Bersyukur ke hadrat Illahi, kerana dengan keizinan-Nya, maka jari-jemari saya akhirnya mempunyai sedikit kelapangan untuk menarikan langkah dan menulis sesuatu yang sejujurnya saya harap dapat dijadikan ikhtibar. Semalam, saya dan Kak Hafsah (ececece, saya sangat excited apabila ada orang mengatakan saya adik dan hafsah kakak sebenarnya. Jangan marah ye, Hafsah~ =P) akhirnya mempunyai kesempatan untuk bertemu semula buat kali pertama dengan adik-adik yang turut menghadiri SamPel yang diadakan Jumaat lepas. Dan untuk entry kali ini, saya ingin menceritakan sebuah kisah teladan, kisah sahabat sebagaimana yang diceritakan oleh Kak May. Intonasinya mungkin seperti seseorang yang sedang bercerita, yang mungkin bagi sesetengah orang sesuai diceritakan untuk para aulad. Tapi, tak apa. Apa yang penting? Teladan dan pengajaran =) OK, here we go~!
Kawan-kawan, nak dengar tak satu cerita?
Saya percaya, tak ramai yang tahu bahawa Khalid bin Al-Walid dan Saidina Umar Al-Khattab sebenarnya telah bersahabat baik sejak sebelum mereka memeluk Islam lagi. Al kisahnya begini... Jeng, jeng, jeng~! =P
Ayah kepada Saidina Umar merupakan seorang yang sangat kaya. Kaya yang sangat. Tetapi, apa yang menarik, ayah kepada Saidina Umar tidak pernah memanjakan Saidina Umar dengan segala kemewahan dan kekayaan yang ada. Malahan, Saidina Umar disuruh menjaga kambing-kambing milik ayahnya sedangkan mereka sudah punyai ramai khadam. Tapi kan, Saidina Umar tetap patuh, tetap mengikut arahan ayahnya. Baik tak Saidina Umar? Maka di sini, kita dapat lihat Saidina Umar merupakan seorang anak yang bukan saja patuh, tetapi juga penyabar.
Nak tahu tak, kenapa saya kata Saidina Umar seorang yang penyabar?
Kawan-kawan, menjaga atau mengembala kambing itu bukanlah perkara yang mudah. Kambing itu adalah binatang, yang degilnya, masyaAllah, hanya Tuhan yang tahu..~ Kalau menjaga budak kecil yang nakal pun kesabaran manusia mudah teruji, dapat bayangkan tak betapa susahnya nak menjaga kambing-kambing yang tak ada akal ni? Berganda-ganda susahnya ya~! Sebab itulah, kalau kawan-kawan teliti, Rasulullah s.a.w semasa usia mudanya telah ditarbiyah agar mempunyai sifat sabar dengan cara mengembala kambing milik bapa saudaranya. Ingat lagi tak siapa nama bapa saudara Rasulullah s.a.w.? =P
Nak dijadikan cerita, Saidina Umar ni dia sangat meminati gusti. Tak adalah gusti macam zaman sekarang, tetapi ala-ala begitula. Ada dua orang di atas tempat yang ala-ala macam pentas, dan mereka bertarung kekuatan. Pada suatu hari, ada perlawanan gusti di kampung tempat Saidina Umar ni menetap. Saidina Umar teringin sangat nak pergi. Tapi kan, beliau telah diberi amanah. Amanah untuk menjaga kambing milik ayahnya.
Namun, tanpa disangka-sangka, ayah Saidina Umar membenarkan Saidina Umar pergi menyaksikan perlawanan tersebut. Of course Saidina Umar sangat excited kan? Macam kitalah, kalau kita mendapat apa yang kita inginkan, pasti kita gembira yang teramat kan? Betul tak? =P
Betul, betul, betul.. (ini Upin Ipin yang jawab =P)
Maka, pergilah Saidina Umar menyaksikan perlawanan tersebut. Dan seperti biasa, yang memenangi perlawanan tersebut ialah orang yang sama. Dan usai perlawanan, dia mencabar jikalau ada-ada di kalangan penduduk kampung yang berani beradu kekuatan dengannya. Seperti yang anda tahu, Saidina Umar ni berani, sukakan cabaran dan bersikap tegas. Saidina Umar mula terfikir, sama ada mahu atau tidak menyahut cabaran juara bertahan tersebut. Jika dia menyahut cabaran tersebut, adakah dia akan menang? Jika dia mahu menang, apakah yang perlu dilakukan? Itu adalah persoalan-persoalan yang bermain di benak minda Saidina Umar. Namun, ada seseorang memberitahu Saidina Umar, jika mahu mengalahkan lelaki tersebut, pukullah pada kakinya, kerana kaki lelaki yang mencabar penduduk kampung itu sedang sakit sebenarnya. Maka, Saidina Umar pun menyahut cabaran tersebut.
Wahhhhhhhh~
Kawan-kawan boleh bayangkan tak, bagaimana reaksi seseorang yang telah biasa menjadi pemenang, tiba-tiba menyaksikan sendiri ada orang lain, yang jauh lebih muda berani menyahut cabaran mereka? Hehe~ Bayangkan, bayangkan~ =P
Kemudian, perlawanan pun bermula. And, guess what? Saidina Umar menang~! Dan orang yang telah biasa menjadi pemenang tadi turut terkejut dan tertanya-tanya bagaimanakah Saidina Umar dapat mengetahui di mana kelemahannya.
Maka, bermulalah era baru di kampung itu. Saidina Umar kini bergelar juara....
Nak dijadikan cerita, Khalid al-Walid ini merupakan juara dalam perlawanan yang sama di kampung beliau sendiri.
Nak teruskan lagi tak kawan-kawan? Hehe~ Go on friends~!
Terdapat di kalangan masyarakat ini yang mahu memecah belahkan persahabatan yang terbina antara Saidina Umar dan Khalid al-Walid. Maka, ada di antara mereka menghasut Saidina Umar dan Khalid al-Walid agar berlawan sesama mereka. Tapi kan, mereka ni bagus... Mereka tak terpengaruh pun. Ini yang sweet sangat =)
Tapi, langit tak selalu cerah. Setelah berkali-kali dihasut, mereka akhirnya termakan juga hasutan tersebut. Mereka yang menghasut ini menyediakan habuan untuk sesiapa yang memenangi perlawanan tersebut. Pihak yang menghasut Saidina Umar mengatakan Khalid al-Walid mengajak beliau berlawan kerana mahukan habuan tersebut. Begitu juga di pihak Khalid al-Walid, pihak yang menghasut beliau mengatakan perkara yang sama. Saidina Umar bersetuju untuk berlawan kerana mahukan habuan tersebut seandainya beliau menang. Habuannnya pula, sangat bernilai. Bilangan unta yang sangat banyak. Hurm... Ini sangat tak sweet =( Tak apa, tak apa. Kita teruskan cerita~
Maka perlawanan pun bermula. And at the end, nak tahu tak siapa menang? Jeng, jeng, jeng... =P
Yang menang ialah Khalid al-Walid. Dan of course, Saidina Umar sangat down... Kesian kan? Tapi, jangan sedih dulu. Ada part yang sangat sweet di sini =P
Setelah diumumkan sebagai pemenang, Khalid al-Walid pun mendekati sahabatnya, Saidina Umar dan beliau pun berkata bahawa dia bukan juara, tetapi Saidina Umar adalah tetap juara. Maka, kekallah Saidina Umar sebagai juara, dan habuan yang ditawarkan menjadi milik Khalid al-Walid. Ala-ala macam win-win situation... Sangat sweet kan? Agak-agak la kan, ada lagi tak dua orang yang bersahabat mengamalkan nilai-nilai sebegini? =P
Dan hubungan mereka pun kembali jernih seperti sebelumnya...~
[The End]
Renung-renungkan, dan ambillah pengajaran =)
~berdoa dan terus mengharapkan redha Illahi...~
No comments:
Post a Comment