Entri kali ini mungkin bunyinya agak peribadi. Mungkin ditafsir sentimental bagi sesetengah orang. Rasanya sudah agak lama aku tidak mencoretkan apa-apa, dan peristiwa hari ini membuatkan aku benar-benar memahami, yang seorang mak itu perlu bijak untuk menyimpan rasa hati sendiri.
Hari ini juga mengajar aku yang seorang bapa itu, biar semasa zaman anak yang sulung itu kecil, dia bersikap agak tegas, namun tatkala anak sulung itu sudah dewasa, seorang bapa itu sering sahaja menanyakan pendapat anaknya yang paling tua. Dan dalam keadaan apapun dia, akan tecari-cari dahulu di mana anak sulungnya berada, biar dia sedar yang sulung itulah paling jauh dari mata.
Sesetengah insan sekelilingku sering saja melempar kata, "Ija anak yang sulung janganlah terlalu mudah menitiskan air mata, sembunyikan sahaja apa yang dirasa. Bimbang lemahnya kamu, menyebabkan adik-adik berambah kurang kuatnya."
Tapi hati kecilku meronta, kerana aku juga punyai air mata. Ya Allah, aku sayangkan dia keranaMu, maka percepatkanlah proses penyembuhannya.
~berdoa dan terus mengharapkan redha Illahi...~