Thursday, April 22, 2010

Terbaik Untukmu, Untukku Berbeza~

"Awak, saya sedih sangat.. Penat saya cuba buat yang terbaik, tapi entah kenapa, hanya ini yang mampu saya dapat...Bukan sedikit masa dan tenaga yang saya curahkan untuk semua ini..." luah Umairah kepada sahabatnya, Khairina pada suatu hari.

"Umairah, dalam hidup ini, kita sebolehnya belajar untuk train diri sendiri untuk merasa cukup dengan apa yang ada. Kita kena sentiasa fikir bahawa diri kita ini milik ummah..Jadi, sebagai khalifah Allah yang bertanggungjawab menyebarkan agama-Nya di bumi ini, kita tak boleh selfish. Seharusnya, kita kena latih diri bersyukur for every single little thing yang kita dapat..He knows what is best for us..." jawab Khairina sambil mengusap lembut bahu sahabatnya.

"Umairah kena pupuk rasa bahawa semua benda yang Allah bagi itu is the best...So, kenapa nak sedih kalau Allah bagi tu is the best for us? Betul tak?" ucap Khairina lagi, sambil memandang tepat ke wajah sahabatnya.

Umairah hanya mampu mendiamkan diri, berusaha untuk mendalami setiap bait kata-kata yang dicurahkan oleh sahabatnya. Dia masih tidak mampu untuk bercakap, masih sedih mengenangkan kegagalannya sebentar tadi. Bukan semalam dua, tetapi hampir dua tahun dia bertungkus lumus menyiapkan pengajian Masternya dengan harapan dapat menghabiskan pengajiannya secepat mungkin.

"Umairah, awak kena ingat, setiap orang akan dapat bahagian masing-masing...Sebab the best situation untuk setiap orang is not the same. Mungkin untuk Umairah, extend tempoh untuk tamatkan Master adalah yang terbaik.. Dan dapat tamatkan Master dalam tempoh dua tahun adalah yang terbaik untuk Khairina.. Umairah kena yakin dan percaya, Allah itu Maha Adil.." ucap Khairina lagi, masih berusaha untuk mengembalikan semangat sahabatnya yang masih bersedih hati. Berusaha mengembalikan kepercayaan sahabatnya bahawa Allah senantiasa menetapkan yang terbaik untuk hamba-Nya.

"Terima kasih Khairina.." hanya itu yang mampu dilafazkan Umairah, dalam nada hampir menangis, menyesali segala tindakan dan kata-katanya sebentar tadi.

----------------------------------------------------------------------------------------

Situasi di atas mungkin seringkali kita hadapi tanpa sedar. Kita merungut, kita bersedih hati, lantaran segala yang dikejar, yang dicita-citakan tidak kesampaian. Tetapi, bukankah Allah senantiasa mentakdirkan yang terbaik untuk kita? Dan yang terbaik untuk setiap hamba itu tidak sama. Adakalanya berada di bawah mungkin yang terbaik untuk kita. Dan untuk yang lain, berada di atas adalah yang terbaik untuk mereka. Dan kita sebagai hamba, usahlah bersedih hati, kerana dunia ini hanyalah pinjaman semata-mata.

"Dan tiadalah kehidupan dunia ini, selain dari main-main dan senda gurau belaka. Dan sungguh kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Maka tidakkah kamu memahaminya?"
[6:32]

Teringat akan kata-kata seorang pakcik semasa menjadi fasilitator untuk salah sebuah program kendalian KRJ Networks,

Kita sebenarnya terlalu banyak meminta kepada Allah, tetapi kita sedar atau tidak, betapa kurangnya syukur kita kepada-Nya?

Dan demikianlah telah Kami uji sebahagian mereka (orang-orang yang kaya) dengan sebahagian mereka (orang-orang miskin), supaya (orang-orang yang kaya itu) berkata: "Orang-orang semacam inikah di antara kita yang diberi anugerah oleh Allah kepada mereka?" (Allah berfirman): "Tidakkah Allah lebih mengetahui tentang orang-orang yang bersyukur (kepada-Nya)?"
[6:53]




~berdoa dan terus mengharapkan redha Illahi...~

No comments: