"Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebajikan (yang sempurna), sebelum kamu menafkahkan sebahagian harta yang kamu cintai. Dan apa saja yang kamu nafkahkan, maka sesungguhnya Allah mengetahuinya."
[3:92]
Hampir sahaja tafsir Al-Quran terlepas daripada tangan saya tatkala mata saya membaca kata-kata di atas. Menggeletar, perasaan jadi tidak menentu. Jantung berdebar kencang, bagaikan bertemu dengan sesuatu yang mengejutkan. Lantas, saya menghantar SMS dengan beberapa sahabat yang saya percayai tentang perkara ini dan sekaligus saya bertanya, adakah masa ini juga boleh diinfaqkan?
Ternyata jawapan daripada mereka menambahkan lagi rasa takut dan cemas yang sememangnya sudah beraja di hati ketika itu. Salah seorang sahabat membalas,
"Masa yang paling kita sayang dan perlu, itulah yang dikatakan sebagai harta yang paling berharga. Lebih-lebih lagi sebagai seorang pelajar. Bukannya dah selesai segala kerja event, settle hal akademik and then ada masa lebih baru hendak pergi usrah, daurah dan program. Kena bijak balance out sebab prioritinya sama."
Seorang lagi sahabat membalas,
"Harta paling berharga bagi seorang pelajar adalah masa."
Dush! Dush!
Jawapan mereka menambahkan lagi rasa yang sememangnya sudah menumbuk-numbuk wajah saya ketika itu. Saya terus juga melakukan tugas melipat kain dalam keadaan jiwa yang kurang tenteram dengan jawapan tadi.
"Erm.. my dear.. I tak bolehlah attend daurah. I kena siapkan my assignments..."
"Alamak, I terlupalah ada usrah pagi tadi. Erm, sorry ye~"
"Opps, program dua malam? Erm, I ada project kena siapkan. Lagipun, I kena contact vendor yang supplied beberapa stuff untuk event ni.."
"Ala.. I tak biasalah tidur dalam khemah. Tak nak pergi mukhayyam boleh?"
Kebijaksanaan dalam mengatur prioriti hidup ternyata sangat penting. Bukan mudah mahu mengatur masa dengan bijak, dan bukan susah untuk menjadi seorang yang hidupnya tiada keutamaan terutamanya dari segi masa.
Bila mana kita menjejakkan kaki ke medan ini, sudah pasti kita tahu yang usrah, daurah dan program itu akan sentiasa berdampingan dengan hidup kita. There are part of our life. Mereka perlukan masa kita, selain tenaga dan juga harta.
"I nak beli kamera. Tak dapatlah nak infaq untuk perkara ni. Next time ya...Lagipun, I dah lama teringin nak dapatkan kamera ni. Even yang ni nak bayar bulan-bulan pun dah buat I semput."
"Alamak, tak dapatlah nak tolong. I nak kena bayar asrama, belanja makan lagi."
"Oh, I dah janji dengan my friends nak pergi travel hujung bulan ni. Next month I try untuk infaq la ye..."
Perbualan di atas mungkin dapat kita sedari dengan mudah kerana melibatkan sesuatu yang boleh dilihat dengan mata kasar. Tetapi masa?
Ternyata ayat ke 92 dari Surah Ali-Imran itu membawa kesan yang sangat mendalam. Dan pastinya, sudah menjadi satu kewajipan bagi kita untuk menyusun keutamaan dan prioriti agar hidup ini tidak menjadi umpama yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran...
"Demi masa.Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian,kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya menaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran."
[103:1-3]
Penutup
Apa agak-agaknya pengajaran untuk entry kali ini? =D
Masa itu adalah harta juga. Bukannya mahu menekankan bila mana kita sudah memberikan masa, tidak perlu untuk kita menafkahkan harta dan tenaga. Hakikatnya, mereka adalah sama. Kedudukan mereka adalah pada level yang sama. Mungkin sedikit berbeza, mengikut individu dan keadaan semasa.
Bagi pelajar, harta paling berharga baginya adalah masa selain harta dan tenaga. Mungkin setelah bekerja dan berkeluarga, harta pula yang paling berharga selain masa dan tenaga. Apabila sudah tua, mungkin tenaga itu sudah jadi harta yang paling berharga selain masa dan harta.
Oleh itu, marilah sama-sama kita berusaha menjadi insan yang bijak menyusun masa =)
Paling penting,
AKADEMIK = DAKWAH
~berdoa dan terus mengharapkan redha Illahi...~