Monday, August 2, 2010

Sharing: Satu Rindu~

Sedar tak sedar, bulan Ogos telah membuka tirainya. Begitu juga, tanpa disedari, Syaaban sudah hampir melabuhkan tirainya, dan pastinya Ramadhan bakal kunjung tiba. Dengan rasa hati yang mungkin agak excited, kerana sejak dari usia 13 tahun, inilah kali pertama saya bakal menyambut Ramadhan selama sebulan penuh di sisi keluarga tersayang.

Di sisi keluarga yang punyai talian darah, saya turut berasa rindu dengan keluarga yang pasti punyai talian akidah dan fikrah. Sungguh, di celah-celah kesibukan menjalani latihan industri di sini, tipu kiranya andai saya katakan rasa rindu itu tiada. Mendengar lagu dendangan UNIC yang bertajuk Kau Kawan, Sahabat dan Teman adakalanya membuatkan air mata saya menitik sendiri, jatuh ke pipi tanpa saya sedar. Sungguh, saya rindu! Dan kerana rindu itu, saya tahu saya perlu kuat, meyakini sepenuh hati bahawa ini adalah satu tarbiyah, bahawa kita takkan kekal selamanya berda di "comfort zone". Mujurlah, peluang untuk berhalaqah bersama Dr Sadiah adalah satu peluang untuk saya membina satu lagi jalinan ukhuwah, melepaskan satu rindu yang sudah lama terpendam.

Beriftar bersama para sahabat di UTP pastinya satu kenangan yang akan mendidik saya untuk lebih menghargai teman-teman seperjuangan di sisi. Mungkin semasa menjalani latihan industri inilah, saya akan diberikan satu ibrah, agar belajar untuk mengungkapkan dan memaknakan sebenar-benarnya istilah "ukhuwah fillah".



Semoga rindu yang sentiasa terasa di sanubari ini menjadi satu inspirasi buat saya, agar lebih memaknakan satu jalinan yang dinamakan ukhuwah, menghargai mereka yang bernama sahabat, dan menyayangi mereka kerana dasar fillah.


~berdoa dan terus mengharapkan redha Illahi...~

3 comments:

nanny^wanie said...

rindu kamu juge~ :)

ath-thahirah said...

miss U too
:)
may ALLAH bless us

Nur Izzati said...

thnks sweethearts =)