Sunday, August 21, 2011

Day 21: Remembrance of Al Quds~

Terbuka akan helaian nota halaqah bertarikh 15 Julai 2010,

Seorang ustaz berkata, di saat piala dunia, ada yang rajin bangun qiamulail, kiblatnya televisyen dan wiridnya "GOL!". Sedangkan di Palestin, Iraq, Afghanistan dan Pattani, umat Islam berkecamuk mempertahankan aqidah, membeli syurga dengan titisan darah..

Di saat 10 hari terakhir Ramadhan sudah memasuki tirainya, marilah sama-sama kita bermuhasabah,

What will be the outcomes of my Ramadhan of this year?

What will be the output of the "reactions" inside myself in this holy month?

And do not forget,

Di manakah Al Aqsa dan Palestin di hati kita?

Kenapa harus tahu dan kisah tentang Palestin, tentang Al Aqsa?

Memetik kata penakluk Baitulmaqdis, Salahuddin Al-Ayyubi,

"Siapa yang menakluki Palestin, maka mereka akan menguasai dunia."

Dan jika dilihat dunia hari ini, siapakah yang menjadi pendominasi utama? (Marilah sama-sama berfikir dan melihat dunia)

Ayuh pemuda dan pemudi, mari berusaha untuk menjadi seperti Salahuddin Al-Ayyubi.

p/s: Bulan Ramadhan mungkin boleh menjadi platform terbaik untuk memboikot produk-produk yang menjadi penyumbang utama kepada peluru-peluru yang menembusi jasad saudara kita di Palestin, terutama buat mereka yang masih belum punyai kekuatan untuk memboikot ;'( Ini baru sekadar memboikot, belum lagi perlu turun ke medan juang dan menjual titisan darah demi membeli syurga....


~berdoa dan terus mengharapkan redha Illahi...~