Mungkin bicara saya sebentar lagi bakal menghiris hati segelintir pihak. Mungkin juga bakal membuatkan sesetengah orang terasa hati dalam diam. Tetapi, pilihan yang ada pada saya, hanya mahu menulis atau tidak.
Semua orang sedia maklum dengan keganasan si laknatullah Israel sejak 62 tahun lamanya membelenggu hidup rakyat-rakyat Palestin. Semua orang sedia maklum akan segala kekejaman yang telah si bedebah ini lakukan sejak bertahun lamanya. Saya percaya, semua orang tahu dan sedar akan wujudnya kempen untuk memboikot produk-produk yang berkaitan dengan rejim zionis ini. Dan saya yakin, ramai yang mengetahui akan kewujudan-kewujudan NGO yang bergiat secara aktif dalam memperjuangkan isu Palestin ini. Mungkin bukan atas faktor agama semata-mata, tetapi juga kemanusiaan.
Sedar atau Tidak
Saya percaya semua orang maklum akan mantapnya sistem pertahanan negara "bapa kepada segala kekejaman" ini. Saya yakin semua orang sedia maklum akan hubungan negara laknat ini dengan penguasa dunia sekarang ini, Amerika Syarikat. Betapa segala tindakan mereka dibenarkan atas tujuan pertahanan, dan betapa segala tindakan yang berunsurkan kemanusiaan hanya dipandang sebelah mata.
Sekarang ini, semua orang masih lagi tertanya-tanya nasib mereka yang turut serta dalam misi kemanusiaan Lifeline 4 Gaza. Hampir semua orang, terutamanya mereka yang berpangkat dan berkedudukan besar-besar berebut-rebut menyatakan rasa hati mereka yang bimbang dan "mengambil berat" akan keadaan para peserta yang mengikuti misi ini, yang sekarang ini kita semua tidak tahu akan nasibnya yang sebenar. Tetapi yang agak menjengkelkan, mereka yang "besar-besar" ini masih lagi mahu percaya dengan pembunuh sebenar rakyat Palestin ini, melantik mereka sebagai penasihat pentadbiran.
Saya tidak akan berbicara secara terang-terang. Terpulang, siapa yang memahami akan mesej yang saya cuba sampaikan, mereka akan mengerti dengan sendirinya apa yang cuba saya maksudkan. Ke sana ke mari menyatakan sokongan ke atas misi ini, meluahkan rasa hati serta mengutuk tindakan rejim laknat ini, tetapi gunting-gunting yang masih berada dalam selimut, masih juga mahu disimpan dan diguna pakai.
Saya sendiri kurang mengerti, apa perlunya melantik orang luar dalam menguruskan pentadbiran negara ini. Hakikatnya, pemimpin yang baik itu memang perlu kepada nasihat, tetapi kenapa perlu melantik penasihat daripada golongan-golongan yang saya anggap "binatang bertopengkan manusia" ini? Sudah terlalu lemahkah kita, sehinggakan urusan negara pun perlu kepada campur tangan orang luar? Sudah tiadakah lagi pilihan lain, paling kurang pun dari kalangan yang seagama, sekiblat dengan kita untuk dilantik bagi memandu arah dalam urusan pentadbiran negara?
Ya, kamu, kamu dan kamu mungkin dikaburi dengan segala macam anugerah dan pengiktirafan yang mereka terima. Tetapi, tidak sedarkah yang memberi anugerah kepada mereka itu dari golongan mana? Seimankah dengan kita? Seagamakah dengan kita? Paling penting, boleh dipercayakah pencapaian-pencapaian itu andai semuanya dianalisis dari kejayaan berpaksikan duniawi semata-mata?
Sekarang ini, semua orang yang memahami akan perjuangan membebaskan Gaza ini, menangis dan berdoa setulus hati agar para peserta yang mengikuti misi kemanusiaan ini selamat, atau paling tidak bertemu dengan Allah dalam keadaan termulia. Berdoa agar segala bekalan yang dibawa berjaya menerobos ke masuk ke dalam tembok kematian Gaza. Dan kamu yang "besar-besar" ini?
Kamu menyatakan kutukan di mana-mana? Menyatakan bantahan ke atas segala kezaliman yang ada. Tetapi tanpa sedar, kamu melantik kalangan saudara si pembunuh durjana ini, sebagai penasihat yang mungkin akan membawa kamu menjadi ketua yang mungkin "bakal disanjung tinggi".
Usahlah menyatakan rasa itu dan ini, andai sahaja gunting dan duri tidak dibuang ke tepi. Berhentilah dari melaung-laungkan kalimah mengutuk itu dan ini, andai kamu masih ada rasa percaya terhadap golongan ini secara indirectly. Usahlah. Kami tak mahukan kepura-puraan. Tapi, kami mahukan satu pembuktian, yang bukan hanya melalui kata-kata, tetapi juga tindakan dan amalan!
Penutup
Marilah kita sama-sama berdoa, agar mereka di Gaza dan yang bersama dengan mereka, sentiasa diberikan kekuatan daripada Allah yang Esa. Jangan sesekali kita lupa untuk berdoa, agar mata-mata hati mereka yang masih lagi buta, tersedar dari lamunan dunia yang hanya seketika. Kalau benar cintakan mereka di Gaza, mengapa perlu berkawan dan mempercayai pembunuh mereka? Tamatkanlah perjanjian itu, jika kamu, benar-benar cinta dan kasih akan mereka!
~berdoa dan terus mengharapkan redha Illahi...~
3 comments:
i like!
5 bintang. ;)
ala.....
awk bace blog kite rupenye...
blushing2 >.<
hehe.. saye ni kan silent reader.. ;)
Post a Comment