Assalamua'laikum wbt~
Ini sekadar satu entry yang ringkas dan simple-simple saja :)
Hao jiu bu jian my blog!
Saya sedang menunggu untuk naik ke atas kapal lagi, tetapi atas sebab-sebab tertentu, maka pihak kami perlu menunggu hasil pemeriksaan Chief Aviation Officer terlebih dahulu..
Bukan senang rupanya nak approve products before sampai kepada users rupanya..
Bayangkan, kita selalu pergi stesen minyak, dan isi minyak kenderaan kita..
Kemudian, ditakdirkan suatu hari, stesen yang kita pergi kehabisan stok..
Dan kita marah-marah...
Mungkin ada juga ayat-ayat yang tak sepatutnya terkeluar dari mulut kita..
Pengalaman di terminal ini mengajar saya betapa kompleksnya proses "discharging" dan "receiving" of products..
Nak tahu products itu apa?
Minyak yang kita beli di stesen-stesen minyak itulah..
ULG 97, ULG 95, ADO, DPK (Jet A1)..
Dan juga gas yang kita gunakan untuk memasak iaitu LPG...
ULG 97 & ULG 95 adalah minyak yang kita gunakan untuk kereta..
ADO ialah Automotive Diesel Oil, yang lori dan bas guna tu...
Jet A1, untuk kapal terbang..
LPG, untuk memasaklah.. :)
OK, tutup cerita. Sebenarnya, saya mahu berkongsi lirik lagu yang saya baru dengar for the first time pagi tadi. Make Me Strong by Sami Yusuf. Tahu lagu ini bila baca komen sisters kat facebook. =P
I know I’m waiting
Waiting for something
Something to happen to me
But this waiting comes with
Trials and challenges
Nothing in life is free
I wish that somehow
You’d tell me out aloud
That on that day I’ll be ok
But we’ll never know cause
That’s not the way it works
Help me find my way
My Lord show me right from wrong
Give me light make me strong
I know the road is long
Make me strong
Sometimes it just gets too much
I feel that I’ve lost touch
I know the road is long
Make me strong
I know I’m waiting
Yearning for something
Something known only to me
This waiting comes with
Trials and challenges
Life is one mystery
I wish that somehow
You’d tell me out aloud
That on that day you’ll forgive me
But we’ll never know cause
That’s not the way it works
I beg for your mercy
My Lord show me right from wrong
Give me light make me strong
I know the road is long
Make me strong
Sometimes it just gets too much
I feel that I’ve lost touch
I know the road is long
Make me strong
Bila hayati lirik lagu ini, kadang-kadang rasa macam sangat signifikan dengan hidup kita, kan?
Kita pasti tahu, perjalanan hidup kita sebenarnya masih panjang, atau mungkin ada yang pendek, tetapi kita kan tak tahu hayat kita setakat mana... Betul tak?
Justeru, bagi yang yakin sepenuh hati dengan janji Allah, insan terpilih ini akan senantiasa melaksanakan yang terbaik untuk setiap perkara baik yang mereka kerjakan...
Dahulu, masa zaman saya kecil-kecil, mungkin nakal-nakal lagi, setiap kali dapat SMS dari naqibah nak ajak usrah, terkadang saya sanggup ambil masa 10 minit dari hidup saya untuk fikir alasan untuk tidak mahu pergi usrah. Sedangkan, kalau fikir semula, 10 minit tu, boleh bagi impak yang besar untuk memaknakan masa-masa yang ada dengan segala kebaikan dan kebajikan...
Pernah sekali, atas sebab-sebab tertentu, saya ditukarkan dengan naqibah yang lain. Ya Allah, perasaan saya ketika itu macam entah apa-apa.. Segala yang buruk muncul dan bermain di kepala. Sedangkan, adalah lebih baik kalau kita berusaha mempositifkan diri sendiri kan?
Tetapi, sekarang ni... Bila dah go through usrah ni, I've found out, it is so AMAZING! Subhanallah! :)
Bila berjauhan, kita tetap rasa dekat, kerana tautan hati itu ada.. Even sekarang saya usrah dengan geng-geng sisters di Sarawak, saya tetap rasa sisters di Perak itu ada, kerana karakter mereka semuanya hampir sama. Mula-mula, saya bagai kurang percaya, tetapi benarlah, jika kita sefikrah, persefahaman itu akan cepat wujud, hingga saya rasa, mereka di Perak ada di sini sebenarnya. Sungguh indah, bukan?
Pernah sekali, saya menitiskan air mata kerana rindukan suasana di Perak.Tetapi, bila we meet together di rumah umi, or bila we all naik satu kereta nak pergi somewhere, automatically, saya rasa rindu itu terubat. Saya rasa seolah-olah insan-insan yang saya rindukan di Perak wujud dan bersama-sama dengan saya. Dan saya percaya rasa ini ada kerana kami setiasa bersama dalam rantaian doa. :)
Semoga hati-hati ini sentiasa tertaut walau di mana jua kami berada, sebagaimana yang sering dititipkan dalam Doa Rabithah,
Sesungguhnya Engkau tahu,
Bahawa hati ini telah bersatu,
Bertemu dalam naungan cinta-Mu...
Percayalah, kerana adanya rasa ukhuwah fillah ini dalam hati kita, rasa bersama itu akan sentiasa ada, kerana hati-hati ini telah bersatu, dan bertemu dalam naungan cinta-Nya~
Credit to iluvislam.com
~berdoa dan terus mengharapkan redha Illahi...~