sampai kita dimusnahkan sebagaimana umat-umat terdahulu kerana mengingkari perintah-Nya. Kita yang beragama Islam ini hakikatnya insan-insan yang terpilih, dan jikalau kita tidak melakukan tugas kita untuk menegakkan agamanya, Dia berupaya menggantikan kita dengan yang lain dalam sekelip mata...

"Jika Allah menghendaki, niscaya Dia musnahkan kamu wahai manusia, dan Dia datangkan umat yang lain (sebagai penggantimu). Dan adalah Allah Maha Kuasa berbuat demikian."
[4:133]



~berdoa dan terus mengharapkan redha Illahi...~

Tuesday, November 16, 2010

Salam AidilAdha~

"Sir, please register here. May I know who's beside you?" asked one of the ship crews once I entered the cargo ship carrying LPG products to our LPG Terminal Supervisor. During that moment, I went to the ship in order to watch the real procedures prior to LPG discharging can be proceeding.

"Oh, she is our new manager. She will replace the current manager soon," he answered with a smile on his face. I just smile and look to the other side of the ship.

"Madam, please write your name here," said the Viatnamese ship's crew with respectful voice. And this time, I can't avoid myself from smiling in front of others anymore. Hehe~

"Sir, please register the lady beside you as well," requested one of the seamen from Orkim Leader during ULG 97 and ADO receiving few weeks ago.

"OK. She is our assisstant loading master," answered Mr. Richard, the loading master and operation supervisor of bulk terminal.

And both the shipmen nod their head like the Japanese style to me. And of course, I just smile. Haha~

That is one of the normal conversation whenever I go to the ship prior to receiving process can be proceeded. New manager and assisstant loading master, that are lists of new position of mine that always been mentioned by both terminal supervisors whenever I put my feet on the ships. =D

So my dear readers, please pray that it will become a reality soon =D

Opps.... Apakah tujuan entry di atas?

Hehe, sekadar pembuka bicara.. =D Bu yao sheng qi~~

Pada kesempatan ini, saya ingin mengucapkan,

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA KORBAN

kepada seluruh umat Islam. Semoga kita sama-sama dapat belajar dan mengambil ibrah daripada kisah pengorbanan para anbiya' dan sahabat dalam menegakkan syiar Islam.

p/s: Teringat SMS daripada salah seorang sisters, pertama kali bukan semasa exam~~ =D


~berdoa dan terus mengharapkan redha Illahi...~

Friday, November 12, 2010

Renungan: Berubah~

Berubahkah aku...
Hanya bila ada sesuatu?



~berdoa dan terus mengharapkan redha Illahi...~

Tuesday, November 9, 2010

Sharing: Dia Terlalu Dekat~

Saya keliru...

Dan dengan lembut, dia yang bergelar kakak itu berkata,

"Fikir dengan sebaik-baiknya. Jangan ikut emosi dan nafsu..."

Dan dia menyambung lagi,

"Bukalah tafsir.. Baca surah ke-2 ayat ke-186 dan surah ke-40 ayat ke-60..."

Saya terdiam.

Dan perbualan itu berakhir dengan salam...

Perbualan terindah yang saya rasakan. Membawa kepada satu ketenangan. Melonjakkan keyakinan. Saya capai tafsir. Saya selak helaiannya dengan perlahan. Dan, saya terkesima...

"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran."
[2:186]

Dan Tuhanmu berfirman: "Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina dina".
[40:60]


Dia terlalu dekat...

Dia terlalu dekat...

Dia terlalu dekat...

Sesungguhnya doa itu memberikan kekuatan buat yang lemah, memberikan keberanian kepada yang takut, dan menjadikan yang tidak percaya itu percaya...

Subhanallah!





~berdoa dan terus mengharapkan redha Illahi...~

Wednesday, November 3, 2010

Sharing: Lelaki & Wanita Hebat~

Alhamdulillah...

Sekarang saya dalam mood terharu bercampur gembira setelah mendengar khabar rasmi dari my dearest sister ;)

Jika tiada aral, InsyaAllah I'll be there ;)

Sekadar ingin berkongsi sesuatu, untuk renungan kita bersama. Pengisian yang saya kira agak bermanfaat semasa menjadi salah seorang fasilitator untuk program Nur Sejahtera Remaja.

Lelaki Hebat vs Wanita Hebat

Anda lelaki hebat?

Mari bermuhasabah. Adakah terdapat ciri-ciri ini dalam diri anda?

"Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh karena Allah telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan karena mereka (laki-laki) telah menafkahkan sebagian dari harta mereka. Sebab itu maka wanita yang saleh, ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada, oleh karena Allah telah memelihara (mereka). Wanita-wanita yang kamu khawatirkan nusyuznya, maka nasihatilah mereka dan pisahkanlah mereka di tempat tidur mereka, dan pukullah mereka. Kemudian jika mereka menaatimu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkannya. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar."
[4:34]

Adakah anda pemimpin, andai mengajak si gadis menuju jalan ke neraka?

Adakah anda pemimpin, andai aurat anda yang tidak sekompleks kaum hawa itu pun masih belum ditutup dengan sempurna?

Adakah anda pemimpin, andai anda berani mengajak si gadis melakukan maksiat?

Adakah anda pemimpin, andai nafsu sendiri pun tidak terjaga dan tidak terkawal?

Adakah anda pemimpin, andai matlamat hidup anda masih belum jelas dan sempurna?

Adakah anda pemimpin, andai asas fardhu ain diri anda masih belum cukup sempurna?



Anda wanita hebat?

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :

“Apabila seorang wanita (isteri) itu telah melakukan sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, menjaga maruahnya dan mentaati perintah suaminya, maka ia dijemput di akhirat supaya masuk Syurga mengikut pintunya mana yang ia suka (mengikut pilihannya).”
(Hadis Riwayat Ahmad, Ibnu Hibban dan Thabrani)

Mari semak diri sendiri ;)

Secara ringkasnya, wanita hebat itu:

1. Melaksanakan solat 5 waktu.
2. Berpuasa di bulan Ramadan.
3. Menjaga kehormatan.
4. Taat pada suami.

Buat yang belum berkahwin, pasti yang ke-4 tidak applicable. Dan untuk mencapai yang ke-4 itu, sudah sempurnakah ciri-ciri yang pertama, ke-2 dan ke-3?

Dan dalam situasi sekarang, saya ingin menekankan kepada ciri yang ke-3.

Terjagakah kehormatan kita, andai aurat yang perlu dijaga didedahkan sewenang-wenangnya?

Terjagakah kehormatan kita, andai kita dengan mudahnya menyentuh bukan mahram kita?

Terjagakah kehormatan kita, andai kita masih lagi melayan SMS/YM/Gtalk mereka yang tidak halal buat kita tanpa ada perkara penting sebagaimana yang digariskan oleh syariat?

Penutup

Marilah kita sama-sama bermuhasabah dan mengkoreksi diri ;)





~berdoa dan terus mengharapkan redha Illahi...~

Friday, October 29, 2010

Menggeletar~

"Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebajikan (yang sempurna), sebelum kamu menafkahkan sebahagian harta yang kamu cintai. Dan apa saja yang kamu nafkahkan, maka sesungguhnya Allah mengetahuinya."
[3:92]

Hampir sahaja tafsir Al-Quran terlepas daripada tangan saya tatkala mata saya membaca kata-kata di atas. Menggeletar, perasaan jadi tidak menentu. Jantung berdebar kencang, bagaikan bertemu dengan sesuatu yang mengejutkan. Lantas, saya menghantar SMS dengan beberapa sahabat yang saya percayai tentang perkara ini dan sekaligus saya bertanya, adakah masa ini juga boleh diinfaqkan?

Ternyata jawapan daripada mereka menambahkan lagi rasa takut dan cemas yang sememangnya sudah beraja di hati ketika itu. Salah seorang sahabat membalas,

"Masa yang paling kita sayang dan perlu, itulah yang dikatakan sebagai harta yang paling berharga. Lebih-lebih lagi sebagai seorang pelajar. Bukannya dah selesai segala kerja event, settle hal akademik and then ada masa lebih baru hendak pergi usrah, daurah dan program. Kena bijak balance out sebab prioritinya sama."

Seorang lagi sahabat membalas,

"Harta paling berharga bagi seorang pelajar adalah masa."

Dush! Dush!

Jawapan mereka menambahkan lagi rasa yang sememangnya sudah menumbuk-numbuk wajah saya ketika itu. Saya terus juga melakukan tugas melipat kain dalam keadaan jiwa yang kurang tenteram dengan jawapan tadi.

"Erm.. my dear.. I tak bolehlah attend daurah. I kena siapkan my assignments..."

"Alamak, I terlupalah ada usrah pagi tadi. Erm, sorry ye~"

"Opps, program dua malam? Erm, I ada project kena siapkan. Lagipun, I kena contact vendor yang supplied beberapa stuff untuk event ni.."

"Ala.. I tak biasalah tidur dalam khemah. Tak nak pergi mukhayyam boleh?"

Kebijaksanaan dalam mengatur prioriti hidup ternyata sangat penting. Bukan mudah mahu mengatur masa dengan bijak, dan bukan susah untuk menjadi seorang yang hidupnya tiada keutamaan terutamanya dari segi masa.

Bila mana kita menjejakkan kaki ke medan ini, sudah pasti kita tahu yang usrah, daurah dan program itu akan sentiasa berdampingan dengan hidup kita. There are part of our life. Mereka perlukan masa kita, selain tenaga dan juga harta.

"I nak beli kamera. Tak dapatlah nak infaq untuk perkara ni. Next time ya...Lagipun, I dah lama  teringin nak dapatkan kamera ni. Even yang ni nak bayar bulan-bulan pun dah buat I semput."

"Alamak, tak dapatlah nak tolong. I nak kena bayar asrama, belanja makan lagi."

"Oh, I dah janji dengan my friends nak pergi travel hujung bulan ni. Next month I try untuk infaq la ye..."

Perbualan di atas mungkin dapat kita sedari dengan mudah kerana melibatkan sesuatu yang boleh dilihat dengan mata kasar. Tetapi masa?

Ternyata ayat ke 92 dari Surah Ali-Imran itu membawa kesan yang sangat mendalam. Dan pastinya, sudah menjadi satu kewajipan bagi kita untuk menyusun keutamaan dan prioriti agar hidup ini tidak menjadi umpama yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran...

"Demi masa.Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian,kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya menaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran."
[103:1-3]


Penutup

Apa agak-agaknya pengajaran untuk entry kali ini? =D

Masa itu adalah harta juga. Bukannya mahu menekankan bila mana kita sudah memberikan masa, tidak perlu untuk kita menafkahkan harta dan tenaga. Hakikatnya, mereka adalah sama. Kedudukan mereka adalah pada level yang sama. Mungkin sedikit berbeza, mengikut individu dan keadaan semasa.

Bagi pelajar, harta paling berharga baginya adalah masa selain harta dan tenaga. Mungkin setelah bekerja dan berkeluarga, harta pula yang paling berharga selain masa dan tenaga. Apabila sudah tua, mungkin tenaga itu sudah jadi harta yang paling berharga selain masa dan harta.

Oleh itu, marilah sama-sama kita berusaha menjadi insan yang bijak menyusun masa =)

Paling penting,

AKADEMIK = DAKWAH



~berdoa dan terus mengharapkan redha Illahi...~

Wednesday, October 27, 2010

The Man Who Thinks He Can~

"THE MAN WHO THINKS HE CAN"
by Walter D. Wintle

If you think you are beaten, you are;
If you think you dare not, you don't.
If you'd like to win, but think you can't
It's almost a cinch you won't.
If you think you'll lose, you've lost,
For out in the world we find
Success beings with a fellow's will;
It's all in the state of mind.

If you think you're outclassed, you are:
You've got to think high to rise.
You've got to be sure of yourself before
You can ever win a prize.
Life's battles don't always go
To the stronger or faster man,
But soon or late the man who wins
Is the man who thinks he can.


Credit to iluvislam.com

 

p/s: Currently our terminal operation is slow due to burnt of transformer...

~berdoa dan terus mengharapkan redha Illahi...~

Tuesday, October 26, 2010

Stress!~

Sudah masuk minggu ke 21 saya menjalani latihan industri. Dan pastinya, sepanjang melalui kehidupan berinternships ini, satu perkataan yang tak mungkin pernah jauh ialah STRESS! Saya sendiri kurang pasti mengapa, tatkala belum menjalani latihan industri ini, hati sangat teruja bagaikan tak mahu menduduki final exam, tetapi setelah melalui sendiri latihan internships ini, saya seperti tidak sabar untuk pulang ke universiti. Benarlah, dunia kampus dan realiti di luar itu terlalu jauh bezanya. Sangat jauh dan sungguh berbeza!

Mengapa oh Mengapa?

Adakalanya, tatkala saya duduk bersendirian di pejabat tanpa mahu mempedulikan kiri dan kanan saya, saya seperti hanyut dalam dunia sendiri. Saya hanyut dalam dunia yang bernama kenangan. Dan pastinya, meskipun kenangan itu mampu berulang, ianya tetap tidak akan pernah sama. Sepanjang menjalani latihan industri ini, saya selalu beranggapan bahawa hanya saya sahaja yang memendam rasa stress ini dan orang lain semuanya bahagia saja.

Tetapi e-mail yang saya terima sebentar tadi telah mengubah fikiran saya. Ya, bukan hanya saya. Mereka juga begitu. Pernah dan sedang mengalami rasa yang sama. STRESS! Mungkin dalam kadar dan situasi yang tidak sama dan tidak serupa. Namun, stressnya tetap ada.

Sebetulnya, bila saya cuba untuk memujuk hati dan diri sendiri agar berusaha melihat sisi kehidupan dari sudut yang positif, mungkin benar, stress ini adalah petanda bahawa Dia rindukan kita. Mungkin juga dek kesibukan mengadaptasi diri dengan realiti kehidupan yang ternyata mencabar, kita semakin lupa dan jauh dari-Nya. Lalu, diberikan kepada kita rasa stress itu agar kita mahu kembali dan mengadu pada-Nya.

Stress itu satu rasa. Rasa itu dari siapa? Pastinya dari Pencipta. Justeru, bila mana kita merasakan wujudnya rasa stress itu di dalam jiwa, ke mana harus kita memandui hati dan jiwa? Pastinya kepada DIA~

Kerana jiwa yang selalu ingat pada-Nya itu, akan selalu merasa bahagia.

Kerana hati yang sering rindu pada-Nya itu, akan merasa aman sentiasa.

Kerana fikiran yang bertunjangkan iman pada-Nya itu, akan sering berasa redha.

Stress itu pada saya satu musibah bagi jiwa. Andai tak kena cara, salah tindakan yang diambil, mampu saja memakan tuannya. Seperti juga saya, dek kerana stress, saya mengambil keputusan untuk mengambil emergency leave pada hari ini, bimbang pemanduan menjadi kurang selamat. Mungkin bagi sesetengah orang, itu tindakan yang kurang kena, tapi saya percaya, saya perlukan masa untuk berjauhan sebentar dari dunia kerja sementara yang sebetulnya memeritkan jiwa.

Penutup

Dia memang sayangkan hamba-Nya. Maka diberikan hamba-hamba-Nya petunjuk agar tidak tersasar mencari pangkal jalan. Dan kita pula, jangan pernah lari daripada kalimat-Nya, kerana kita yang jauh dari-Nya, sukar ketemu jalan penyelesaian yang benar.

"Tidak ada sesuatu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah; Dan barang siapa yang beriman kepada Allah, niscaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu."
[64:11]

p/s: Teringat kandungan e-mail sebentar tadi. Hakikatnya, saya juga begitu. When I say I'm OK, actually I want you to hug me and say, I know you're not OK.....





~berdoa dan terus mengharapkan redha Illahi...~

Sunday, October 24, 2010

Sharing: Tribute to Kak Acha~

Usually, I will be off to somewhere every Sunday evening. But since my health was not that good today, I choose to stay at home. Once I sign in my Gtalk, one of my ex-housemate's status caught my attention,

"miss her. al-fatihah buat k.acha" by Syaida Hazira Ramli.

Without any hesitation, I search for my handphone and call Syaida. Unfortunately, my call was not answered. I try for second time, and finally, all my questions were answered. Nor Hafsah Bt Mat Nor, or usually we called her as Kak Acha had left us forever this morning, 9 am at Hospital Klang. Innalillah hi wa inna ilaihi raji'un...

The Memories~

I will always remember her sweet smiles, understanding and advices. I still remember, whenever I feel so down and stress due to workloads or other problems, she always adviced me to accept people as who they are. Always treat other people nicely even though sometimes, they did hurt us.

My dearest Kak Acha,

You will always live in my memory till the end of time. Although we just know each other for one semester, all the sharings and loves will always stay in my mind... May Allah grant you with eternal happiness and tranquility...Amin ya rabbal alamin...

"Every soul shall taste of death; then to Us shall you be brought back."
[29:57]

~berdoa dan terus mengharapkan redha Illahi...~

Monday, October 18, 2010

Short Notes: Ejaan SAYANG Tak Serupa~

Semalam saya berkesempatan menonton sebuah rancangan bercirikan forum di saluran Astro Oasis. Zuriat Kita, sebuah rancangan bual bicara menampilkan beberapa orang ahli panel yang pastinya mencetuskan satu rasa untuk saya berfikir bersama-sama mereka tentang satu epidemik yang melanda masyarakat kita pada hari ini iaitu ZINA dan BUANG BAYI.

Saya tertarik dengan petikan kata-kata yang dilontarkan oleh salah seorang ahli panel, Dr. Mashitah Ibrahim yang hampir berbunyi begini,

"Ejaan SAYANG dulu dan kini telah berubah. Bagi ibu bapa, WANG itu adalah SAYANG. Sedangkan, bagi pihak anak-anak, SAYANG bagi mereka adalah RUANG."

Semoga kita sama-sama dapat memikirkan dan merenung kembali kata-kata ini. Saya percaya, kata-kata di atas boleh kita renungi bersama untuk dijadikan panduan dalam mengharungi fasa kehidupan yang akan datang....

"Dan dia termasuk orang-orang yang beriman dan saling berpesan untuk bersabar dan saling berpesan untuk berkasih sayang."
[90:17]




~berdoa dan terus mengharapkan redha Illahi...~

Wednesday, October 13, 2010

Short Notes: Ascertain~

We thought we could trust the military but then come Vietnam,
We thought we could trust politicians but then come Watergate,
We thought we could trust the engineers but then come the Challenger disaster...

The words above did caught my attention this morning while I take a short break after feeling a bit dizzy adjusting all the database of Security Department. Somehow I did agreed with this American since currently our campus was hit by way-to-escape-from-own-mistake statement inside one of the most popular local newspapers. Can I add "We thought we could trust the reporters but then come the liars and manipulators" ?

Whenever we want to display or produce something that will be view and read by the public, it is actually our RESPONSIBILITY to ensure all the sources are perfectly right and correct. That is why, Allah did mentioned in Quran about the importance of investigating any news or reports that we received or heard in order to avoid any mishap to others. In addition, this kind of mistake can make the others lost their trust towards us. So, what to do? Here is the answer =)

"O ye who believe! if an unrighteous person brings you any news, ascertain the correctness of the report fully, lest you harm a people in ignorance, and then become repentant for what you have done. "
[49:6]



~berdoa dan terus mengharapkan redha Illahi...~

Sunday, October 10, 2010

Sharing: Hakikat dan Harapan~

Bismillahhirrahmannirrahim...

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Tanpa disedari, latihan industri yang sedang saya lalui ketika ini tinggal lagi 14 minggu. Dan ternyata, tempoh 18 minggu menjalani latihan ini telah banyak mengajar saya sesuatu yang sukar ditemui di alam kampus. Mengajar saya akan erti syukur, kerana bisa menikmati saat bersama keluarga. Mengajar saya memaknakan hidup, agar sentiasa mencari ruang di celah perjalanan masa, bahawa kita hidup perlu ada tujuan di sana. Mengajar saya untuk belajar, bahawa yang sedang dilalui pada saat ini adalah satu proses pelajaran, untuk membuka mata dan hati, agar iman itu terjaga, sebagai panduan perjalanan hidup di hari muka.

Kita dan Mereka

Petang tadi, saya diberikan lagi kesempatan untuk bertemu dengan adik-adik di SMKA Matang. Perjalanan ke sekolah tersebut mengambil masa lebih kurang 30 minit dari rumah. Biasanya, kami anak-anak umi akan bergerak menggunakan satu kereta secara bergilir-gilir. Namun, disebabkan sesuatu di luar kebiasaan terjadi, maka hanya saya seorang menaiki kereta Kak Siti (bukan nama sebenar), sementara Kak Ana (bukan nama sebenar) pula menaiki keretanya sendiri.

"Semalam usrah tentang ape ye?" soal saya kepada Kak Siti, memandangkan saya tidak dapat hadir kerana mempunyai urusan di UNIMAS.

"Umi bercakap tentang akidah. Umi share tentang satu e-mail yang dia dapat. Tentang seorang Cina, yang hanya tahu tentang Islam, setelah melanjutkan pelajaran ke USA," jawab Kak Siti sambil matanya fokus ke arah jalan raya.

"Oh, saya tahu. Pernah dapat e-mail tu daripada sahabat di Perak. Itulah, kadang-kadang takut jugak nak hidup. Terlalu besar rupanya tanggungjawab kita yang membawa nama Islam..." ujar saya dengan nada semakin perlahan.

"Itulah. Akak yang mengajar di sekolah yang majoriti Cina ni lagilah rasa bersalah. Tak tahu method apa yang hendak digunakan..."

"Bagi saya, secara amnya, mereka ini hampir kesemuanya mengamalkan cara hidup sepertimana yang dianjurkan dalam Islam. Bangun awal pagi, bersenam, bersungguh-sungguh, minat kepada perniagaan... Cuma, dari segi akidah yang perlu diperbetulkan..."

"Haah... Betul tu... Dalam mengajar, akak selit-selitlah jugak perkara yang mungkin nampak general, tetapi sebenarnya mendedahkan mereka kepada Islam..."

"Saya pulak try masukkan quotes yang mungkin nampak general di penghujung setiap e-mail yang saya hantar, tetapi sebenanrnya mengajak mereka berfikir tentang diri dan Pencipta... Learn to pray not because you need a thing, but because you've ought to thank Him about something..."

Satu Hati

"Kak Aqmar (bukan nama sebenar) bakal berkahwin hujung tahun ni. Dia jemput kita semua datang..." Kak Siti menyambung perbualan dengan membuka topik yang lain.

"Oh ye? Orang mana?" soal saya dengan nada yang agak excited.

"Orang Terengganu jugak. Khabarnya, orang akademik jugaklah..."

"Oh... Ikhwah ke?"

"Hurm... Tak pasti sangatlah. Tapi ikhwah rasanya..."

"Sukurlah kalau dengan ikhwah... Pernah baca satu blog, kadang-kadang, pembinaan Baitul Muslim boleh menyebabkan ikhwah akhawat sama-sama futur..." ujar saya perlahan, cuba mengingati bait-bait kata dalam sebuah blog yang pernah saya baca.

"Betul tu.. Kalau yang berkahwin sesama ikhwah akhawat boleh futur, apatah lagi kalau berkahwin dengan bukan daripada kalangan mereka. Memang ada jugak yang boleh menarik pasangan ke dalam medan juang, tetapi tak dinafikan juga, tidak sedikit yang boleh futur setelah melengkapkan sunnah Rasulullah tersebut..."

"Ikhwah pun bukan sedikit yang melihat kepada paras rupa. Kalau tidak, masakan ada di kalangan akhawat yang kita lihat sungguh rancak gerak dakwahnya, tetapi tetap tidak kahwin sampai sekarang. Memanglah perkara tu bergantung kepada jodoh juga, tetapi saya percaya kebanyakan di kalangan mereka terlalu mengambil kira kepada faktor paras rupa dalam memilih pasangan hidup..."

"Memang hakikat tersebut tak boleh dinafikan. Lagi-lagi dalam usia sekarang, masih agak mentah untuk menilai... Takkanlah nak suruh mereka yang dah kahwin kan..."

"Betul tu. Memanglah poligami dibolehkan, tapi bagi saya, kena ambil kira jugak faktor hati dan perasaan isteri ikhwah tersebut. Sebab itulah, ada je akhawat yang tak pilih ikhwah sebagai suami. Syukurlah kalau mereka dapat tarik pasangan untuk turut serta, tapi kalau sebaliknya..."

"Kadang-kadang kagum dengan umi... Seorang doktor, tapi lebihkan dakwah dalam urusan hidup dia. Padahal, mampu je nak kumpul kekayaan dengan title doktor tu. Sangat besederhana... Sangat mantap gerak kerja dakwah..."

"Itulah... ditambah lagi dengan suami macam ustaz tu. Macam tak hirau dunia..."

"Mesti mata mereka dah buta dengan segala benda yang ada kat dunia ni. Hati dan mata mereka hanya melihat kepada akhirat... Saya ni, secara jujurnya, masih jauh nak sampai ke tahap tu.."

"Akak pun sama... Lagi-lagilah baru kerja ni. Baru nampak duit sendiri..."

"Harap-haraplah kita sama-sama mampu untuk jadi macam umi. Bukan mudah, untuk melihat dunia dari kaca mata akhirat. Hanya mereka yang terpilih saja mampu..."

"Hurm... Sama-samalah kita berdoa yang terbaik untuk kita," ujar Kak Siti sebaik sahaja kereta yang kami naiki tiba di pintu masuk utama SMKA Matang.

Penutup

Pertemuan dengan adik-adik pada petang itu mengingatkan saya kembali akan saat-saat berdebar untuk menduduki Ujian Percubaan SPM kira-kira empat tahun yang lalu. Hampir 90 minit kami berkongsi rasa dan idea tentang perlunya menuntut ilmu, di samping melakukan beberapa aktiviti yang agak signifikan dengan topik tersebut. Pastinya, saya turut berkongsi dengan mereka akan realiti sebenar alam kampus, yang pastinya memberikan kejutan buat mereka. Semoga kami semua diberikan petunjuk dan hidayah yang berpanjangan dari Allah, dan semoga saya terus diberikan kekuatan untuk terus bersama-sama mereka. Adik-adikku, selamat menduduki peperiksaan. Maat taufiq wan najah fil imtihan...~ =)


~berdoa dan terus mengharapkan redha Illahi...~

Friday, October 8, 2010

Short Notes: Bad Habits~

"Bad habits are like a comfortable bed, easy to get into, but hard to get out"

I do believe that everyone have their own weaknesses as well as their own strengths. Most of the times, people tends to look at others weaknesses and forget about their own. However, there are some people who knows about their weaknesses and try very hard to improve it. They always do self-introspection in order to improve themselves, seek advice from others and read lots of motivational as well as religious books in order to know the best way on how to make themselves better as time goes by.

It seems to be hard for most of us to change the things that have become our daily routine immediately. To make even a little change sometimes need us to have very strong passion and put as much efforts as we can. That is why, bad habits are equivalent to a comfortable bed, where most people are quite hard to wake up  from their sleep.

And as a Muslim, we have to wake up. Wake up from our comfortable bed. Get out from our comfort zone. As long as we still alive, we need to improve ourselves from time to time. Always try to achieve perfection in everything we do, as it is part of worshipping Allah according to Yusuf Al-Qaradawi in his book, Islam: An Introduction. And of course, we have to make sure it is good things to do, not the bad one. =)



~berdoa dan terus mengharapkan redha Illahi...~

Thursday, September 23, 2010

How Do You React?

The MSDS training was successfully done yesterday and I was invited by my Supervisor to attend the Health, Safety, Security and Environment (HSSE) Committee meeting today. And I do believe everyone can guess what does this meeting all about.

The 90/10 Principle

After I've undergo this industrial training for almost four months, I do admit that I've become more outspoken and able to express my feeling or opinion with regards to any matters that arise during any meeting or training. I do believe that there is no right and wrong opinions, it just either it is practicable and applicable to everyone or not. And I still can clearly remember about one thing that my lecturer have mentioned during our PCS class last semester, "Sometimes, we are behaving too Malaysian or too Asean. Whenever we want to say something that is right, but it may hurt others, we do say sorry at the first time before we mention about that particular matter. You don't have to bother yourself about it because whatever is right, then it's right, and whatever that is wrong, then it's wrong". And yes, I strongly agreed with her opinion because I can see that most people are afraid to move on or in the other words, most people are afraid to receive any new opinions or suggestions from new staffs as well as trainees.

Yeah, maybe it sound too harsh but then, it is! I always keep on reminding myself that truth is always hurt and whatever it is, we must able to say the truth. Sometimes, whenever I choose to be silence and stop myself from voice out my view, I can feel that this undefined feeling will always keep on disturb me. In some cases, it keep on bothering me until the next day and it indirectly effect my mood on the next day. That is why, after I attended numbers of training and meeting, I will always try to voice out my opinions no matter the meeting involves the managers or not. And, of course, I need to be prepared mentally and emotionally to receive any types of feedback after that.

I would like to share with you about the 90/10 Principle by Stephen Covey. He said that 90% of the things happen around us is determine on how we react towards it and only 10% of our life is made up of what happens to us. Yeah, in some situations, I strongly agree with him! You know why? Let me share with you a story...
You are having breakfast with your family. Your daughter knocks over a cup of coffee onto your business shirt. You have no control over what has just happened. Isn't it?

You curse her. You harshly scold your daughter for knocking the cup over. She breaks down in tears. After scolding her, you turn to your wife and you criticize her for placing the cup too close to the edge of the table.

And of course, a short verbal battle follows. You storm upstairs and change your shirt. Back downstairs, you find your daughter has been too busy crying to finish her breakfast and getting ready to go to school. She misses the bus. Your spouse must leave immediately for work. You rush to the car and drive your daughter to school. Because you are late, you drive 40 miles per hour in a 30 mph speed limit zone.

After a 15-minute delay and throwing $60.00 traffic fine away, you arrive at school. Your daughter runs into the building without saying goodbye. After arriving at the office 20 minute late, you realize you forgot your briefcase. When you arrive home, you find a small wedge in your relationship with your wife and daughter.

Can you see why all these happened? Is it because of the spilled coffee? Is it because of your daughter? The answer is NO! It is because how you reacted in the morning!


The way we react towards something will determine how's the next thing will happen. That is why, whenever someone criticize you, say something that you might don't feel comfortable about, we have to think carefully on how we should react towards it.

Whatever it is, the way we react somehow will reflects the level of our mindsetting, our brain and the standard of our thinking. We might not realize about this, but people around us will somehow judge us through the way we react. That is why, some people do judge a book by its cover~! Remember, the outer part is the reflection of the inner. If someone is good inside, is there any point for him or her to look bad outside? Yeah, this question might not applicable all the times, but I believe it is perfectly right for most of the times.

~berdoa dan terus mengharapkan redha Illahi...~

Wednesday, September 22, 2010

The Seven Group~

Bismillahhirrahmannirrahim...

We are almost in the middle of Syawal but I haven't started my Puasa 6 yet. Currently, I am preparing myself for Material Safety Data Sheet (MSDS) training this evening. This is the time where Proffessional Communication Skills (PCS) course need to be implemented in real working environment. However, there will be no Ah-Counter, Evaluator, Time-keeper and of course, no lecturer. =D Suddenly, I miss all of my PCS-mates in Group 5 while doing the preparation. It reminds me on how sweet and scary the course was last semester. Hehe~ =D

Feel likes butterfly on my stomach, but I have no choice since this is part of learning as well. Actually, I am not that nervous but of course, whenever we know that we'll deliver a speech or need to speak in front of others, this undefined feeling will suddenly arise inside us. In order to reduce this kind of feeling, let me share with you about one interesting reminder. In Malay ya... =D


~Hopefully I can speak fluently and smoothly~

Abu Hurairah meriwayatkan, Rasulullah saw bersabda, terdapat TUJUH golongan yang akan mendapat perlindungan di hari kiamat. Hari di mana tiada perlindungan selain perlindungan-Nya:

1. Pemimpin yang adil.
2. Pemuda yang masa hidupnya digunakan untuk mengabdikan diri kepada Allah.
3. Orang yang hatinya sentiasa terpaut di masjid.
4. Dua orang yang saling menyayangi kerana Allah serta bertemu dan berpisah kerana-Nya.
5. Lelaki yang diajak berbuat maksiat oleh wanita bangsawan lagi cantik, tetapi dia menolak dengan berkata "Saya takutkan Allah".
6. Orang yang bersedekah secara sembunyi-sembunyi sehingga tangan kirinya tidak tahu menahu akan apa yang telah disedekahkan oleh tangan kanannya.
7. Orang yang selalu berzikir di kala ianya bersendirian sehingga mengalir air mata.

[Hadis Riwayat Bukhari]

If we look back into ourselves, do we have at least one character among all these seven characters? Renung-renungkan, dan selamat beramal~! =)

p/s: There are few of the staffs of this company start calling me "cikgu" after they were informed about the MSDS training. Hehe~ =D


~berdoa dan terus mengharapkan redha Illahi...~

Saturday, September 18, 2010

Bingkisan Syawal~

Bismillahhirrahmannirrahim...

Syukur ke hadrat Illahi kerana akhirnya diri ini punya kesempatan untuk menukilkan sesuatu buat pertama kalinya di bulan Syawal tahun ini. Ternyata pemergian Ramadhan sedikit sebanyak meninggalkan kesan yang agak mendalam buat diri dan semoga berpeluang untuk bertemu lagi dengan bulan penuh barakah itu.

Menjadi kebiasaan, Syawal adalah bulan yang dinanti-nantikan oleh semua umat Islam, baik yang tua mahupun muda. Keghairahan menyambut Syawal lazimnya turut dipengaruhi oleh faktor-faktor luaran yang lain seperti media massa, media cetak, jualan murah dan pelbagai lagi promosi sehingga kebanyakan umat hari ini lupa untuk mengejar sesuatu yang lebih berharga yakni Lailatul Qadr. Namun, tidak dinafikan masih terdapat lagi golongan yang masih mengharapkan agar diri mereka ditemukan Allah dengan malam penuh rahmat itu.

Pertemuan

Secara lazimnya, selain dapat bertemu dengan saudara mara, ramai di kalangan kita turut mengambil kesempatan Syawal ini untuk bertemu dengan rakan-rakan lama. Di samping bertanya khabar, kebanyakan di kalangan kita mengambil peluang untuk bermaaf-maafan atas segala kesilapan yang pernah dilakukan. Tradisi berkonvoi ke rumah para guru juga merupakan antara aktiviti yang lazim dilakukan oleh remaja dan belia pada hari ini.

Hakikatnya, ini adalah satu perkara yang baik kerana di samping dapat mengeratkan hubungan, ini juga merupakan simbolik kepada penghormatan kita selaku insan yang pernah bergelar pelajar kepada para guru yang pernah mendidik kita pada suatu ketika. Namun, adalah sesuatu yang lebih bermakna seandainya kita selaku bekas pelajar yang pastinya pernah dididik dengan ilmu agama masih lagi mengekalkan identiti dan nilai-nilai murni sebagai seorang umat Islam tidak kira di mana jua kita berada.

Suatu Realiti

Terlalu sukar rasanya untuk menerima realiti hari ini di mana perkara zina atau kata lainnya mengadakan hubungan seks di luar perkahwinan seolah-olah menjadi satu adat dan tradisi di kalangan para remaja hari ini. Kebanyakan berita di kebanyakan akhbar-akhbar tempatan hari ini menghidangkan kisah yang pastinya mampu merenggut hati dan jiwa para ibu bapa. Dan saya yakin, mereka yang bergelar guru tidak terlepas dari rasa resah dan turut berdoa agar anak-anak didik mereka terkecuali dari gejala yang tidak sihat ini.

Selain didikan ataupun tunjuk ajar yang berterusan daripada ibu bapa, saya percaya hubungan yang erat dengan Pencipta merupakan antara formula terbaik dalam usaha mencegah penyakit yang kian membarah dalam masyarakat kita pada hari ini. Sebagaimana yang dijanjikan-Nya dalam Surah Al-Baqarah ayat 21, ketaqwaan itu akan lahir melalui penyembahan ataupun pengabdian diri kita kepada Allah swt. Ketaqwaan inilah yang akan menjadi benteng kepada kita untuk sentiasa mengelakkan dan menjauhkan diri dari melakukan segala larangan-Nya dan melakukan setiap suruhan-Nya.

"Hai manusia, sembahlah Tuhanmu Yang telah menciptakanmu dan orang-orang yang sebelummu, agar kamu bertakwa."

Andai sahaja solat 5 waktu sehari semalam pun bisa diabaikan tanpa secebis rasa bersalah, apatah lagi dosa yang lebih besar daripada itu kerana solat itu tiang agama. Apabila disebut sebagai tiang agama, semua orang pasti sedia maklum tiang itulah asas yang penting dalam pembinaan sesebuah rumah kerana andai saja rumah itu tiada tiang, usah diimpikan rumah itu mampu untuk menjadi tempat teduhan yang sempurna. Begitu jugalah kita sebagai seorang umat Islam, andai sahaja solat 5 waktu itu dipandang enteng dan diringankan dengan penuh bersahaja, adakah masih ada benteng yang lebih kukuh daripada itu untuk memelihara diri kita?

Yusulf Al-Qaradawi dalam bukunya Islam An Introduction ada memetik kata-kata daripada kitab Tafsir al-Manar yang berbunyi "Obedience to God and His messengers are necessary in order to achieve happiness in this world." Dan saya percaya, seawal di zaman kanak-kanak lagi kita telah diasuh dan diajar dengan rukun Iman dan rukun Islam, dan kewajipan solat itu terletak pada rukun Islam yang kedua. Di manakah nilai Islam dalam diri kita seandainya solat 5 waktu itu diringankan dengan sewenang-wenangnya?

Tinggal Kenangan

Suatu ketika dulu, kerana adanya peraturan sekolah, hampir kesemua di kalangan kita begitu rajin menunaikan segala kewajipan kita selaku khalifah di bumi Allah ini. Suatu ketika dahulu, di kala sore, kita serikan petang kita dengan bacaan Al-Quran. Suatu ketika dulu, kerana adanya mata pelajaran Pendidikan Islam, di samping dengan adanya pemantauan oleh mereka yang bergelar ustaz dan ustazah, kita berusaha menjaga aurat kita. Dan kini, kita telah dewasa, masing-masing berjalan sendiri di atas bumi ini berbekalkan segala ilmu dan iman di dada masing-masing.

Penutup

Hidayah itu milik yang mencari. Percayalah, Allah takkan menghampakan hamba-Nya yang senantiasa berusaha untuk menjadi hamba-Nya yang terbaik. Sebagai insan yang masih bergelar pelajar, pastinya kita sentiasa berusaha untuk mengejar Dean's List dalam peperiksaan setiap semester. Namun, jangan kita lupa, mengejar Deen's List juga adalah satu tanggungjawab kita yang berterusan sampai bila-bila, kerana kita adalah umatNya yang telah bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.

Semoga Ramadhan yang telah berlalu menjadi satu madrasah terbaik untuk kita mencari identiti diri yang mungkin telah hilang pada hari-hari sebelumnya. Semoga tarbiyah Ramadhan yang telah kita terima menjadi satu benteng yang kukuh agar kita senantiasa berusaha menjadi hamba Rabbani. Di kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin...




~berdoa dan terus mengharapkan redha Illahi...~

Friday, August 27, 2010

Sharing: Along The Road~

As I driving along the road on my way to the terminal, a woman sitting while holding her baby at the bus station caught my attention. It reminds me to one of the most popular authors in Malaysia about his life principle, “Erti Hidup Pada Memberi”. Out of sudden, my tears feel like to burst since it reminds me to my parent, especially my mother.

Today’s Stories

“Mom, how do you feel during your first pregnancy?” I asked my mother while both of us were sitting on the dining chair after we finished tidy-up the table after dinner.

“It seems like no word can describe exactly what my feeling during that time are. But one thing I’m pretty sure, I am so excited,” my mom replied, with a shining smile on her face.

I looked outside through the window. Most of the latest news reported in the newspaper disturbed my mind. A mental disorder father slaughter his own son, a drug-addict father pour acids onto his daughter, and many newly born babies disposed into the dustbin by their own mothers seems like a hot topic in the newspaper today.

Instead of proud with materials and technologies development in our country, I am sure most of us still not satisfied with it due to increasing of immoral cases. Setting up baby hatch, enforcement of laws and awareness campaigns about the dangerous of commit adultery seems like not work. Thus, is this the price that we have to pay for a dynamic development in our country nowadays?

“It is the government fault that failed to reduce these cases among the youngsters!” said one of the representatives from the opposition.

“Our education system is not good enough to create awareness among the teenagers so that they will stop themselves from involve with such immoral activities!” said another.

“We should include sex education in our education system!” proposed by one of the ministers.

“Instead of just bring the mother to the court, we also need to find the father by conducting a DNA test!” added by the others.

Most of the solutions proposed are just to punish the committers. Most of the comments given seem like to blame each others. No proper meeting. No consent agreement from all parties. Everyone wants to speak out their views. Everybody wants to say that they are the heroes. No one wants to listen. As a result, the numbers of immoral cases keep on rising from day to day. After all, most of these people just speak for their own political essence. And after sometimes, this matter will no longer been discussed. After few months, all these cases are considered as successfully solved!

Give More, Take Less

We cannot wait for the government to settle down this problem. It’s our responsible too. Who are the committers? They are among our community. We are closer to them. Do as much as we can. Be close to them so they will close to us. Treat them as how you want them to treat you. That is the golden rules of life.

Some of my friends did tell me that lack of religion knowledge is the root cause of this problem. Yes, I did admit that. We can see that most of us today are quite busy with our own business. You go along with your own way, I with my own way. Or maybe, no money no talk! As easy as that!

As long as you perform your five times daily prayer, fasting during the month of Ramadhan, that is good enough. Do your work with all your heart. At the end of the month, get your salary. That’s it. Is that the only purpose Allah create us to live in His world?

When someone ask us to do them a favour, we’ll think twice or maybe triple before we agree to do so. When someone asked us do we want to have extra money, we will nod our head immediately. Today’s life has been conquered by “ringgits” and “cents”. In the other words, the purpose of life today is for monetary factors. No more love. No more attentions. No more kindness. It’s all about money. It’s all about positions.

“We live to give as much as we can. Not to take as much as we want to.”

This is one of the most popular quotes that I heard from my favourite radio station, ikim.fm. In addition to that, they did mention that this is one of the sources of happiness. And I also do believe that, to preach is easier than to do. But, we still can make our effort to practice this in our daily life.

Be Optimist

“How do I can help them if I am also not that good?”

I do believe that this question always trigger our mind whenever we do have an intention to help those unfortunate people. Lack of knowledge, do not know what exactly to advice, fear of the same thing might happen to ourselves, they might replied us that we’re not in their shoes, are some of the obstacles that we have to face.

My dear, this is the real world. Everything that we do, we have to face what do we called as problems. And it is depend on us either we want to overcome the obstacles or to be the slaves of it. If we choose the second option, we’ll never do anything at last!

From one of the books written by Steve Chandler, he did mentioned that the optimist always does a little something. She or he always takes an action and always feels like progress is being made. Let us be the optimist one! =)

Conclusion

I finally arrived at the terminal at 8.21 am. I still clearly remember the woman sitting at the bus station holding her baby with a face full with loves. I believe that she’s waiting for the bus with patient and without any mumbles. I always pray that Allah will grant me with strength and to always fill my heart with loves, cares and respects eternally.



~berdoa dan terus mengharapkan redha Illahi...~