Friday, April 30, 2010

Nafas Terakhir~

Tidak dapat dinafikan, dalam meniti hari-hari di muka bumi Illahi, kita seringkali terlupa bahawa perjalanan ini sebenarnya hanya satu persinggahan. Persinggahan sementara untuk mengumpulkan segala bekalan sebelum kita melangkah menuju ke destinasi terakhir. Destinasi terakhir yang abadi, yang pastinya kita sudah tidak punyai peluang untuk melangkah keluar dari destinasi tersebut. Yang ada hanyalah bekalan, yang telah kita kumpulkan sepanjang berada di persinggahan sementara itu tadi.



Seringkali kita lupa, seringkali kita lalai, kehidupan di dunia ini  hanyalah satu permainan dan senda gurau. Hanya mereka yang sentiasa rindu akan kasih-Nya, yang sentiasa berharap akan hadirnya kerinduan pada-Nya, yang sentiasa berdoa agar di penghujung negeri abadi nanti akan punyai kesempatan untuk bertemu dengan-Nya, dapat menyedari akan hakikat permainan dunia ini.

"Dan tiadalah kehidupan dunia ini, selain dari main-main dan senda gurau belaka. Dan sungguh kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Maka tidakkah kamu memahaminya?"
[6:32]

Saya teringat akan perkongsian dengan anak-anak usrah beberapa hari yang lepas, salah seorang daripada mereka bercerita tentang perihal rakan ayah mereka yang baru sahaja membuat panggilan kepada ayahnya untuk bertanyakan sesuatu, dan kira-kira 30 minit kemudian, ayahnya mendapat panggilan dari isteri rakan tersebut bahawa rakan tersebut telah pergi menghadap Illahi. Pergi yang pastinya takkan pernah lagi kembali. Sehinggakan ayahnya sendiri seolah-olah sukar mempercayai akan hakikat yang baru saja terjadi.



Itu hanya satu contoh dalam kebanyakan kisah perihal menghadap Illahi yang kita biasa dengar. Tanpa sebarang bicara, tanpa sebarang kata-kata, mereka pergi, menghadap Sang Pencipta, dan pastinya menjadi tanggungjawab kita untuk menitipkan doa. Pasti kita semua sedia maklum dengan pemergian Ustaz Asri, penyanyi utama kumpulan nasyid Rabbani. Begitu juga kematian salah seorang DJ radio terkenal, tidak kurang juga salah seorang penyanyi yang tidak asing di kalangan anak-anak muda dan remaja. Semuanya pergi tanpa mempamerkan sebarang tanda-tanda, waima tiada langsung huluran salam terakhir yang diterima.



Dunia ini sesungguhnya hanyalah penjara. Penjara bagi mereka yang rindukan kasih abadi dari Pencipta. Syurga bagi mereka yang terlalu cintakan keindahan sementara. Sekadar renungan bersama, saya sertakan lirik lagu yang agak menyentuh jiwa, dendangan Ahmed Bukhatir, Last Breath...

From those around I hear a Cry,
A muffled sob, a Hopeless sigh,
I hear their footsteps leaving slow,
And then I know my soul must Fly!

A chilly wind begins to blow,
within my soul, from Head to Toe,
And then, Last Breath escapes my lips,
It's Time to leave. And I must Go!

So, it is True (But it's too Late)
They said: Each soul has its Given Date,

When it must leave its body's core,
And meet with its Eternal Fate.
Oh mark the words that I do say,
Who knows? Tomorrow could be your Day,

At last, it comes to Heaven or Hell
Decide which now, Do NOT delay !
Come on my brothers let's pray
Decide which now, Do NOT delay !

Oh God! Oh God! I cannot see!
My eyes are Blind! Am I still Me
Or has my soul been led astray,
And forced to pay a Priceless Fee

Alas to Dust we all return,
Some shall rejoice, while others burn,
If only I knew that before
The line grew short, and came my Turn!

And now, as beneath the sod
They lay me (with my record flawed),
They cry, not knowing I cry worse,
For, they go home, I face my God!

Oh mark the words that I do say,
Who knows, Tomorrow could be your Day,
At last, it comes to Heaven or Hell
Decide which now, Do NOT delay !
Come on my brothers let's pray
Decide which now, do not delay ....


"Sesungguhnya perumpamaan kehidupan duniawi itu, adalah seperti air (hujan) yang Kami turunkan dari langit, lalu tumbuhlah dengan suburnya karena air itu tanam-tanaman bumi, di antaranya ada yang dimakan manusia dan binatang ternak. Hingga apabila bumi itu telah sempurna keindahannya, dan memakai (pula) perhiasannya, dan pemilik-pemiliknya mengira bahwa mereka pasti menguasainya, tiba-tiba datanglah kepadanya azab Kami di waktu malam atau siang, lalu Kami jadikan (tanaman tanamannya) laksana tanam-tanaman yang sudah disabit, seakan-akan belum pernah tumbuh kemarin. Demikianlah Kami menjelaskan tanda-tanda kekuasaan (Kami) kepada orang-orang yang berpikir."
[10:24]

Credit to http://www.tranungkite.net/


~berdoa dan terus mengharapkan redha Illahi...~

Wednesday, April 28, 2010

Hati Ini~

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Illahi atas segala nikmat kurniaan-Nya. Bukan mudah untuk sentiasa mendidik jiwa ini agar berjiwa hamba, apatah lagi untuk mengekalkan segala rasa kemanisan iman agar sentiasa dalam keadaan yang terpelihara dari segala anasir-anasir luar yang mampu mengurangkannya.

Seiring dengan peningkatan usia, sesuai dengan pertambahan masa, ternyata saya semakin sedar akan hakikat tentang sukarnya menjaga hati, sukarnya untuk mengekalkan rasa sanggup dan tabah dalam meniti hari-hari yang berlalu. Adakalanya, hanya kerana setitik nikmat-Nya ditarik, hanya kerana secebis ujian yang ditimpa, hati kita langsung menjadi lemah, terus menjadi kurang berdaya. Tidak hairanlah, andai hari ini kita melihat seorang mujahid atau mujahidah yang terlalu mantap semangat juangnya, dalam sekelip mata, keesokan harinya, semangat itu berlalu pergi, mereka futur, dan akhirnya menjadi satu tugas bagi sahabat-sahabat yang pernah seperjuangan untuk menarik dan memujuk mereka kembali. Amatlah bersyukur andai mereka memilih untuk kembali, tetapi andai mereka memilih untuk terus pergi, bagaimana? Dalam konteks ini, saya yakin dan percaya, itu sebenarnya ujian untuk melihat sejauh mana kita benar-benar yakin dan beriman dengan segala ketentuan, segala perancangan-Nya.

"Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk surga, padahal belum datang kepadamu (cobaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cobaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: "Bilakah datangnya pertolongan Allah?" Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat. "
[2:214]

Berbicara soal menjaga hati, ternyata seiring dengan peningkatan usia, saya mengakui tuntutan untuk menjaga hati ini menjadi kian berat dan sukar. Adakalanya, sebagai seorang muslimah, kita telah merosakkan bukan sahaja hati sendiri, malahan hati orang lain tanpa kita sedari. Amatlah bersyukur seandainya kita mampu menyedari akan hakikat ini dan akhirnya melakukan sesuatu bagi mengelakkan perkara yang lebih buruk terjadi, tetapi seandainya tanpa sedar kita telah merosakkan atau kata lainnya "mencuri" hati orang lain, lantas apa yang perlu dilakukan? Saya sendiri tidak mampu menjawab persoalan ini, tetapi saya percaya perkara terbaik yang perlu dilakukan pastinya kembali kepada pemilik dan pemegang secara hakiki hati-hati ini yakni Allah s.wt.


Antara sebab matinya hati ialah apabila hati itu tidak berfungsi mengikut perintah Allah iaitu tidak mengambil iktibar dan pengajaran daripada didikan dan ujian Allah. Allah sendiri telah berfirman dalam surah Az-Zumar ayat 22 yang bermaksud,


Maka apakah orang-orang yang dibukakan Allah hatinya untuk (menerima) agama Islam lalu ia mendapat cahaya dari Tuhannya (sama dengan orang yang membatu hatinya)? Maka kecelakaan yang besarlah bagi mereka yang telah membatu hatinya untuk mengingat Allah. Mereka itu dalam kesesatan yang nyata.


Adakalanya, dek kesibukan dalam mengejar dan menyelesaikan urusan duniawi, kita terlupa bahawa hati ini sebenarnya perlukan belaian, perlukan makanan, perlukan santapan. Andai perkara ini dibiarkan berterusan, hati bukan sahaja sakit, bukan setakat buta, bahkan mampu sahaja hati itu akhirnya mati, biar jasad pemilik hati itu dilihat semakin gembira dari hari ke hari.

Kadang-kadang, saya agak tertarik dengan jawapan dan ulasan yang diberikan oleh mereka yang akhirnya memilih untuk pergi dan lari dari medan dakwah yang telah mereka pilih sebelumnya. Alasannya mudah, itu bukan diri mereka, dan mereka sebenarnya tidak berubah, tetapi hanya kembali kepada sifat asal mereka. Sedarlah, itu bukan fitrah, tetapi boleh sahaja menjadi fitnah duniawi yang akhirnya mungkin boleh memakan diri. Fitrah asal manusia itu hakikatnya suci, segalanya bersandarkan keinginan untuk rapat dan dekat kepada Illahi. Ketahuilah, ketenangan hati itu takkan bisa kita miliki andainya kita dan hati milik kita berada dalam keadaan diulit dosa-dosa kepada Sang Pencipta.

Semoga hati-hati kita sentiasa ditetapkan dan dipelihara, agar terus kekal dalam perjalanan yang betul dalam merisik redha Si Pencipta. Perjalanan ini tidak pernah menjanjikan sesuatu yang indah, kerana ganjaran yang indah itu, telah lama tersedia menanti kita sejak azali lagi...Andai niat kita tetap dan terus berpaksikan Illahi... Wallahualam~

~berdoa dan terus mengharapkan redha Illahi...~

Sunday, April 25, 2010

Mana Milik Kita? ~

Mana milik kita?
Tidak ada milik kita
Semua yang ada
Allah yang punya



Tidak ada kita punya
Kita hanya mengusahakan saja
Apa yang kita dapat
Allah sudah sediakannya

Kita Allah punya
Dunia ini ciptaan-Nya
Miliklah apa saja
Tidak terlepas dari ciptaan-Nya



Mana kita punya
Tidak ada kepunyaan kita
Kita hanya mengusahakan
Apa yang telah ada

Mengapa kita sombong
Memiliki Allah punya
Mengapa tidak malu
Kepada Allah yang empunya



Patut bersyukur kepada Allah
Yang memberi segalanya
Malulah kepada Allah
Kerana milik Ia punya

Janganlah berbangga
Apa yang ada pada kita
Kalau Allah tidak beri
Kita tidak punya apa-apa



Janganlah mengungkit
Mengungkit jasa kita
Jasa kita di sisi-Nya
Yang sebenarnya Allah punya

Marilah kita bersyukur
Bukan berbangga
Bersyukur kepada Allah
Bukan mengungkit jasa



Gunakanlah nikmat Allah itu
Untuk khidmat kepada-Nya
Selepas itu lupakan saja
Agar tidak mengungkit-ungkitnya


~berdoa dan terus mengharapkan redha Illahi...~

Thursday, April 22, 2010

Terbaik Untukmu, Untukku Berbeza~

"Awak, saya sedih sangat.. Penat saya cuba buat yang terbaik, tapi entah kenapa, hanya ini yang mampu saya dapat...Bukan sedikit masa dan tenaga yang saya curahkan untuk semua ini..." luah Umairah kepada sahabatnya, Khairina pada suatu hari.

"Umairah, dalam hidup ini, kita sebolehnya belajar untuk train diri sendiri untuk merasa cukup dengan apa yang ada. Kita kena sentiasa fikir bahawa diri kita ini milik ummah..Jadi, sebagai khalifah Allah yang bertanggungjawab menyebarkan agama-Nya di bumi ini, kita tak boleh selfish. Seharusnya, kita kena latih diri bersyukur for every single little thing yang kita dapat..He knows what is best for us..." jawab Khairina sambil mengusap lembut bahu sahabatnya.

"Umairah kena pupuk rasa bahawa semua benda yang Allah bagi itu is the best...So, kenapa nak sedih kalau Allah bagi tu is the best for us? Betul tak?" ucap Khairina lagi, sambil memandang tepat ke wajah sahabatnya.

Umairah hanya mampu mendiamkan diri, berusaha untuk mendalami setiap bait kata-kata yang dicurahkan oleh sahabatnya. Dia masih tidak mampu untuk bercakap, masih sedih mengenangkan kegagalannya sebentar tadi. Bukan semalam dua, tetapi hampir dua tahun dia bertungkus lumus menyiapkan pengajian Masternya dengan harapan dapat menghabiskan pengajiannya secepat mungkin.

"Umairah, awak kena ingat, setiap orang akan dapat bahagian masing-masing...Sebab the best situation untuk setiap orang is not the same. Mungkin untuk Umairah, extend tempoh untuk tamatkan Master adalah yang terbaik.. Dan dapat tamatkan Master dalam tempoh dua tahun adalah yang terbaik untuk Khairina.. Umairah kena yakin dan percaya, Allah itu Maha Adil.." ucap Khairina lagi, masih berusaha untuk mengembalikan semangat sahabatnya yang masih bersedih hati. Berusaha mengembalikan kepercayaan sahabatnya bahawa Allah senantiasa menetapkan yang terbaik untuk hamba-Nya.

"Terima kasih Khairina.." hanya itu yang mampu dilafazkan Umairah, dalam nada hampir menangis, menyesali segala tindakan dan kata-katanya sebentar tadi.

----------------------------------------------------------------------------------------

Situasi di atas mungkin seringkali kita hadapi tanpa sedar. Kita merungut, kita bersedih hati, lantaran segala yang dikejar, yang dicita-citakan tidak kesampaian. Tetapi, bukankah Allah senantiasa mentakdirkan yang terbaik untuk kita? Dan yang terbaik untuk setiap hamba itu tidak sama. Adakalanya berada di bawah mungkin yang terbaik untuk kita. Dan untuk yang lain, berada di atas adalah yang terbaik untuk mereka. Dan kita sebagai hamba, usahlah bersedih hati, kerana dunia ini hanyalah pinjaman semata-mata.

"Dan tiadalah kehidupan dunia ini, selain dari main-main dan senda gurau belaka. Dan sungguh kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Maka tidakkah kamu memahaminya?"
[6:32]

Teringat akan kata-kata seorang pakcik semasa menjadi fasilitator untuk salah sebuah program kendalian KRJ Networks,

Kita sebenarnya terlalu banyak meminta kepada Allah, tetapi kita sedar atau tidak, betapa kurangnya syukur kita kepada-Nya?

Dan demikianlah telah Kami uji sebahagian mereka (orang-orang yang kaya) dengan sebahagian mereka (orang-orang miskin), supaya (orang-orang yang kaya itu) berkata: "Orang-orang semacam inikah di antara kita yang diberi anugerah oleh Allah kepada mereka?" (Allah berfirman): "Tidakkah Allah lebih mengetahui tentang orang-orang yang bersyukur (kepada-Nya)?"
[6:53]




~berdoa dan terus mengharapkan redha Illahi...~

Tuesday, April 20, 2010

Oh Mama~








~berdoa dan terus mengharapkan redha Illahi...~

Sunday, April 18, 2010

Sharing: Keindahan BersamaMu~

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Illahi kerana saya akhirnya berkesempatan untuk bersama adik-adik SMK Seri Iskandar untuk program Keindahan Bersama-Mu kendalian KRJ Networks. Program yang berlangsung selama 2 hari 1 malam itu akhirnya melabuhkan tirainya beberapa minit sebelum azan Solat Zuhur pada hari ini, 18 April 2010. Program motivasi yang menekankan kepada aspek rohani dan spiritual itu insyaAllah akan membawa perubahan yang bermakna kepada adik-adik SMKSI.

Saya sebenarnya suka untuk berkongsi pengajaran yang didapati dari program sebegini. Penekanan terhadap aspek rohani serta sikap kasih sayang, saya percaya andai kedua-dua aspek ini dicantum dan diaplikasikan oleh masyarakat keseluruhannya, pasti kurang berlakunya masalah-masalah sosial di kalangan anak-anak muda hari ini. Hati dan naluri setiap insan itu sebenarnya sangat suci, sangat lembut, dan andai disentuh dan diisi dengan kasih sayang, pasti segalanya berjalan dengan lancar. Sudah menjadi fitrah, setiap insan itu memerlukan dan diperlukan oleh insan yang lain. Baik anak memerlukan ibu dan bapa, begitulah juga ibu bapa, mereka tetap memerlukan anak-anak untuk menyinari segenap kehidupan mereka. Suka, tawa, tangis dan riang anak-anak mampu mengubat segala luka yang menyelubungi hati mereka. Persoalannya, di mana peranan kita sebagai seorang anak?

Sebaik sahaja kita bertukar alam dari alam rahim ke dunia, ibu dan bapa membelai, memayungi, mengusap dan mendidik kita dengan penuh kesabaran dan kasih sayang. Biarlah anak itu kurang rupa paras, biarlah anak itu tidaklah secerdik anak orang lain, biarlah anak itu tidak sesempurna anak insan sekeliling, tetapi ibu dan bapa tetap redha, tetap pasrah, tetap berusaha memerah keringat sebanyak mungkin demi untuk menghidupkan nyawa insan yang bergelar anak. Anak-anak ditatang bagai minyak yang penuh, setiap keringat dicurahkan demi untuk menyuap insan bergelar anak. Mereka tidak merungut, biarpun pahit terpaksa diharungi, tapi kerana tebalnya perasaan kasih sayang terhadap insan yang bernama anak, segalanya ditempuhi dengan penuh rela, ikhlas tanpa dipaksa.

Mungkin sesekali akan terdengar bebelan, rungutan daripada ibu dan bapa, tetapi bukankah di sebalik bebelan dan rungutan itu wujudnya satu ruang yang penuh dengan rasa kasih dan sayang?  

Berbalik kepada kisah Keindahan BersamaMu, ternyata pendidikan agama yang berteraskan akademik semata-mata kurang bermakna andai tiada dorongan dari mereka yang bergelar ibu dan bapa. Pengamalan dan penyempurnaan segala amal sebenarnya sangat perlu ditekankan oleh ibu bapa, bukan hanya mengharapkan peranan guru di sekolah semata-mata. Saya agak terkesima tatkala melihat pengakuan beberapa orang adik-adik yang ada di kalangan mereka hanya menunaikan solat sekali sehari. Terlintas di fikiran, bagaimana Allah mahu memberikan kejayaan andai untuk bertemu dan meminta kepada-Nya dengan hanya meluangkan masa seketika cuma itu pun cukup sukar untuk dilakukan? Dan teringat akan jawapan salah seorang fasilitator yang agak berpengalaman, sebab itulah masih wujudnya gejala yang kurang sihat hari ini, bukankah solat itu mencegah segala kemungkaran?

Sepanjang program berlangsung, air mata saya terlalu ego untuk menitis biarpun saya melihat, mendengar dengan jelas esak tangis adik-adik sepanjang program. Namun, tatkala adik-adik ini dipertemukan dan mereka berpelukan dengan ibu dan bapa masing-masing, tanpa perlu dipaksa air mata saya menitik keharuan. Ternyata, melihat adegan yang penuh signifikan sebegini, ternyata meruntun hati saya, biarpun sejak awal lagi saya berusaha untuk menahan hati, menahan diri dari menumpahkan air mata. Dan apa yang dapat saya simpulkan, hati kita sebagai seorang insan, cepat tersentuh dan cepat terkesan andai ditaut dan disentuh dengan penuh kasih sayang. Dan untuk menyentuh dan membuatkan hati insan ini tertaut dengan segala kebenaran yang cuba kita sampaikan, adalah amat perlu untuk kita memberikan mereka kasih sayang yang pastinya datang dari Pencipta, Ar-Rahim. Dan bagaimana untuk mendapat kasih sayang ini, pastinya kita perlu berusaha untuk mempunyai hubungan yang erat dengan Yang Maha Kuasa....


~Barisan fasilitator~


~Usai program, di TG Corner. Dari kiri: Kak Sarah, Kak Farhin, Kak Zakira, Kak Nadiah, Adik Izzati =D, Kak Emy, Kak Rufaidah, Kak Lyana~



~berdoa dan terus mengharapkan redha Illahi...~

Thursday, April 15, 2010

Pencuri?? ~

Just want to share a picture, taken from GengBiskutmeri. A picture says thousand words =)




~berdoa dan terus mengharapkan redha Illahi...~