Sebagai seorang hamba, adakalanya kita menjadi tersangat lemah tatkala berdepan dengan keadaan yang pada pandangan kita adalah amat sukar. Keadaan yang menguji elastic level kita, tatkala stress dan tension yang melanda berada di luar elastic limit yang kita ada. Dan pastinya, kita akan mengambil masa yang agak lama untuk back to the original shape setelah terbeban dengan stress dan tension yang berada di luar elastic limit diri kita.
Hakikatnya, kita mungkin mampu untuk meramal bahawa akan datang kepada kita akan sesuatu masalah, tetapi kita semua pasti tidak boleh meramal bilakah saatnya masalah itu akan tiba. Pokok utama di sini bukanlah sama ada kita akan diberi ujian ataupun tidak, tetapi adakah kita bersiap sedia untuk menghadapi permasalahan tersebut. Tanpa sedar, kita sebenarnya diberi masalah setiap hari dalam kehidupan kita, namun kita mungkin tidak melihatnya sebagai satu masalah kerana kita sebenarnya sudah bersiap sedia untuk menghadapi permasalahan tersebut.
Jika kita melihat seorang anak kecil yang baru berusia beberapa bulan, mereka perlu diberi imunisasi pada masa-masa tertentu untuk menguatkan sistem pertahanan badan mereka. Dan kita boleh lihat, tatkala anak kecil ini disuntik, mereka akan menangis, meraung menahan kesakitan. Si ibu pula biarpun merasa sedih mendengar tangisan si anak kecil, tetap membenarkan doktor meneruskan suntikan kepada anaknya kerana si ibu mengerti bahawa ada kebaikan di sebalik jarum suntikan tersebut. Semuanya tidak lain dan tidak bukan untuk kebaikan si anak kecil itu sendiri pada masa hadapan.
Begitu juga diri kita, masalah dan dugaan yang kita hadapi hakikatnya umpama jarum suntikan yang menyuntik si anak kecil. Kita acapkali mengeluh, seolah-olah membantah ujian yang Allah turunkan kepada kita. Sedangkan, Allah yang Maha Pencipta pasti mengetahui akan hikmah di sebalik ujian yang Dia berikan. Sebagai seorang hamba, kedudukan kita terhadapNya sebenarnya terlalu jauh untuk dibandingkan dengan kedudukan seorang anak kecil di hadapan ibu ataupun doktor.
Taken from Google Image |
Di sebalik kesukaran, di situlah kekuatan.
Hitunglah kesyukuranmu, bukan kesukaranmu.
Sesekali tersungkur atau terjatuh, saya tidak mampu untuk menafikan bahawa kesannya terlalu menyakitkan. Adakalanya, kesan dari kesakitan itu mengambil masa untuk pulih dan mungkin juga memberi kesan sedikit sebanyak terhadap personaliti dan cara pandang kita terhadap sesuatu perkara.
Mungkin juga Allah menurunkan ujian kepada kita melalui sesuatu keadaan, melalui perantaraan hambaNya yang lain dan melalui pelbagai lagi cara, tetapi yang penting sebenarnya ialah sejauh mana kita beriman kepada Qada' dan QadarNya. Hal ini demikian kerana Allah tidak akan membebani seorang hambaNya dengan sesuatu di luar kemampuan mereka.
Renunglah, carilah diri dalam diri, kerana di sebalik setiap perkara yang terjadi, hakikatnya punyai hikmah yang pasti...
p/s: Nota untuk diri sendiri. :)
~berdoa dan terus mengharapkan redha Illahi...~
No comments:
Post a Comment