Sudah masuk minggu ke 21 saya menjalani latihan industri. Dan pastinya, sepanjang melalui kehidupan berinternships ini, satu perkataan yang tak mungkin pernah jauh ialah STRESS! Saya sendiri kurang pasti mengapa, tatkala belum menjalani latihan industri ini, hati sangat teruja bagaikan tak mahu menduduki final exam, tetapi setelah melalui sendiri latihan internships ini, saya seperti tidak sabar untuk pulang ke universiti. Benarlah, dunia kampus dan realiti di luar itu terlalu jauh bezanya. Sangat jauh dan sungguh berbeza!
Mengapa oh Mengapa?
Adakalanya, tatkala saya duduk bersendirian di pejabat tanpa mahu mempedulikan kiri dan kanan saya, saya seperti hanyut dalam dunia sendiri. Saya hanyut dalam dunia yang bernama kenangan. Dan pastinya, meskipun kenangan itu mampu berulang, ianya tetap tidak akan pernah sama. Sepanjang menjalani latihan industri ini, saya selalu beranggapan bahawa hanya saya sahaja yang memendam rasa stress ini dan orang lain semuanya bahagia saja.
Tetapi e-mail yang saya terima sebentar tadi telah mengubah fikiran saya. Ya, bukan hanya saya. Mereka juga begitu. Pernah dan sedang mengalami rasa yang sama. STRESS! Mungkin dalam kadar dan situasi yang tidak sama dan tidak serupa. Namun, stressnya tetap ada.
Sebetulnya, bila saya cuba untuk memujuk hati dan diri sendiri agar berusaha melihat sisi kehidupan dari sudut yang positif, mungkin benar, stress ini adalah petanda bahawa Dia rindukan kita. Mungkin juga dek kesibukan mengadaptasi diri dengan realiti kehidupan yang ternyata mencabar, kita semakin lupa dan jauh dari-Nya. Lalu, diberikan kepada kita rasa stress itu agar kita mahu kembali dan mengadu pada-Nya.
Stress itu satu rasa. Rasa itu dari siapa? Pastinya dari Pencipta. Justeru, bila mana kita merasakan wujudnya rasa stress itu di dalam jiwa, ke mana harus kita memandui hati dan jiwa? Pastinya kepada DIA~
Kerana jiwa yang selalu ingat pada-Nya itu, akan selalu merasa bahagia.
Kerana hati yang sering rindu pada-Nya itu, akan merasa aman sentiasa.
Kerana fikiran yang bertunjangkan iman pada-Nya itu, akan sering berasa redha.
Stress itu pada saya satu musibah bagi jiwa. Andai tak kena cara, salah tindakan yang diambil, mampu saja memakan tuannya. Seperti juga saya, dek kerana stress, saya mengambil keputusan untuk mengambil emergency leave pada hari ini, bimbang pemanduan menjadi kurang selamat. Mungkin bagi sesetengah orang, itu tindakan yang kurang kena, tapi saya percaya, saya perlukan masa untuk berjauhan sebentar dari dunia kerja sementara yang sebetulnya memeritkan jiwa.
Penutup
Dia memang sayangkan hamba-Nya. Maka diberikan hamba-hamba-Nya petunjuk agar tidak tersasar mencari pangkal jalan. Dan kita pula, jangan pernah lari daripada kalimat-Nya, kerana kita yang jauh dari-Nya, sukar ketemu jalan penyelesaian yang benar.
"Tidak ada sesuatu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah; Dan barang siapa yang beriman kepada Allah, niscaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu."
[64:11]
p/s: Teringat kandungan e-mail sebentar tadi. Hakikatnya, saya juga begitu. When I say I'm OK, actually I want you to hug me and say, I know you're not OK.....
~berdoa dan terus mengharapkan redha Illahi...~
No comments:
Post a Comment