Tatkala menulis entry ini, hati saya sebenarnya dalam keadaan sebak. Terkejut, perasaan bercampur-baur, dan mungkin sedikit kekaguman. Mendapat jawapan yang saya rasakan bukan semua insan mampu memberikan jawapan yang sama, membuatkan saya agak terketar-ketar tangan semasa menaip entry ini. Saya sendiri hakikatnya tidak percaya masih ada insan yang punyai hati seperti ini, di saat hampir di seluruh dunia ini semua insan mahukan sesuatu itu kekal menjadi hak milik sendiri.
Mungkin ini kesan daripada membaca blog Dato Mustafa Kamal Bin Mohd Zaini. Beliau punyai tiga isteri. Dan melihat dari gambar yang ada, ternyata mereka bahagia. Dek kerana kekaguman yang mungkin agak "malampau" saya pada insan-insan yang berpoligami ini, saya pada mulanya hanya sekadar bertanya untuk melihat reaksi seorang sahabat yang insyaAllah bakal bertukar gelaran tidak lama lagi akhirnya menjadi seorang yang sangat berhati lembut, mudah terusik dan sedikit tersentuh setelah mendengar jawapan yang tidak diduga (untuk masa ini sahaja barangkali). Dialog mungkin diubah sedikit agar sesuai menjadi bacaan umum.
"Kagumlah dengan Dato Mustafa. Awak nanti macam mana? Bersedia nak bagi bakal suami berkahwin lain?" soal saya dengan keadaan yang masih agak excited membaca kisah-kisah insan yang bahagia berpoligami.
"Tak tahulah bersedia atau tak. Tengok dia macam mana. Kalau saya rasa dia mampu adil, insyaAllah saya izinkan. Ramai sangat lagi akhawat tak kahwin. Selfish sangat kalau saya nak simpan suami hanya untuk diri sendiri. Tapi kalau dia rasa tak mampu, tak perlulah. Nanti hanya sekadar menambahkan beban dosa dia," jawapannya menyebabkan saya jadi terdiam. Tidak tahu bagaimana meneruskan perbualan.
Taken from Google Image |
Teringat pesanan seorang umi, suami milik Allah, bukan milik isteri. @_@
~berdoa dan terus mengharapkan redha Illahi...~
No comments:
Post a Comment