Thursday, June 16, 2011

Whisper: Percaya~

Saya percaya, dalam kehidupan setiap orang mempunyai prioriti yang tersendiri. Same thing goes to me. Bagi saya, nilai terpenting dalam hidup adalah percaya. Kasih sayang, hormat dan cinta jatuh di bawah percaya. Bila mana saya tidak percaya, nilai-nilai yang lain akan sukar untuk saya berikan dan hulurkan pada orang lain. Saya sendiri tidak tahu mengapa. Tetapi, saya memang meyakini, kepercayaan itulah yang menjadikan saya adalah saya sekarang.

Saya menyintai Allah kerana saya percaya akan adanya Allah.

Saya menyintai Rasul kerana saya percaya akan risalah yang Baginda bawakan.

Saya menyintai kedua orang tua saya kerana saya percaya bahawa setiap yang mereka lakukan adalah untuk kebaikan saya.

Saya menyintai adik-adik saya kerana saya percaya dalam setiap perkara yang kami lalui, adanya hikmah yang pasti dan semuanya punyai alasan tersendiri.

Saya menyintai para sahabat saya kerana saya percaya bahawa mereka akan sentiasa ada, biarpun hanya sekadar bisikan dalam doa dan mungkin takkan pernah diterjemahkan dalam bentuk perbuatan mahupun kata-kata.

Maka, apabila hilangnya elemen percaya saya terhadap sesuatu ataupun seseorang, maka nilai yang lain itu hanya tumbuh sekadar untuk mendidik diri saya bahawa saya perlu melakukan yang terbaik sebagai korban cinta saya kepada Pencipta. Hanya sekadar untuk berbasa-basi sesama manusia. Tidak lebih dari itu. Kerana yang dinamakan pengorbanan itu, adalah apabila kita berusaha untuk mem"please"kan keadaan, demi untuk mendapatkan sesuatu yang terbaik dan kekal abadi. 

Biar apapun definisi percaya,  kita kenalah sentiasa ingat bahawa niat yang ikhlas itu adalah tonggak utama dalam setiap amalan. Saya tetap yakin, keikhlasan itu tetap boleh hadir, meskipun kita mempunyai peratusan kepercayaan yang rendah terhadap sesuatu perkara, keadaan mahupun seseorang...

Apabila menganalisis beberapa berita mutakhir, saya merasakan ada juga betulnya teori percaya saya ini. Kenapa wujud insan-insan yang tidak dapat menghormati pemimpin seperti mana  umat terdahulu menghormati Rasulullah saw? Kenapa ada isteri yang boleh hilang rasa cinta pada suami yang juga dikahwini pada mulanya berasaskan rasa cinta? Pokok pangkalnya, berbalik kepada percaya. Bila mana kepercayaan itu telah hilang, maka lenyaplah segala rasa.

p/s: Ini sekadar pendapat peribadi. Mungkin betul dan mungkin juga salah sama sekali.

Taken from Google Image

~berdoa dan terus mengharapkan redha Illahi...~

No comments: