Sunday, April 11, 2010

Sharing: Seminar Fiqh Aulawiyyat~

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Illahi kerana di celah kesempitan, saya dikurniakan kelapangan untuk menghadiri Seminar Fiqh Aulawiyyat di Auditorium Intim, Ipoh, Perak. Mencari masa di celah kesibukan, bukan sesuatu perkara yang mudah. Terima kasih buat Kak Mashitah dan Kak Rufaidah =)

Terlalu banyak sebenarnya yang telah saya pelajari sepanjang seminar itu, namun apa yang paling terkesan di hati saya ialah Keutamaan Wanita: Antara Persepsi dan Realiti Syari'at. Bukan bermakna yang lain tidak berkesan, tetapi mungkin kerana topik ini sedikit sebanyak telah saya nampak implikasinya dalam realiti hidup saya yang sebenar, maka hati saya lebih terusik dan tersentuh tatkala Dr Harlina Halizah Siraj membentangkan topik ini.

Saya tidak mampu untuk menulis sepenuhnya tentang segala isi yang telah dibentangkan semasa seminar ini, tetapi saya lebih tertarik untuk memetik beberapa kata-kata Dr Harlina sewaktu pembentangan topik ini.

"Berapa ramai lelaki pada hari ini, mengambil contoh Rasulullah saw dalam mendidik dan melayan anak perempuan mereka? Rasulullah saw, tatkala sedang berbicang dengan para sahabat, ketika Fatimah datang membawa hidangan, baginda berhenti dan mencium anaknya sebelum menyambung semula perbincangan.."

"Untuk para bapa, perbaikilah gaya kebapaan anda. Lihatlah Nabi Ibrahim as, tatkala hendak menyempurnakan arahan Allah untuk menyembelih anaknya Ismail, baginda masih lagi bertanya dengan baik tentang hal itu kepada anaknya..."

"Women in the eyes of Allah, stand tall and proud.."

"Wanita di mata lelaki, bergantung bagaimana wanita melihat dirinya sendiri..."

Hati saya tiba-tiba sebak, tatkala mendengar jawapan beliau sebagai respon terhadap satu soalan yang dikemukakan oleh seorang peserta,

"Kami perempuan bukan sukar untuk dijaga... Kalau kami tiada suami, sepatutnya yang bergelar ayahlah yang patut menasihati dan melindungi kami. Jika ayah sudah tiada, maka tanggungjawab jatuh kepada abang dan saudara lelaki. Berapa ramai lelaki hari ini yang sedar akan tanggungjawab ini?"

Saya kurang pasti mengapa saya tiba-tiba sebak mendengar lontaran kata-kata itu, tetapi melihat realiti lelaki dan masyarakat sekeliling pada hari ini, saya pasti, semua orang boleh mengagak kenapa..



~berdoa dan terus mengharapkan redha Illahi...~

No comments: