Friday, November 12, 2010

Renungan: Berubah~

Berubahkah aku...
Hanya bila ada sesuatu?



~berdoa dan terus mengharapkan redha Illahi...~

Tuesday, November 9, 2010

Sharing: Dia Terlalu Dekat~

Saya keliru...

Dan dengan lembut, dia yang bergelar kakak itu berkata,

"Fikir dengan sebaik-baiknya. Jangan ikut emosi dan nafsu..."

Dan dia menyambung lagi,

"Bukalah tafsir.. Baca surah ke-2 ayat ke-186 dan surah ke-40 ayat ke-60..."

Saya terdiam.

Dan perbualan itu berakhir dengan salam...

Perbualan terindah yang saya rasakan. Membawa kepada satu ketenangan. Melonjakkan keyakinan. Saya capai tafsir. Saya selak helaiannya dengan perlahan. Dan, saya terkesima...

"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran."
[2:186]

Dan Tuhanmu berfirman: "Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina dina".
[40:60]


Dia terlalu dekat...

Dia terlalu dekat...

Dia terlalu dekat...

Sesungguhnya doa itu memberikan kekuatan buat yang lemah, memberikan keberanian kepada yang takut, dan menjadikan yang tidak percaya itu percaya...

Subhanallah!





~berdoa dan terus mengharapkan redha Illahi...~

Wednesday, November 3, 2010

Sharing: Lelaki & Wanita Hebat~

Alhamdulillah...

Sekarang saya dalam mood terharu bercampur gembira setelah mendengar khabar rasmi dari my dearest sister ;)

Jika tiada aral, InsyaAllah I'll be there ;)

Sekadar ingin berkongsi sesuatu, untuk renungan kita bersama. Pengisian yang saya kira agak bermanfaat semasa menjadi salah seorang fasilitator untuk program Nur Sejahtera Remaja.

Lelaki Hebat vs Wanita Hebat

Anda lelaki hebat?

Mari bermuhasabah. Adakah terdapat ciri-ciri ini dalam diri anda?

"Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh karena Allah telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan karena mereka (laki-laki) telah menafkahkan sebagian dari harta mereka. Sebab itu maka wanita yang saleh, ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada, oleh karena Allah telah memelihara (mereka). Wanita-wanita yang kamu khawatirkan nusyuznya, maka nasihatilah mereka dan pisahkanlah mereka di tempat tidur mereka, dan pukullah mereka. Kemudian jika mereka menaatimu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkannya. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar."
[4:34]

Adakah anda pemimpin, andai mengajak si gadis menuju jalan ke neraka?

Adakah anda pemimpin, andai aurat anda yang tidak sekompleks kaum hawa itu pun masih belum ditutup dengan sempurna?

Adakah anda pemimpin, andai anda berani mengajak si gadis melakukan maksiat?

Adakah anda pemimpin, andai nafsu sendiri pun tidak terjaga dan tidak terkawal?

Adakah anda pemimpin, andai matlamat hidup anda masih belum jelas dan sempurna?

Adakah anda pemimpin, andai asas fardhu ain diri anda masih belum cukup sempurna?



Anda wanita hebat?

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :

“Apabila seorang wanita (isteri) itu telah melakukan sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, menjaga maruahnya dan mentaati perintah suaminya, maka ia dijemput di akhirat supaya masuk Syurga mengikut pintunya mana yang ia suka (mengikut pilihannya).”
(Hadis Riwayat Ahmad, Ibnu Hibban dan Thabrani)

Mari semak diri sendiri ;)

Secara ringkasnya, wanita hebat itu:

1. Melaksanakan solat 5 waktu.
2. Berpuasa di bulan Ramadan.
3. Menjaga kehormatan.
4. Taat pada suami.

Buat yang belum berkahwin, pasti yang ke-4 tidak applicable. Dan untuk mencapai yang ke-4 itu, sudah sempurnakah ciri-ciri yang pertama, ke-2 dan ke-3?

Dan dalam situasi sekarang, saya ingin menekankan kepada ciri yang ke-3.

Terjagakah kehormatan kita, andai aurat yang perlu dijaga didedahkan sewenang-wenangnya?

Terjagakah kehormatan kita, andai kita dengan mudahnya menyentuh bukan mahram kita?

Terjagakah kehormatan kita, andai kita masih lagi melayan SMS/YM/Gtalk mereka yang tidak halal buat kita tanpa ada perkara penting sebagaimana yang digariskan oleh syariat?

Penutup

Marilah kita sama-sama bermuhasabah dan mengkoreksi diri ;)





~berdoa dan terus mengharapkan redha Illahi...~

Friday, October 29, 2010

Menggeletar~

"Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebajikan (yang sempurna), sebelum kamu menafkahkan sebahagian harta yang kamu cintai. Dan apa saja yang kamu nafkahkan, maka sesungguhnya Allah mengetahuinya."
[3:92]

Hampir sahaja tafsir Al-Quran terlepas daripada tangan saya tatkala mata saya membaca kata-kata di atas. Menggeletar, perasaan jadi tidak menentu. Jantung berdebar kencang, bagaikan bertemu dengan sesuatu yang mengejutkan. Lantas, saya menghantar SMS dengan beberapa sahabat yang saya percayai tentang perkara ini dan sekaligus saya bertanya, adakah masa ini juga boleh diinfaqkan?

Ternyata jawapan daripada mereka menambahkan lagi rasa takut dan cemas yang sememangnya sudah beraja di hati ketika itu. Salah seorang sahabat membalas,

"Masa yang paling kita sayang dan perlu, itulah yang dikatakan sebagai harta yang paling berharga. Lebih-lebih lagi sebagai seorang pelajar. Bukannya dah selesai segala kerja event, settle hal akademik and then ada masa lebih baru hendak pergi usrah, daurah dan program. Kena bijak balance out sebab prioritinya sama."

Seorang lagi sahabat membalas,

"Harta paling berharga bagi seorang pelajar adalah masa."

Dush! Dush!

Jawapan mereka menambahkan lagi rasa yang sememangnya sudah menumbuk-numbuk wajah saya ketika itu. Saya terus juga melakukan tugas melipat kain dalam keadaan jiwa yang kurang tenteram dengan jawapan tadi.

"Erm.. my dear.. I tak bolehlah attend daurah. I kena siapkan my assignments..."

"Alamak, I terlupalah ada usrah pagi tadi. Erm, sorry ye~"

"Opps, program dua malam? Erm, I ada project kena siapkan. Lagipun, I kena contact vendor yang supplied beberapa stuff untuk event ni.."

"Ala.. I tak biasalah tidur dalam khemah. Tak nak pergi mukhayyam boleh?"

Kebijaksanaan dalam mengatur prioriti hidup ternyata sangat penting. Bukan mudah mahu mengatur masa dengan bijak, dan bukan susah untuk menjadi seorang yang hidupnya tiada keutamaan terutamanya dari segi masa.

Bila mana kita menjejakkan kaki ke medan ini, sudah pasti kita tahu yang usrah, daurah dan program itu akan sentiasa berdampingan dengan hidup kita. There are part of our life. Mereka perlukan masa kita, selain tenaga dan juga harta.

"I nak beli kamera. Tak dapatlah nak infaq untuk perkara ni. Next time ya...Lagipun, I dah lama  teringin nak dapatkan kamera ni. Even yang ni nak bayar bulan-bulan pun dah buat I semput."

"Alamak, tak dapatlah nak tolong. I nak kena bayar asrama, belanja makan lagi."

"Oh, I dah janji dengan my friends nak pergi travel hujung bulan ni. Next month I try untuk infaq la ye..."

Perbualan di atas mungkin dapat kita sedari dengan mudah kerana melibatkan sesuatu yang boleh dilihat dengan mata kasar. Tetapi masa?

Ternyata ayat ke 92 dari Surah Ali-Imran itu membawa kesan yang sangat mendalam. Dan pastinya, sudah menjadi satu kewajipan bagi kita untuk menyusun keutamaan dan prioriti agar hidup ini tidak menjadi umpama yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran...

"Demi masa.Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian,kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya menaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran."
[103:1-3]


Penutup

Apa agak-agaknya pengajaran untuk entry kali ini? =D

Masa itu adalah harta juga. Bukannya mahu menekankan bila mana kita sudah memberikan masa, tidak perlu untuk kita menafkahkan harta dan tenaga. Hakikatnya, mereka adalah sama. Kedudukan mereka adalah pada level yang sama. Mungkin sedikit berbeza, mengikut individu dan keadaan semasa.

Bagi pelajar, harta paling berharga baginya adalah masa selain harta dan tenaga. Mungkin setelah bekerja dan berkeluarga, harta pula yang paling berharga selain masa dan tenaga. Apabila sudah tua, mungkin tenaga itu sudah jadi harta yang paling berharga selain masa dan harta.

Oleh itu, marilah sama-sama kita berusaha menjadi insan yang bijak menyusun masa =)

Paling penting,

AKADEMIK = DAKWAH



~berdoa dan terus mengharapkan redha Illahi...~

Wednesday, October 27, 2010

The Man Who Thinks He Can~

"THE MAN WHO THINKS HE CAN"
by Walter D. Wintle

If you think you are beaten, you are;
If you think you dare not, you don't.
If you'd like to win, but think you can't
It's almost a cinch you won't.
If you think you'll lose, you've lost,
For out in the world we find
Success beings with a fellow's will;
It's all in the state of mind.

If you think you're outclassed, you are:
You've got to think high to rise.
You've got to be sure of yourself before
You can ever win a prize.
Life's battles don't always go
To the stronger or faster man,
But soon or late the man who wins
Is the man who thinks he can.


Credit to iluvislam.com

 

p/s: Currently our terminal operation is slow due to burnt of transformer...

~berdoa dan terus mengharapkan redha Illahi...~

Tuesday, October 26, 2010

Stress!~

Sudah masuk minggu ke 21 saya menjalani latihan industri. Dan pastinya, sepanjang melalui kehidupan berinternships ini, satu perkataan yang tak mungkin pernah jauh ialah STRESS! Saya sendiri kurang pasti mengapa, tatkala belum menjalani latihan industri ini, hati sangat teruja bagaikan tak mahu menduduki final exam, tetapi setelah melalui sendiri latihan internships ini, saya seperti tidak sabar untuk pulang ke universiti. Benarlah, dunia kampus dan realiti di luar itu terlalu jauh bezanya. Sangat jauh dan sungguh berbeza!

Mengapa oh Mengapa?

Adakalanya, tatkala saya duduk bersendirian di pejabat tanpa mahu mempedulikan kiri dan kanan saya, saya seperti hanyut dalam dunia sendiri. Saya hanyut dalam dunia yang bernama kenangan. Dan pastinya, meskipun kenangan itu mampu berulang, ianya tetap tidak akan pernah sama. Sepanjang menjalani latihan industri ini, saya selalu beranggapan bahawa hanya saya sahaja yang memendam rasa stress ini dan orang lain semuanya bahagia saja.

Tetapi e-mail yang saya terima sebentar tadi telah mengubah fikiran saya. Ya, bukan hanya saya. Mereka juga begitu. Pernah dan sedang mengalami rasa yang sama. STRESS! Mungkin dalam kadar dan situasi yang tidak sama dan tidak serupa. Namun, stressnya tetap ada.

Sebetulnya, bila saya cuba untuk memujuk hati dan diri sendiri agar berusaha melihat sisi kehidupan dari sudut yang positif, mungkin benar, stress ini adalah petanda bahawa Dia rindukan kita. Mungkin juga dek kesibukan mengadaptasi diri dengan realiti kehidupan yang ternyata mencabar, kita semakin lupa dan jauh dari-Nya. Lalu, diberikan kepada kita rasa stress itu agar kita mahu kembali dan mengadu pada-Nya.

Stress itu satu rasa. Rasa itu dari siapa? Pastinya dari Pencipta. Justeru, bila mana kita merasakan wujudnya rasa stress itu di dalam jiwa, ke mana harus kita memandui hati dan jiwa? Pastinya kepada DIA~

Kerana jiwa yang selalu ingat pada-Nya itu, akan selalu merasa bahagia.

Kerana hati yang sering rindu pada-Nya itu, akan merasa aman sentiasa.

Kerana fikiran yang bertunjangkan iman pada-Nya itu, akan sering berasa redha.

Stress itu pada saya satu musibah bagi jiwa. Andai tak kena cara, salah tindakan yang diambil, mampu saja memakan tuannya. Seperti juga saya, dek kerana stress, saya mengambil keputusan untuk mengambil emergency leave pada hari ini, bimbang pemanduan menjadi kurang selamat. Mungkin bagi sesetengah orang, itu tindakan yang kurang kena, tapi saya percaya, saya perlukan masa untuk berjauhan sebentar dari dunia kerja sementara yang sebetulnya memeritkan jiwa.

Penutup

Dia memang sayangkan hamba-Nya. Maka diberikan hamba-hamba-Nya petunjuk agar tidak tersasar mencari pangkal jalan. Dan kita pula, jangan pernah lari daripada kalimat-Nya, kerana kita yang jauh dari-Nya, sukar ketemu jalan penyelesaian yang benar.

"Tidak ada sesuatu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah; Dan barang siapa yang beriman kepada Allah, niscaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu."
[64:11]

p/s: Teringat kandungan e-mail sebentar tadi. Hakikatnya, saya juga begitu. When I say I'm OK, actually I want you to hug me and say, I know you're not OK.....





~berdoa dan terus mengharapkan redha Illahi...~

Sunday, October 24, 2010

Sharing: Tribute to Kak Acha~

Usually, I will be off to somewhere every Sunday evening. But since my health was not that good today, I choose to stay at home. Once I sign in my Gtalk, one of my ex-housemate's status caught my attention,

"miss her. al-fatihah buat k.acha" by Syaida Hazira Ramli.

Without any hesitation, I search for my handphone and call Syaida. Unfortunately, my call was not answered. I try for second time, and finally, all my questions were answered. Nor Hafsah Bt Mat Nor, or usually we called her as Kak Acha had left us forever this morning, 9 am at Hospital Klang. Innalillah hi wa inna ilaihi raji'un...

The Memories~

I will always remember her sweet smiles, understanding and advices. I still remember, whenever I feel so down and stress due to workloads or other problems, she always adviced me to accept people as who they are. Always treat other people nicely even though sometimes, they did hurt us.

My dearest Kak Acha,

You will always live in my memory till the end of time. Although we just know each other for one semester, all the sharings and loves will always stay in my mind... May Allah grant you with eternal happiness and tranquility...Amin ya rabbal alamin...

"Every soul shall taste of death; then to Us shall you be brought back."
[29:57]

~berdoa dan terus mengharapkan redha Illahi...~