Kali pertama mendengar lirik lagu ini dalam perjalanan menuju ke tempat praktikal, hati saya sudah cukup terusik. Sungguh ayat yang berbunyi;
Namun tak kau sesal hidup di neraka dunia
Kerna yakinmu pada syurga Illahi
Sangat meruntun hati. Berapa ramai di antara kita yang sanggup bersusah payah demi syurga Illahi? Dan berapa ramai di antara kita mampu menjawab sejujurnya yang kita tidak pernah sesekali mengejar syurga duniawi? Sekadar renungan, untuk muhasabah diri kita...
Di bumimu bagaikan tak lagi bernadi
Hanya jasad dengan nafas terhenti
Balik runtuhan kotamu
Namun tak kau sesal hidup di neraka dunia
Kerna yakinmu pada syurga Ilahi
Suara rintihan terdengar kepiluan
Bergetar di sela tangisan kehilangan
Meratapi insan yang tersayang
Hilang nyawa di depan mata
Oh alam pun bagai turut merasa
Penderitaan dan sengsara mereka
Tersudut di hujung senjata
Musuh menyerbu dari setiap penjuru
Bertalu bumimu disimbah peluru
Mengalir darah di tanahmu
Bergema laungan perjuanganmu
Tak gentar walau senjata
Hanya kerikil jalanan
Oh alam pun bagai turut merasa
Penderitaan dan sengsara mereka
Tersudut di hujung senjata
Tersudut di hujung senjata
Ayuh hulurkan tangan tanda bantuan
Ringankan bebanan
Walaupun dunia hentikan sengketa
Tertanyaku mana hilang rasa manusia
Oh cukupkah hanya memandang
Saya teringat akan isi ceramah Mavi Marmara: Catatan Seorang Sukarelawan yang saya hadiri 2 hari lepas di Dewan Hikmah, Kuching oleh Ustaz Hasanuddin. Beliau menceritakan tentang tarbiyah secara tidak langsung yang telah beliau perolehi sepanjang perjalanan menuju ke Gaza sehinggalah ke detik serangan tidak berperikemanusiaan oleh komando Israel Laknatullah. Peringatan daripada beliau agar doa untuk Gaza tidak pernah berhenti dalam setiap kali kita memohon kepada Allah sangat mengusik hati saya, malahan jika boleh sehingga sewaktu membaca doa selepas akad nikah pun turut diselitkan akan doa untuk saudara seakidah kita yang sedang berjuang di bumi Palestin.
~berdoa dan terus mengharapkan redha Illahi...~
No comments:
Post a Comment